Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Thursday, October 9, 2008

Kes Anwar ditangguh sehingga 31 Oktober

Oleh ARIFUDDIN ISHAK[mstar]

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari pihak pembelaan berhujah berhubung bantahan mengenai kesahihan sijil pemindahan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan untuk menyambung sesi penghujahan pada 31 oktober depan.

Hakim S.M. Komathy Suppiah juga mengarahkan supaya arahan untuk mengenepikan permintaan afidavit Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak disiarkan di media ditarik balik.

Terdahulu, peguam Anwar, Sulaiman Abdullah menyambung hujahnya pada pukul 3.10 petang tadi selepas beliau menyampaikan hujahnya selama dua jam bermula pukul 10.17 pagi.

Pasukan pembelaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Mahkamah Sesyen, di sini menarik balik larangan yang dikenakan ke atas media daripada melaporkan kandungan bahan bukti berhubung kejadian 'mata lebam' Anwar.

Peguambela utama Anwar, Sulaiman Abdullah, berkata media tidak seharusnya dihalang berbuat demikian kerana kandungan bahan bukti itu dibaca di mahkamah terbuka, menjadikan afidavit Anwar yang mengandungi bahan bukti itu sebagai dokumen awam.

Sulaiman berhujah di hadapan Hakim S M Komathy Suppiah bahawa tiga bahan bukti berkenaan iaitu dua pernyataan tuntutan yang masing-masing difailkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawai penyiasat kes Anwar pada 1998 Anwar, Datuk Mat Zain Ibrahim serta laporan akhbar mengenai kejadian itu yang dibaca di mahkamah terbuka.

0 comments: