Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Wednesday, October 8, 2008

Utusan Meloya Keterlaluan Isu Hindraf - DS Anwar Ibrahim


DS Anwar Ibrahim semalam menuduh laporan akhbar Utusan Malaysia mengenai tindak-tanduk keterlaluan pertubuhan haram Hindraf lebih bertujuan untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap kaum India sahaja.

''Jangan dengar Utusanlah. Isunya bukan tunjuk perasaan Hindraf yang disebut oleh Utusan Malaysia. Dalam akhbar Utusan Malaysia, ceritanya cuma nak bangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap Hindu. Saya katakan isunya adalah ISA yang zalim.", kata DS Anwar.

''Orang ditahan di bawah akta yang zalim kena dibebaskan. Jangan nak tukar (topik), makan anjing ke, makan beruk ke. Itu bukan soalnya.

''Orang zalim kena dibetulkan kesalahan mereka. Kalau orang Melayu beragama Islam tunjuk zalim kepada orang Hindu, orang Melayu tak layak memimpin negara ini. Utusan Malaysia boleh catat perkara ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam.



TERUSKAN USAHA BOIKOT UTUSAN MALAYSIA !!!

0 comments: