Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Pilihanraya Sarawak 16 April. Ayuh Undi Pakatan Rakyat Sahaja

Kepada Rakyat Sarawak!!! Ubah sekarang !!! Undi calon Pakatan Rakyat !!!

Thursday, November 25, 2010

Kejayaan Boikot Media: Utusan Melayu(M'sia) Kerugian 10juta

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. Pendapatan kumpulan media itu telah merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. Untuk suku ketiga berakhir 30 September 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas. Bagaimanapun, pendapatan mengukuh...

Wednesday, November 24, 2010

Kes DS Anwar : Kerana Bahasa Keadilan Gagal Ditegakkan

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak bantahan yang dikemukakan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar satu keputusan mahkamah yang dibuat dalam bahasa Inggeris pada tahun 2006.Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri. Menurut beliau mahkamah mempunyai kuasa yang luas sama ada untuk mengemukakan keputusan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.Beliau bagaiamanpun berkata pihaknya memandang serius penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.Hakim Arifin merujuk pekeliling yang dikkeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri...

Tuesday, November 23, 2010

DS Anwar: Nafi Akses Nota Klinikal, Hakim Tidak Adil Harus Digugurkan

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mahu hakim yang mendengar kes liwat keduanya digugurkan ekoran keputusan semalam menafikan beliau akses kepada nota-nota klinikal disediakan tiga doktor Kuala Lumpur (HKL).Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semalam memutuskan pasukan pembela telah gagal mengemukakan sebab mengapa mahkamah harus membenarkan Anwar akses kepada nota-nota klinikal.Peguam utama Anwar, Karpal Singh hari ini mendakwa bahawa keputusan hakim telah tersalah tafsir satu keputusan Mahkamah Agung pada 1993 bahawa mahkamah-mahkamah tertakuluk kepada keputusan di mana saksi mesti disediakan dengan kesemua data yang dijadikan asas maklumat.“Bukti...

Monday, November 22, 2010

Timbalan Presiden PKR : Sah milik Azmin Ali

Seperti yang dijangkakan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berjaya menewaskan pencabarnya dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu dengan majoriti besar selepas proses pengundian rasmi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berakhir Ahad. Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh, Azmin mendapat 19,212 undi berbanding pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub yang hanya mendapat 4,567 undi. Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan, lapor Malaysiakini. Begitu juga dalam persaingan nombor tiga parti apabila dimenangi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Selain anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, turut memenangi jawatan sama ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah...

PRU 13: April 2011

Pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) dijangka akan diadakan pada April 2011 serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.Inilah ramalan paling hangat yang dibuat sekarang ekoran keaktifan politik dan rasa keyakinan BN ekoran kemenangan berganda mereka di Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dun Galas, Kelantan baru-baru ini. Semalam, Bendahari PKR, William Leong ketika berucap dalam satu majlis dekat sini juga turut meramalkan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan April tahun depan. "Pilihan raya umum ke-13 dijangka April tahun depan. BN nampaknya bersedia ke arah itu," katanya yang juga anggota Parlimen Selayang. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan rakyat anjuran PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri di Puteri Central Park tengahari semalam. Baginya, Pakatan Rakyat perlu bersedia...

Page 1 of 92123Next