Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Pilihanraya Sarawak 16 April. Ayuh Undi Pakatan Rakyat Sahaja

Kepada Rakyat Sarawak!!! Ubah sekarang !!! Undi calon Pakatan Rakyat !!!

Undi Calon Pakatan Rakyat !!!

Suara mereka suara RAKYAT Sarawak!!! JANGAN LUPA : Undi Pakatan Rakyat

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat !!!

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat

Vote 4 Change

Undi Pakatan Rakyat SAHAJA !!!

Showing posts with label eurocopter. Show all posts
Showing posts with label eurocopter. Show all posts

Monday, October 20, 2008

Isu Eurocopter - Satu Laporan Polis Terhadap Najib Akan Dibuat


Gambar Ikhsan dpd Malaysian-Today


Wan Nordin Wan Yaacob, Harakah

Sekretariat Anak Muda Malaysia akan membuat satu laporan polis bagi mendedah dakwaan korupsi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut jurucakap sekretariat, Badrul Hisham Shaharin, laporan itu akan dibuat pada jam 1.00 petang esok (21 Oktober) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Beliau menyeru anak muda dan golongan aktivis untuk sama-sama menyertai Sekretariat Anak Muda Malaysia membuat laporan terhadap Najib itu esok.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang ingin mengiringi aktivis sekretariat untuk membuat laporan itu di IPD Dang Wangi esok diharap berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, kabinet bersetuju supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan helikopter Nuri, kata Najib yang juga Timbalan Presiden Umno.

Katanya, sekali pun Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dato' Abu Bakar Abdullah telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa proses perolehan helikopter itu dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, namun perkara itu tetap wajar dikaji secara mendalam oleh PAC.

"Dalam mesyuarat Kabinet Jumaat lepas, saya mengusulkan supaya isu pembelian helikopter ini dikemukakan untuk dihalusi oleh PAC dan dikaji dengan mendalam oleh PAC dan PAC boleh membuat kesimpulan," katanya pada 18 Oktober lalu.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata PAC akan memperhalusi segala proses pembelian berhubung tender bagi pemerolehan helikopter Eurocopter bagi menggantikan pesawat Nuri itu.

Sebelum ini, dalam suratnya kepada Najib, syarikat yang terlibat dalam tender tersebut Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter dengan alasan ia "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Dato' Zahar Hashim berkata pihaknya difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter.

Isu berhubung penggantian helikopter Nuri itu bermula selepas mesyuarat Kabinet pada 18 Julai 2007 bersetuju agar Nuri ditukar berikutan rungutan beberapa ahli Parlimen dan masyarakat umum berhubung helikopter jenis itu sering terlibat dalam nahas udara yang mengorbankan anggota tentera.

Sejak digunakan 39 tahun lalu, sebanyak 14 buah helikopter Nuri dilaporkan terhempas dan mengorbankan 107 nyawa anggota tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Ekoran rungutan itu, Tentera Udara Diraja Malaysia telah menyediakan dokumen spesifikasi helikopter utiliti berkeupayaan mencari dan menyelamat (SAR) dan boleh dipertingkatkan keupayaan kepada SAR pertempuran.

Pada 10 Oktober 2007, Unit Perancang Ekonomi memberikan kelulusan untuk membeli pesawat baru menggantikan Nuri.

Satu tender terbuka antarabangsa telah diumumkan pada 7 November 2007 bagi membolehkan pembuat, pembekal dan ejen mengambil bahagian dalam tender tersebut.
Pada 3 September lalu, Kementerian Pertahanan telah menerima keputusan dan persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan kementerian itu mengeluarkan Surat Niat kepada Eurocopter pada 15 September 2008.

Tuesday, October 14, 2008

Kontrak Eurocopter-Tindakan Najib Dipertikaikan

[mkini]Dakwaan terbaru berhubung perolehan peralatan pertahanan baru selepas isu kontrak pembelian kapal selam Scorpene.

DS Najib Razak, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Eurocopter Cougar EC 275 dalam keadaan meragukan sewaktu menjadi menteri pertahanan.

Sebuah syarikat yang terlibat dalam tender tersebut iaitu Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian Pertahanan yang didakwa mereka "tanpa menemui wakil penjualnya dan tanpa melakukan ujian penerbangan."

"Lazimnya, seseorang yang ingin membeli kereta berharga satu juta ringgit pun akan bertanya berbagai soalan kepada jurujual dan membuat pemanduan uji dua atau tiga jenama kereta sebelum memilih kereta yang paling sesuai," kata pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim.


Proses mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa" dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini.

"Kami difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter," kata Zahar lagi.

"LOI tersebut ditandatangani oleh seorang pegawai paras menengah di Kementerian Pertahanan dan bertarikh 15 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri (Najib) berpindah dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan."


Manakala itu DS Anwar Ibrahim berkata dalam Dewan Rakyat, harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi. Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta, manakala syarikat pembuat Nuri, Sikorsky dari Amerika Syarikat, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion.

“Persoalan yang berbangkit adalah, syarikat Eurocopter adalah pembida tertinggi, berbanding pembida Rusia yang menawarkan RM1.4 bilion jauh lebih murah. Mungkin ini adalah dasar kerajaan memilih pembida paling tinggi, supaya komisyen yang mereka dapat pun tinggi,"kata DS Anwar Ibrahim

Helikopter Eurocopter Cougar EC725 adalah satu dari empat jenis helikopter yang disenarai pendek oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Keempat-empat syarikat terbabit dalam bidaan tersebut menawarkan spesifikasi memenuhi kehendak Kementerian Pertahanan (Mindef).



Daripada: malaysian-today (Surat Daripada Mentari Services kepada Najib Razak)