Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Thursday, October 16, 2008

Kerajaan Haramkan Hindraf - Demokrasi Dihalang

Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang. Tindakan Kementerian Dalam Negeri ini disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak adil !!!

Kementerian Dalam Negeri mendakwa, Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak.

"Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), Hindraf telah diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," DS Syed Hamid.

Syed Hamid kata, sekiranya Hindraf tidak dibendung, ia mungkin akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.(Sebenarnya pemimpin Umno yang takut kedudukan mereka akan terancam....)

Mengulas isu ini, Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) menyifatkan keputusan mengharamkan pertubuhan itu semalam menunjukkan kefahaman kerajaan tentang nasib kaum "masih lapuk".

"Jelas sekali kerajaan mempunyai kefahaman yang lapuk terhadap keadaan itu (keterpinggiran India), mereka tidak dapat melihat masalah sebenar yang dialami oleh sebahagian utama penduduk Malaysia ini," kata pengerusinya P Waythamoorthy.

Beliau, yang berada di London sejak siri tangkapan terhadap barisan pemimpin utama Hindraf, menegaskan semangat penyokong perkumpulan itu tidak akan pudar dengan tindakan terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN).



daripada Harakahdaily,

Sementara itu menurut Ketua Wanita KeADILan Zuraida Kamaruddin,membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak polis memanggil empat aktivis Hindraf untuk disoal siasat hanya kerana kehadiran mereka di Rumah Terbuka anjuran Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di PWTC.

"Kami juga mahu pengistiharan pengharaman terhadap Hindraf di kaji semula tindakan tersebut tidak adil bagi pihak mereka di dalam memperjuangkan keadilan.

"Malahan tindakan pengharaman Hindraf juga akan dilihat satu tindakan yang tidak wajar dan mencerminkan tindakan negara ini seolah menghalang demokrasi,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Zuraida, kehadiran mereka di PWTC 1 Oktober lalu juga seperti rakyat Malaysia yang lain, malahan Perdana Menteri,Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi juga merupakan Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Kita perlu ingat walaupun berbeza dari segi agama bangsa dan juga latar belakang politik seharusnya Abdullah Badawi bersikap professional dan tidak melihat isu ini seperti isu tergempar,"katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang.

Zuraida juga menegaskan, hehadiran mereka pada majlis rumah terbuka tidak menghina Islam atau orang Melayu pada hari tersebut.

"Kehadiran mereka hanya ingin menyampaikan mesej supaya ISA dimanushkan dan membebaskan semua tahanan tersebut.

"Mungkin mereka berpendapat bahawa pada hari tersebut merupakan peluang bertemu dengan Perdana Menteri yang sebelum mungkin tiada kelapangan masa,"tambahnya.

"Kenapa isu ini perlu di besar-besarkan sehingga dibawa kepada siasatan pihak polis sedangkan niat mereka hanya bertemu Perdana Menteri? Dimanakah keadilan? Adakah Abdullah mampu membezakan antara rakyat dan politik?,"soalnya.

Zuraida menambah, dengan membandingkan bagaimana KeADILan menganjurkan rumah terbuka tanpa sebarang diskriminasi.

"Lihat sahaja Rumah Terbuka anjuran Parti Keadilan mereka juga hadir untuk bertemu Dato' Seri Anwar dan menyerahkan anak patung bagi tujuan mendapatkan pembelaan terhadap anak anak tahanan ISA namun kehadiran mereka tidak memberi masalah kepada kami malahan kehadiran mereka menunjukkan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan prinsip perpaduan dan perayaan di raikan bersama. Ini mesej yang harus ditonjol kepada dunia dan bukannya perbalahan sesama kita sebagai rakyat Malaysia,"tegasnya.



Gambar Hindraf sekitar Hari Terbuka PWTC 1 Oktober 2008. Didapati tiada unsur-unsur menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.(diambil dari hindraf.org)


Kad Ucapan Selamat Hari Raya dan Hapuskan ISA Untuk PM



Ibu Bapa bersama kanak-kanak begitu gembira untuk sama-sama meraikan Sambutan Hari Raya Bersama PM



Berlaku sedikit kekecohan sewaktu di pintu masuk, malangnya kad ucapan dirosakkan oleh anggota polis kerana dikatakan mengancam keselamatan dalam negeri, kanak-kanak begitu kecewa kerana kad Raya mereka telah rosak..




Rakan-rakan dari HINDRAF beratur dengan tertib , tidak ada gangguan kepada tetamu yang lain. MALANGNYA Utusan Meloya dan TV3suku mengatakan kumpulan HINDRAF tidak beratur dan malah membuat kacau di dalam Dewan PWTC.



Hishamudin dan Isteri begitu ramah dan mesra berjabat salam dengan rakan-rakan dari HINDRAF. Malangnya Utusan Meloya dan TV3suku mengatakan rakan-rakan HINDRAF sombong hinggakan tidak mahu berjabat salam dengan Menteri...Satu Pembohongan Besar dari Utusan Meloya dan TV3suku....



Malang sungguh rakan-rakan HINDRAF sukar untuk bersalaman dengan PM. Pak Lah dikawal ketat oleh POLIS.

1 comments:

Not sure if this ban make sense as HINDRAF is not a legal organisation in the first place.

As a moderate Indian Malaysian, I don’t agree or support HINDRAF (maybe one of the few Indian who do not support HINDRAF in Malaysia).

No, I’m not a BN Supporter. How many have actually read their memorandum, speeches or attended their gatherings?

The approach, writing and rhetorics incites hatred towards others. They are another organisation hiding behind race, religion, temples and schools. Most of their arguements are flimsy and does not make much sense.

For alternative views on HINDRAF, from a Indian Malaysian point of view, , please visit

http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

(AUg/Sept/Oct Archive)