[mkini]Kereta kepunyaan ahli Parlimen Sungai Siput(Pakatan Rakyat), Dr D Jeyakumar rosak sebahagiannya, disyaki dibakar awal pagi ini.
Ketika dihubungi hari ini, pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu menuduh lawan politiknya dari MIC yang bertanggungjawab melakukannya.
Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Jeyakumar menewaskan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang mewakili kerusi parlimen tersebut sejak tiga dekad yang lalu.
Beliau percaya kumpulan yang sama yang membakar kereta Volkswagen Beetle miliknya itu, turut bertanggungjawab menganggu ahli-ahli parti itu di kawasan tersebut.
Gangguan tersebut, tambahnya, telah berlaku sejak lebih lapan tahun yang lalu.
Mengulas mengenai kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 1 pagi tadi, Jeyakumar berkata: "Jiran-jiran (saya) ternampak empat pemuda memecah cermin pintu kereta saya, dan membakarnya. Bahagian dalam kereta saya terbakar teruk."
Jeyakumar menjelaskan semuanya bermula tiga hari lalu ketika seorang ahli wanita parti itu berada seorang diri di pejabat parti itu, didatangi sekumpulan lelaki mabuk dalam lingkungan usia 20-an.
"Dia memberitahu saya yang kumpulan tersebut meminta wang dan bila dia enggan memberinya, mereka mengancam untuk memukulnya," kata Jeyakumar.

0 comments:
Post a Comment