TAPI KINI...
HARGA MINYAK PASARAN DUNIA DAH TURUN KENAPA MASIH TAK TURUNKAN KADAR TARIF ???
NAK KAYA PUN BIAR BERPATUTAN... DASAR KRONI !!!
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengkaji semula kadar tarif yang dikenakan sekarang memandangkan harga minyak di pasaran dunia kian menurun.
Bernama melaporkan, beliau menyeru kajian semula kadar tarif elektrik itu perlu dalam usaha kerajaan menbendung kadar inflasi serta untuk menjamin kesejahteraan rakyat.
"Harga minyak sekarang semakin turun jadi perlulah satu kajian semula dilakukan oleh TNB, ini adalah untuk kesejahteraan rakyat.
"Masa harga minyak naik negara kita juga turut merasakan kesannya jadi apa salahnya sekiranya harga minyak turun rakyat juga dapat menikmati faedahnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Lim bagaimanapun tidak mengulas lanjut kadar tarif yang perlu diturunkan oleh TNB. Pada 1 Jun lepas kerajaan telah menaikkan kadar tarif elektrik sebanyak 12 peratus.
Harga minyak di pasaran dunia kini turun kepada AS$82 (RM287) setong dan beberapa penganalisis ekonomi tempatan turut meramalkan harga minyak akan terus turun berdasarkan kelembapan ekonomi dunia ketika ini.
Bernama
0 comments:
Post a Comment