Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Tuesday, October 14, 2008

Kontrak Eurocopter-Tindakan Najib Dipertikaikan

[mkini]Dakwaan terbaru berhubung perolehan peralatan pertahanan baru selepas isu kontrak pembelian kapal selam Scorpene.

DS Najib Razak, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Eurocopter Cougar EC 275 dalam keadaan meragukan sewaktu menjadi menteri pertahanan.

Sebuah syarikat yang terlibat dalam tender tersebut iaitu Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian Pertahanan yang didakwa mereka "tanpa menemui wakil penjualnya dan tanpa melakukan ujian penerbangan."

"Lazimnya, seseorang yang ingin membeli kereta berharga satu juta ringgit pun akan bertanya berbagai soalan kepada jurujual dan membuat pemanduan uji dua atau tiga jenama kereta sebelum memilih kereta yang paling sesuai," kata pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim.


Proses mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa" dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini.

"Kami difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter," kata Zahar lagi.

"LOI tersebut ditandatangani oleh seorang pegawai paras menengah di Kementerian Pertahanan dan bertarikh 15 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri (Najib) berpindah dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan."



Manakala itu DS Anwar Ibrahim berkata dalam Dewan Rakyat, harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi. Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta, manakala syarikat pembuat Nuri, Sikorsky dari Amerika Syarikat, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion.

“Persoalan yang berbangkit adalah, syarikat Eurocopter adalah pembida tertinggi, berbanding pembida Rusia yang menawarkan RM1.4 bilion jauh lebih murah. Mungkin ini adalah dasar kerajaan memilih pembida paling tinggi, supaya komisyen yang mereka dapat pun tinggi,"kata DS Anwar Ibrahim

Helikopter Eurocopter Cougar EC725 adalah satu dari empat jenis helikopter yang disenarai pendek oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Keempat-empat syarikat terbabit dalam bidaan tersebut menawarkan spesifikasi memenuhi kehendak Kementerian Pertahanan (Mindef).



Daripada: malaysian-today (Surat Daripada Mentari Services kepada Najib Razak)







0 comments: