[mstar]Kerajaan akan mengkaji semula beberapa projek termasuk di kawasan koridor pembangunan wilayah ekoran krisis ekonomi global yang dihadapi sekarang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Malah, Pak Lah juga meminta pengguna menggunakan kuasa membeli mereka untuk memaksa peniaga dan penjual menurunkan harga barangan selepas kerajaan menurunkan harga bahan api buat kali ketiga berkuat kuasa 15 Oktober 2008.(Tulah Pak Lah siapa suruh kau naikan harga minyak dulu...!!!)
Kerajaan mengumumkan penurunan kali ketiga harga runcit petrol dan diesel antara 10 sen hingga 20 sen seliter.
Apabila minyak turun, maka pemimpin kerajaan mengatakan ini adalah rasa perihatin kerajaan terhadap rakyat. Dan Waktu menaikan harga minyak ini dulu adalah lebih kepada fenomena dunia dan harga global!!!
Malangnya apabila harga minyak turun, harga barang pula tidak turun. Kadar tarif elektrik (TNB) pun tak turun- turun juga !!! Rakyat terus sengsara !!!
Inilah kesilapan besar Pak Lah, BN, Umno bila menaikkan harga minyak secara tergesa-gesa, sehingga meningkatnya bahan api untuk kos pengangkutan dan sebagainya.
Maka atas alasan ini juga peniaga menaikkan harga barang.
Mana pergi bijak pandai pemimpin Umno/BN kononnya merekalah yang bijak boleh membahagiakan rakyat.
Kenapa mereka tergesa-gesa menaikkan harga minyak dahulu, tidak ada idea lain ke selain daripada menaikkan harga minyak ketika itu. Sekarang minyak turun, harga barang tidak mahu turun!!! Bodoh betul pemimpin kerajaan BN dan Umno....
Ketika ini semua Mesyuarat Bahagian Umno sedang bersidang, TIDAK pula kita dengar mereka bersungguh-sungguh bincangkan masalah kenaikan harga barang, masalah rakyat sengsara akibat kenaikan harga minyak atau cara nak membela nasib rakyat.
Yang kita dengar semuanya isu perebutan kuasa siapa yang layak dicalonkan dalam pemilihan pucuk pimpinan atasan...
Inikah pemimpin yang berjiwa rakyat ???
0 comments:
Post a Comment