Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Wednesday, March 25, 2009

Ceramah Anwar Di Bukit Gantang Diganggu Polis

Serangan demi serangan dilakukan kepada DS Anwar dalam siri ceramah kempen prk ...

Polis FRU masih digunakan oleh pihak BN@Umno untuk menghalang beliau dari terus berkempen....

Demokrasi Masih Terkubur !!!!!!




KUALA LUMPUR,25 MAC (SK) - Satu lagi ceramah umum Anwar Ibrahim terpaksa dibatalkan di Bukit Gantang malam tadi selepas polis menempatkan trak-trak FRU untuk mengepung kawasan ceramah.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Anwar Ibrahim, kepungan yang dilakukan oleh FRU itu bagi menghalang kehadiran Ketua Umum KeADILan itu.

Difahkamkan juga, kira-kira 300 anggota polis dikerah di kawasan ceramah berkenaan dimana terdapat lebih 5000 orang awam yang sedang menunggu ceramah Anwar.

Anwar terpaksa membatalkan ceramah berkenaan sejurus tiba di kawasan berkenaan manakala tiga penceramah lain, Calon Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin; Naib Presiden KeADILan Dr Lee Boon Chai dan Adun Hutan Melintang, S Kasavan sempat memberi ucapan.

Dua hari lalu, di Sungai Petani, polis telah menyerang kira-kira 10,000 orang awam termasuk warga tua dan kanak-kanak sejurus ucapan Anwar.

Ketika kejadian pihak polis turut menahan, Ketua staf pejabat Anwar, Ibrahim Yaacob, Pemimpin KeADILan Kedah, Zamri Yusof dan Pegawai Khas Menteri Besar Kedah Ismadi serta beberapa yang lain.

1 comments:

Media Harakah dan Suara Keadilan yang mencerminkan saluran suara rakyat telah disekat. Ini bertentangan dengan amalan dan semangat demokrasi, yang memberi kebebasan bersuara dan memberi pendapat.

Pilihan kita tidak ada lain selain menggerakkan secara besar-besaran media alternatif seperti internet untuk menyampaikan suara rakyat.