Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Pilihanraya Sarawak 16 April. Ayuh Undi Pakatan Rakyat Sahaja

Kepada Rakyat Sarawak!!! Ubah sekarang !!! Undi calon Pakatan Rakyat !!!

Wednesday, December 15, 2010

3 MP Bakal Digantung Dewan 6 bulan

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat pembangkang atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.Usul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz itu mencadangkan supaya tiga anggota Parlimen itu iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) digantung enam bulan daripada tugas atas beberapa kesalahan.Menurut usul itu, Karpal dan Sivarasa yang merupakan anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen didapati menghina dewan kerana telah membuat kenyataan di luar Dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan...

Saturday, December 4, 2010

Hapuskan Penyamun Ketuanan Rakyat

Subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, Gas Cecair Petroleum (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai hari ini.Berikutan penyelarasan jumlah subsidi itu, harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogr...

Friday, December 3, 2010

Harga Petrol RON 95 dan Gula NAIK mulai esok?

Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi - dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini. Kenaikan kali ini juga dikatakan membabitkan petrol RON 95 dan RON 97. Harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai kelmarin. Kenaikan RON 97 kelmarin adalah ekoran perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Pengumuman rasmi dijadual untuk dibuat petang ini. “Saya jangkakan kerajaan akan mengumumkan harga petang ini... kenaikan dijangka dalam sekitar 10 hingga 15 sen dan difahamkan, kadar ...

Thursday, November 25, 2010

Kejayaan Boikot Media: Utusan Melayu(M'sia) Kerugian 10juta

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. Pendapatan kumpulan media itu telah merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. Untuk suku ketiga berakhir 30 September 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas. Bagaimanapun, pendapatan mengukuh...

Wednesday, November 24, 2010

Kes DS Anwar : Kerana Bahasa Keadilan Gagal Ditegakkan

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak bantahan yang dikemukakan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar satu keputusan mahkamah yang dibuat dalam bahasa Inggeris pada tahun 2006.Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri. Menurut beliau mahkamah mempunyai kuasa yang luas sama ada untuk mengemukakan keputusan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.Beliau bagaiamanpun berkata pihaknya memandang serius penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.Hakim Arifin merujuk pekeliling yang dikkeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri...

Tuesday, November 23, 2010

DS Anwar: Nafi Akses Nota Klinikal, Hakim Tidak Adil Harus Digugurkan

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mahu hakim yang mendengar kes liwat keduanya digugurkan ekoran keputusan semalam menafikan beliau akses kepada nota-nota klinikal disediakan tiga doktor Kuala Lumpur (HKL).Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semalam memutuskan pasukan pembela telah gagal mengemukakan sebab mengapa mahkamah harus membenarkan Anwar akses kepada nota-nota klinikal.Peguam utama Anwar, Karpal Singh hari ini mendakwa bahawa keputusan hakim telah tersalah tafsir satu keputusan Mahkamah Agung pada 1993 bahawa mahkamah-mahkamah tertakuluk kepada keputusan di mana saksi mesti disediakan dengan kesemua data yang dijadikan asas maklumat.“Bukti...

Monday, November 22, 2010

Timbalan Presiden PKR : Sah milik Azmin Ali

Seperti yang dijangkakan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berjaya menewaskan pencabarnya dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu dengan majoriti besar selepas proses pengundian rasmi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berakhir Ahad. Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh, Azmin mendapat 19,212 undi berbanding pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub yang hanya mendapat 4,567 undi. Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan, lapor Malaysiakini. Begitu juga dalam persaingan nombor tiga parti apabila dimenangi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Selain anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, turut memenangi jawatan sama ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah...

PRU 13: April 2011

Pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) dijangka akan diadakan pada April 2011 serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.Inilah ramalan paling hangat yang dibuat sekarang ekoran keaktifan politik dan rasa keyakinan BN ekoran kemenangan berganda mereka di Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dun Galas, Kelantan baru-baru ini. Semalam, Bendahari PKR, William Leong ketika berucap dalam satu majlis dekat sini juga turut meramalkan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan April tahun depan. "Pilihan raya umum ke-13 dijangka April tahun depan. BN nampaknya bersedia ke arah itu," katanya yang juga anggota Parlimen Selayang. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan rakyat anjuran PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri di Puteri Central Park tengahari semalam. Baginya, Pakatan Rakyat perlu bersedia...

Friday, April 16, 2010

DS Anwar Ibrahim sekeluarga dalam bahaya

Keselamatan DSAI dan ahli keluarga nya terancam, baca BUKTI inihttp://www.facebook.com/?ref=home#!/photo.php?pid=5136167&id=345034017188http://www.facebook.com/home.php?#!/pages/Anwar-Ibrahim-Haters-Club/157888228396?ref...

Thursday, April 15, 2010

PRK P94: Bodohnya Ketua Pemuda Umno

Ketua Pemuda Umno@Apco terus menunjukkan kebodohannya dalam menjelaskan sumber maklumat yang beliau terima mengenai hubungan Dato Zaid Ibrahim dan Azmin ketika ini..ada ke patut Kera Jantan mengatakan pendedahannya itu adalah berdasarkan khabar angin yang diterima oleh penduduk tempatan Hulu Selangor...KHABAR ANGIN......... hahahahadari: malaysiakiniKetua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terus mendakwa bahawa ada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kurang senang dengan keputusan pucuk pimpinan memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya Hulu Selangor. "Ada yang tidak senang dengan pemilihan Zaid, antara mereka (naib presiden) Azmin Ali dan (Ketua Pemuda PKR) Shamsul Iskandar," kata Khairy pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.Menurut Khairy (kiri), Azmin...

Tuesday, April 6, 2010

DS Anwar Bongkar Penglibatan Israel Dalam PDRM

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.from:malaysiakiniKatanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka."Tak iktiraf israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam," katan...

Thursday, April 1, 2010

DS Anwar Bakal Digantung Dewan Rakyat

Bodoh betul undang-undang yang ada...Malang sungguh DS Anwar Ibrahim...Didakwa oleh UMNO, dan seterusnya dihakimi oleh UMNO...Mangsanya mereka yang berani dan sanggup menentang kejahatan UMNO/BN !!!Anwar diheret ke JK hak dan kebebasan Parlimen berhubung dengan dakwaan ketua umum PKR itu yang 1Malaysia adalah diciplak daripada 'One Israel' di Dewan Rakyat.Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen untuk jangka masa yang ditetapkan oleh jawatankuasa berkenaan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata kerajaan akan mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa mengenai hak dan kebebasan Parlimen."Kerajaan mengambil keputusan membentangkan usul untuk membawa wakil Permatang Pauh ke Jawatankuasa...

Tuesday, March 23, 2010

Benarkah Tiada Pergeseran Antara KDN dan IGP

Tidak ada pergeseran antara Kementerian Dalam Negeri dan pasukan Polis Diraja Malaysia, dakwa menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.Sebelum ini terdapat spekulasi hubungan kedua-dua pihak adalah tegang berikutan pendedahan Musa bahawa ada campurtangan pihak ketiga dalam PDRM.Soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP- Rasah) yang meminta penjelasan mengapa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan beliau memilih meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing di media daripada berkomunikasi sesama mereka.Hishamuddin dalam jawapannya juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa hubungan mereka adalah “baik” dan Musa membuat pendedahan itu di media kerana beliau ditanya isu berkenaan ketika wawancara.Ahad lalu, Musa dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia mendakwa ada pihak memberi tekanan kepada...

Monday, March 8, 2010

Pemecatan DS Anwar Ibrahim Sah - Mahkamah Persekutuan

Keputusan yang baru diterima hari ini oleh DS Anwar Ibrahim terus menunjukkan trend mahkamah lebih memihak kepada Kerajaan BN UMNO....Hakim-hakim mahkamah persekutuan dilihat sukar menerima hujuh-hujuh yang bernas daripada peguam DS Anwar Ibrahim.Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 2 September 1998 adalah sah.Keputusan itu dicapai sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff berkata Yang di-Pertuan Agong, sebagai monarki raja berpelembagaan akan bertindak atas nasihat perdana menteri dan kabinet bagi membatalkan pelantikan...

Sunday, March 7, 2010

Polis Gempur Majlis Pakatan Rakyat

GEMPAR !!! Polis gempur Majlis Konvensyen 2 Tahun Pakatan Rakyat. Polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan dikerah menggempur majlis tersebut. Adakah ini satu lagi agenda Polis dan BN..... Kenapa Polis terus membenci pemimpin Pakatan Rakyat....Dalam kejadian 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan Pakatan Rakyat terkejut dengan keganasan ini ...Kekecohan berlaku apabila polis cuba menyuraikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua, Pakatan Rakyat di Kampung Baru, Kuala Lumpur.Lebih seribu penyokong yang menghadiri upacara berkenaan berang dan melaungkan slogan 'reformasi' sambil bertakbir. Beberapa penyokong juga mencerca polis yang cuba mengaggalkan ceramah yang sedang mereka ikuti.Antara pemimpin Pakatan yang hadir ialah Menteri Besar, Selangor,...

Saturday, March 6, 2010

Yahoooo.. Zul Kulim di Pecat....

Zulkifli Noordin, ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu di PECAT daripada menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat.Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung...

Tuesday, January 26, 2010

Laporan Palsu dari Bilik Berita TV3 dan TV9 berkaitan DS Nizar

Ipoh,26 Januari-oleh Ustaz Misbahul Munir .YB Hj Nizar telah meminta saya menghubungi peguam Hanipa Maidin bagi membincangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya yang terpalit akibat dakwaan TV3 DAN TV 9 kononnya Pegawai Khasnya telah ditahan oleh SPRM.Para bloggers UMNO BN telah memainkan isu ini dan mendakwa kononnya Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO BNlah yang mengatur konspirasi ini menjelang keputusan Mahkamah Federal 9hb Februari ini.Kalau itulah yang didakwa UMNO BN, memang sungguh BN UMNOlah perencana konspirasi ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun Pegawai Khas Hj Nizar yang ditahan oleh SPRM,...

Dari Rakyat Untuk Rakyat

Album: Dari Rakyat Untuk RakyatThis Clips video from Malaysian singer-songwriter Meor Yusof Aziddin's a new album "Dari Rakyat Untuk Rakyat [2009]".Untuk membeli album, hubungi 012-5901...

Page 1 of 92123Next