Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Pilihanraya Sarawak 16 April. Ayuh Undi Pakatan Rakyat Sahaja

Kepada Rakyat Sarawak!!! Ubah sekarang !!! Undi calon Pakatan Rakyat !!!

Undi Calon Pakatan Rakyat !!!

Suara mereka suara RAKYAT Sarawak!!! JANGAN LUPA : Undi Pakatan Rakyat

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat !!!

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat

Vote 4 Change

Undi Pakatan Rakyat SAHAJA !!!

Friday, July 31, 2009

ADUN Permatang Pasir Meninggal Dunia

Ahli Dewan Undangan Permatang Pasir, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS meninggal dunia pagi tadi di Institut Jantung Negara.

Jenazah akan di bawa balik terlebih dahulu ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggalnya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.

Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Allahyarham telah dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.

Jenazah Allahyarham dijangka tiba di Permatang Pasir jam 2 petang ini.

Oleh itu, satu pilihanraya kecil bakal diadakan di Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Wednesday, July 29, 2009

Boikot Produk Keluaran Utusan Malaysia


Memang sah Utusan Malaysia sering menyiarkan berita-berita palsu... sesiapa yang membelinya pasti rugi dan tertipu...teruskan boikot anda terhadap semua produk keluaran Utusan Malaysia.....



Utusan Malaysia memohon maaf kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung beritanya bulan lalu yang menyebut menteri besar Kelantan menegaskan "nasihatnya mesti didengar" pemimpin atasan PAS.

Akhbar itu juga menarik balik sepenuhnya berita "Nasihat saya mesti didengar" yang diterbitkan pada 15 Jun lalu berhubung isu kerajaan perpaduan yang menjadi kontroversi besar dalam parti tersebut.

Pada 17 Jun, Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS menafikan laporan dan menyifatkannya "satu hasutan untuk mengajak orang ramai membencinya dan parti itu", termasuk menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai baru-baru ini.

Beliau kemudian mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya, penggunaan perkataan 'mesti'... nasihat saya mesti didengar. Ini bukan watak saya, beri nasihat kepada orang lepas itu paksa orang dengar, ia telah disiar dalam Utusan Malaysia, lebih-lebih lagi selepas itu penyiaran artikel yang ditulis seseorang.

"Perkara ini saya telah serahkan kepada peguam untuk ambil tindakan, terpulang kepada peguam apa tindakan seterusnya (sama ada untuk saman)," Nik Aziz dipetik berkata.

Permohonan maaf itu diterbitkan di halaman depan Utusan Malaysia (foto kanan) dan juga di sisi kanan laman web akhbar tersebut hari ini.

malaysiakini




PERMOHONAN MAAF

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.
YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.
Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.
Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.
Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.
IKLAN@UTUSAN

Monday, July 27, 2009

Muhyiddin Yassin Putarbelitkan Kenyataan TG Nik Aziz


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau telah mahukan perpaduan dan kerjasama diantara UMNO dan PAS.

Ketika bercakap kepada PAS TV pagi ini di pejabatnya, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau mahukan Barisan Nasional menunaikan tanggungjawabnya sebagai Kerajaan Pusat seperti yang diamanahkan dan atas dasar itu beliau bersedia mengetuai usaha menjalinkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.

“Saya usulkan hubungan dua kerajaan (Negeri dan Pusat) dipulihkan sesuai dengan semangat federalisme,” kata Nik Aziz.

Semangat Federalisme

Menteri Besar Kelantan itu menegaskan apa yang beliau mahukan ialah Barisan Nasional menjunjung semangat federalisme seperti yang diterima pakai dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia.

Kelantan adalah salah satu negeri yang membentuk persekutuan tersebut dan hak Kelantan terjamin didalam perlembagaan. Bagaimanapun sejak Kelantan kembali ditadbir oleh PAS bermula 1990, Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan telah menyekat hak-hak Negeri Kelantan dalam banyak aspek.

Tindakan diskriminasi dan pelbagai tekanan bersikap politik ke atas negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional adalah sama sekali tidak mengikut semangat federalisme. Tindakan sebegini telah berjaya menumbangkan kerajaan PBS di Sabah tetapi tidak di Kelantan.

Selepas pilihanraya umum ke 12 bila 5 negeri di Semenanjung Malaysia tidak lagi ditadbir Barisan Nasional, pihak Kerajaan Persekutuan tidak insaf dengan penolakan rakyat terhadapnya sebaliknya semakin galak menyalahgunakan kedudukannya sebagai Kerajaan Persekutuan untuk menumbangkan negeri-negeri tersebut secara tidak demokratik.

Kerajaan Negeri Perak berjaya ditumbangkan pada Februari 2009 dan kini Barisan Nasional menggunakan jentera-jentera Kerajaan Persekutuan untuk menumbangkan Kerajaan Negeri Selangor.

Kerjasama Negeri dan Persekutuan penting
Sehubungan dengan itu menurut Tuan Guru, intipati kehendaknya ialah memperkasakan semula hubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri dan Persekutuan dipilih oleh rakyat yang keluar membuang undi dengan demikian ia harus membelakangkan soal parti dan mengutamakan hak rakyat dalam pentadbirannya.

Dari sudut Negeri Kelantan, Nik Aziz melihat banyak isu yang tidak diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan seperti isu tuntutan royalti, isu geran kewangan persekutuan kepada negeri, isu projek pembangunan persekutuan kepada negeri dan sebagainya, “sebab itu saya nak pulihkan hubungan ini,” kata Nik Aziz.

“Ini bukan urusan parti, saya tak minat nak pulih soal parti sebab itu isu lain,” tegasnya.

Mencabar media kemukakan bukti

Menurut Nik Aziz, beliau tidak pernah sekali-kali berganjak daripada pendiriannya sebagai Mursyidul Am PAS bahawa kerjasama antara parti UMNO dan PAS tidak perlu diadakan bahkan beliau tidak setapak pun berganjak dari tentangannya terhadap gagasan Kerajaan Perpaduan.

“Itu mainan UMNO, bukan datang dari PAS”, tambahnya.

Dengan kalimah itu, Nik Aziz pagi ini mencabar semua wartawan akhbar dan wartawan penyiaran yang hadir di dalam sidang-sidang medianya beberapa hari kebelakangan ini untuk membuktikan menerusi rakaman audio atau video bahawa beliau mengusulkan kerjasama UMNO-PAS.

Hikayat Laila dan Majnun

Menteri Besar Kelantan itu merumuskan UMNO didalam keadaan amat terdesak dan menyamakan sikap UMNO terhadap PAS seperti Hikayat Laila dan Majunun.

“Nak sangat bersama, sampai kalau orang dah tak mau pun dia nak jugak, jadi boleh tulis nama atas pasir pun jadilah,” kata Tok Guru.

“Sebab tu UMNO dok suruk media ini tulis soal perpaduan soal kerjasama macam cerita Laila Majnun,” tambahnya lagi.

Nik Aziz juga menegaskan segala-galanya bermula selepas majlis perlancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada hari Jumaat lepas apabila Menteri Besar Kelantan itu duduk semeja dengan Dato’ Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan juga Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.

Selepas majlis tersebut, kedua-dua mereka menghadiri sidang media.

“Dalam sidang media itu, saya kata Kerajaan Persekutuan kena berbaik semula dengan Kerajaan Negeri, saya akan terus usahakannya,” kata Nik Aziz lagi.

“(Dato’) Mustapha Mohamed yang duduk bercakap pasal nak jalin hubungan antara parti (UMNO dan PAS), saya bercakap pasal Kerajaan,” tegasnya.

Nik Aziz turut berkata beliau tidak pernah serik walaupun sudah hampir 19 tahun berusaha untuk memulihkan hubungan Persekutuan dengan Negeri dan beliau tidak pernah berhenti berusaha ke arah itu demi kepentingan rakyat Kelantan dan Negara Malaysia.

Satu Lagi Projek Barisan Nasional

Selepas sidang media tersebut, Astro Awani pada malam Sabtu telah bertungkus lumus mengenengahkan isu kesediaan Nik Aziz menjalinkan kerjasama UMNO dan PAS. Astro Awani juga menemuramah pemimpin-pemimpin UMNO yang rata-rata mengalukannya.

TV3 pula dalam Buletin Utamanya semalam turut menghangatkan lagi isu tersebut.

Berita tentang kononnya Nik Aziz sudah lembut hati didalam isu kerjasama UMNO PAS juga mendapat liputan meluas media cetak.

Ianya dilihat sebagai sebuah projek Barisan Nasional mahu menjatuhkan kredibiliti Musyidul AM PAS yang sebelum ini konsisten menentang Muzakarah UMNO PAS dan gagasan Kerajaan Perpaduan. Dengan apa yang berlaku sejak Jumaat lalu, ia pasti mengelirukan penyokong PAS dan rakyat jelata seterusnya menampakkan Nik Aziz seolah-olah tidak konsisten dan sering berubah-ubah pandangan.

Menghancurkan kredibiliti Nik Aziz dikalangan ahli PAS adalah taktik UMNO bagi melenturkan pengaruh Nik Aziz dikalangan akar umbi PAS dan seterusnya menghuru-harakan suasana didalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Walaupun Nik Aziz cuba memberikan persepsinya yang sebenar didalam sidang-sidang media selepas itu, kenyataan-kenyataannya terus diceduk diluar konteks bagi memperkuatkan niat jahat BN.

Dengan kenyataan yang dibuat dipejabatnya pagi ini menerusi TVPAS, diharap segala-gala usaha jahat BN ini berkubur.

Kota Darulnaim,

Kota Bharu, 27 Julai 2009.

dari: Kickdefella

Thursday, July 23, 2009

Kes Teoh: Najib Terus Menipu Rakyat Malaysia


Pada mulanya kita sangkakan Dato’ Sri Najib Razak tunduk kepada desakan rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dibuat kepada mendiang Teoh Beng Hock dengan mengadakan Suruhanjaya Diraja.

Malangnya rakyat Malaysia ditipu dengan helah Najib Razak itu. Jika diteliti pengumuman berkaitan terma-terma khusus yang digariskan oleh kabinetnya, Suruhanjaya tersebut hanyalah untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunapakai SPRM dan bukannya untuk menyiasat punca sebenar berlakunya kematian Teoh Beng Hock.

Penyiasatan untuk menentukan punca kematian diserahkan pula kepada seorang majistret dan siasatan pula dikendalikan pihak Kementerian Dalam Negeri serta Polis, ini tidak diwajar....

Kerajaan seharusnya sedar desakan daripada RAKYAT yang mahukan sebuah Suruhanjaya Diraja yang benar-benar bebas. Ketidakyakinan rakyat terhadap integriti serta kebebasan institusi Polis, SPRM dan KDN telah menjadi barah ketika ini.


Terdahulu...

PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi ketika Teoh Beng Hock disoal siasat, minggu lalu.

Pada masa sama, satu inkues yang diketuai seorang majistret akan dijalankan bagi menentukan punca kematian Teoh, yang mencetuskan kontroversi kerana mendiang ditemui mati di bangunan yang menempatkan pejabat SPRM Selangor beberapa jam selepas disoal siasat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Kabinet pada mesyuaratnya semalam juga mengarahkan Kementerian Dalam Negeri serta polis menyelesaikan segera siasatan kes berkenaan dan laporannya akan diumumkan.

Suruhanjaya Diraja yang akan diwujudkan dengan terma khusus itu, bertujuan memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

Wednesday, July 22, 2009

Video Terkini Pendedahan Rosmah Mansor

Lagi cerita pendedahan Rosmah Mansor disampaikan kepada umum daripada adiknya sendiri, Rosmanuddin Mansor. Ketika ini Rosmanuddin Mansor telah berangkat ke luar negara untuk mencari peluang pekerjaan setelah kakaknya, Rosmah Mansor menutup sumber rezekinya di Malaysia.



dari: malaysia-today

Tuesday, July 21, 2009

Ada Usaha Untuk Jatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor



dipetik dari youtube

Sunday, July 19, 2009

Pelbagai kecederaan punca kematian Teoh - CPO

Dari raut mukanya...tiada tanda-tanda yang menunjukkan beliau mati akibat terjun dari bangunan... tapi CPO kata beliau mati disebabkan kecederaan yang pelbagai selepas terjatuh dari bangunan tinggi... benarkah ???




1. Seluar koyak di bahagian ponggong. Camne leh koyak tang situ jer.
2. Kasut elok jer
3. Camne ada bata pecah dua. Satu ataih badan, satu ataih lantai. Herannya ngape pecah dua jer.
4. Takdepun kesan atau percikan darah pada muka atau atas lantai
5. Mayat tak bersepaipun sedangkan mendiang jatuh dari tingkat 14 ke tingkat 5.
6. Mayat ngam-ngam jatuh ikut bentuk tepi bidai.
7. Mayat ngam-ngam jatuh ikut bentuk tepi bidai.
8. Mayat ngam-ngam jatuh ikut bentuk tepi bidai. Pandai ngelak. Kalo kena betui-betui tang bidai ... - dango mamamat(from Greenboc)





Pelbagai kecederaan punca kematian Teoh - CPO

PETALING JAYA: Penemuan awal bedah siasat menunjukkan Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock mati disebabkan kecederaan yang pelbagai selepas terjatuh dari bangunan tinggi.

Sehubungan polis yang masih menyiasat punca kematiannya belum lagi menolak aspek khianat bulat-bulat.

Hasil siasatan awal diumumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar di Banting tengah hari semalam.

"Sekarang kita tahu bahawa kematiannya adalah kerana pelbagai kecederaan selepas jatuh dari tempat yang tinggi, kita hendak tahu mengapa dia jatuh," katanya lagi.

Oleh itu jelas beliau, buat masa sekarang pihaknya tidak mahu menyatakan sama ada wujud unsur khidnat ataupun sebaliknya.

"... tunggu untuk laporan lengkap pakar patologi," kata beliau lagi.

Dalama pada itu, kata beliau, dua ahli patologi, masing-masing seorang dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya mengendalikan bedah siasat mayat Teoh, dan menjelaskan bahawa kerajaan Selangor diberi pilihan untuk mendapatkan ahli patologinya sendiri tetapi tiada yang datang.

"Laporan awal bedah siasat dari ahli patologi menunjukkan Teoh setakat ini tidak mengalami kecederaan luaran. Bagaimanapun, kami akan tunggu laporan penuh daripada ahli patologi terbabit beberapa hari lagi.

"Buat masa ini, kematian Teoh disebabkan 'pelbagai kecederaan akibat jatuh dari paras yang tinggi'," kata beliau dipetik Bernama.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada kirakira pukul 1.30 petang Khamis lepas setelah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh adalah seorang saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Selangor.

Khalid berkata, berdasarkan laporan awal bedah siasata itu, polis masih mengklasifikasikan kematian Teoh sebagai kematian mengejut.

"Ini hanya penemuan awal kami dan polis menyiasat kes ini secara menyeluruh daripada semua sudut," katanya sambil menjelaskan bahawa polis telah mengambil kenyataan dari 23 saksi termasuk 17 pegawai SPRM, tetapi tiada tangkapan dibuat.

Khalid berkata, polis juga menyiasat cara SPRM mengendalikan soal siasat dan turut mengambil rakaman kamera CCTV dari kawasan lif dan tempat letak kereta Plaza Masalam.

Beliau berkata, satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hasnan Hassan akan mengendalikan siasatan kes kematian Teoh.

"Polis juga akan mengambil keterangan daripada rakan sekerja Teoh, anggota keluarga dan kawankawannya," kata Khalid dan memberitahu bahawa pejabat SPRM Selangor tidak mempunyai kamera CCTV. (mstar)

Thursday, July 16, 2009

Manek Urai: Video BN Mulakan Provokasi

Wednesday, July 15, 2009

Najib Sangka Rakyat Sudah Kembali Sokong BN


Keputusan terkini tinjauan yang diperolehi dari mstar.com.my (10.00am 16July2009):





Berikut adalah keputusan tinjauan yang diperolehi dari mstar.com.my (1.00pm 15July2009):

Kenyataan yang dikeluarkan oleh PM Najib @ Rosmah jauh terpesong !!!



Bukti rakyat kembali yakin kepada BN - Najib

SHARM EL-SHEIKH: Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata beliau berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada pilihan raya kecil Manik Urai kerana ia menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan sepanjang 103 hari beliau menjadi Perdana Menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Melayu.

Katanya walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dengan majoriti 65 undi, keputusan itu amat memberangsangkan lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan majoriti Melayu.

"Mudah-mudahan sokongan dan kepercayaan rakyat yang kian bertambah ini akan berterusan," kata Najib yang juga Pengerusi BN kepada wartawan Malaysia di bandar peranginan Mesir di Laut Merah ini untuk menghadiri sidang kemuncak ke-15 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Manik Urai setelah calonnya Mohd Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi setelah memperoleh 5,348 undi berbanding BN, 5,283 undi.

"(Keputusan) ini bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan dan sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan, saya percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi InsyaAllah.

"Kita tidak boleh merasakan bahawa segala-galanya telah pun kita lepasi ujiannya tetapi saya begitu puas hati bahawa apa yang telah kita mulakan selama 103 hari ini menampakkan sambutan rakyat yang menggalakkan," katanya.

Perdana Menteri berkata beliau telah pun menyampaikan penghargaan dan tahniah beliau kepada Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dan juga calon BN sendiri.

"Walaupun kita tidak berjaya tetapi ini satu kemenangan moral yang besar kepada BN," kata Najib, merujuk kepada perbezaan besar majoriti 65 undi yang dimenangi Pas berbanding majoriti 1,352 undi pada pilihan raya umum tahun lepas.

Mengenai jumlah undi rosak sebanyak 117 undi, iaitu melebihi undi majoriti kemenangan Pas, Najib berkata, BN belum mengetahui punca mengenai undi rosak tersebut.

Katanya BN akan membuat bantahan sekiranya didapati wujud perkara yang meragui semasa pilihan raya itu.

Jika tidak, kata beliau, BN tetap menerima keputusan itu dan menganggapnya sebagai kemenangan moral untuk BN.

Mengenai isu-isu yang mempengaruhi pengundi di Manik Urai, Perdana Menteri berkata: "Kami perlu menilai sama ada mereka dipengaruhi oleh isu tempatan atau nasional atau gabungan kedua-duanya.

"Tetapi, walau apa pun kami puas hati bahawa terdapat perubahan yang berlaku di Manik Urai. Dan ia merupakan kawasan majoriti Melayu," katanya. BERNAMA

Tuesday, July 14, 2009

1Malaysia: Najib Habiskan Duit Rakyat


1MALAYSIA...

Sebuah papan iklan mempromosi gagasan "1Malaysia" yang dilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak didirikan berdekatan Lebuhraya Persekutuan.

Satu lagi projek Kerajaan BN/Umno/Najib/Rosmah untuk menghabiskan duit rakyat dan memberi kekayaan kepada kroninya.

Wajarkah duit rakyat dihabiskan untuk papan tanda yang menggambarkan 1Malaysia ini dibuat ketika ekonomi negara masih lagi tidak menentu?

Perlukah papan tanda sebesar ini diadakan untuk menunjukkan 1Malaysia?

Adakah dengan meletakkan gambar kanak-kanak Melayu, Cina dan India ini lambang kepada 1Malaysia?

Dimana pula gambar kanak-kanak dari Sabah, Sarawak dan lain-lain?

1Malaysia yang tidak Malaysia !!!!

Kedudukan Pengiraan Undi Di DUN Manek Urai - PAS Menang


PAS MENANG... TAKBIR....

Keputusan Rasmi selepas pengiraan semula dijalankan.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah sedang menuju ke Kuala Krai untuk pengistiharan rasmi keputusan kemenangannya.

Akibat majoriti terlalu tipis sebentar tadi, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata BN sedang berusaha agar kiraan semula diadakan tetapi keputusannya masih PAS memenangi kerusi DUN N41 Manek Urai.

Sila refresh untuk keputusan terkini dari semasa ke semasa...

Keputusan PRK Manek Urai: Jangkaan Awal

MANEK URAI - Setakat jam 4.25petang , kedudukan terkini : PAS 57% manakala BN 43% dengan peratusan pemilih 87% dengan kebarangkalian majoriti sebanyak 2139 bakal dimiliki PAS.

Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Zentrum

Terkini : SPRM sepatut bertindak tegas terhadap pemimpin Umno/BN yang telah menggunakan kemudahan kerajaan untuk berkempen memenangkan calon Umno di Manek Urai.

Petang tadi didapati Tan Sri Muhyiddin telah menggunakan helikopter dan kereta kerajaan sewaktu melawat pusat membuang undi di Manek Urai, malah beliau didapati juga telah menabur janji pembinaan jambatan baru Manek Urai dll.

Persoalan sekarang adakah SPRM Telus dan BEBAS

Friday, July 10, 2009

Altantuya Kelihatan Di Toulon, Perancis



Altantuya kelihatan dalam perjalanan dari Toulon, Perancis ke Malaysia semalam. Beliau dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi...hahahaha...

KUALA LUMPUR: Kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman berlepas dari Toulon, Perancis dalam pelayaran sulung yang bersejarah menuju ke Malaysia pada 11 pagi semalam. Kapal selam jenis tempur konvensional yang dibina di Cherbourg, Perancis dan syarikat pengeluar kapal selam, Navantia itu mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.

Friday, July 3, 2009

Masih Hangat: Video Rosmah Najib Guna Ilmu Hitam(Part 4)

Berikut merupakan sambungan video Puaka BN(Bini Najib da.....)




Tunggu Pendedahan seterusnya...

Wednesday, July 1, 2009

DUN Perak Bakal Di Bubar Minggu Ini

Berita tersebar luas, ada Adun BN akan berpaling tadah menyokong Pakatan. Umno buat meeting tergempar. Dan didapati Osman dan Jamal tak hadir.

Maklumat daripada sumber kuat, BN melalui Muhyiddin Yassin akan jumpa dengan Sultan Perak esok untuk dapat perkenan untuk bubarkan DUN. Maklumat itu juga ada menyebut bahawa Osman ada berjumpa dengan Nizar pada minggu sudah dan beliau memohon maaf sambil menyalahkan Jamal dengan apa yang terjadi di Perak sekarang. Beliau juga turut menyalahkan Jamal atas kesalahan mereka di mahkamah.

Oleh Sam Ahmad(perakexpress.com)