Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Tuesday, October 7, 2008

Kes Liwat DS Anwar Ibrahim 7 Oktober 2008 - Keputusan Bantahan Pindah Kes

Terkini Pindah kes Anwar: Tiada keputusan hari ini, mahkamah sidang lagi esok


[mstar]Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang bersidang sejak pagi ini bagi mempertimbangkan permohonan memindahkan kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi akan mendengar hujah pihak pendakwa esok.

Hakim S. M. Komathy Suppiah menangguhkan sidang mahkamah sehingga pukul 11 pagi esok.

Pagi esok ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah akan menyambung penghujahan beliau.






Kes DS Anwar Ibrahim akan bermula pagi ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi memutuskan sama ada perbicaraan kes perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi ataupun sebaliknya.

Kelihatan penyokong mula berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta sejak dari pagi lagi.

Pada 24 September 2008 yang lalu, Hakim S. M. Komathy Suppiah telah menangguhkan sidang sehingga hari ini untuk memutuskan keputusannya selepas menimbangkan hujah bantahan pihak pembelaan atas permohonan pendakwaan bagi memindahkan perbicaraan kes Anwar ke Mahkamah Tinggi, di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.



Lintas langsung

9.40pagi -DS Anwar Ibrahim mula tiba di perkarangan mahkamah bersama dengan DS Dr Wan Azizah Wan Ismail serta peguam-peguamnya.

10.15pagi - Hakim sedang menjelaskan asas-asas perundangan kuasa penentuan Sijil Perintah Pemindahan ke Mahkamah Tinggi samada sah atau tidak. Hakim juga telah menolak bantahan awal yang dibangkitkan oleh pihak pendakwa bahawa beliau tiada pilihan, kecuali memindahkan kes tersebut ke mahkamah lebih tinggi. Hakim Komathy Suppiah juga memberitahu bahawa beliau mempunyai bidangkuasa untuk mendengar bantahan peguambela terhadap notis permohonan pemindahan kes tersebut.

10.20pagi - Peguambela baru sahaja selesai berhujah meminta agar Hakim Komathy Suppiah mengekalkan keputusan yang lalu.

10.25pagi - Pihak Pendakwa berhujah untuk mempertahankan cadangan mereka untuk membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.

11.15pagi : Pendakwa memohon pergantungan perintah Hakim tetapi ditolak. Pihak Pendakwa berhujah untuk mengemukakan afidavit Gani Patail tetapi dibantah oleh pihak Pembela.

11:35pg : Mahkamah ditangguhkan seketika. Kes bersambung 2.30petang

3.20ptg : Perbicaraan disambung semula. Peguambela menghujahkan bahawa tandatangan Gani Patail pada Sijil Perintah Pemindahan itu bertentangan dengan prinsip keadilan kerana adanya laporan DSAI berkenaan penglibatan AG dalam kes terdahulu.

4.00ptg Hakim S. M. Komathy Suppiah menangguhkan sidang mahkamah sehingga pukul 11 pagi esok.

0 comments: