Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Monday, March 30, 2009

Lihatlah Rupa-rupanya Pak Lah Masih Tertidur ~malaysiakini


Pak Lah kata :Bukan cara BN kempen tuduh-menuduh !!!

Tapi malam tadi juga telah menyaksikan betapa EGO dan BONGKAK nya UMNO membuat tuduhan demi tuduhan kepada DS Anwar, DS Nizar, Tan Sri Khalid malah YB Elizabeth Wong.

Memang patutlah Si Pak Lah ni letak jawatan sebagai PM !!!

Budaya Samseng UMNO telah masuk kedalam Be eNd


Berita 2

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Barisan Nasional (BN) tidak dapat menerima cara pembangkang mengamalkan politik tuduh-menuduh terhadap pemimpin kerajaan semasa berkempen pada pilihan raya.

"Itu cara pembangkang. Kita memang tak setuju langsung dengan kempen cara itu.

"Tuduh menuduh dalam politik akan berlaku walaupun kita tak suka," katanya selepas melancarkan projek Puncak Baru sempena pembangunan semula tapak Pasar Minggu Kampung Baru di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata apa yang penting ialah BN perlu membuktikan keikhlasan dan kesungguhan untuk membangunkan negara demi rakyat.

Ditanya situasi berkempen yang hanya melihat pembangkang yang menyerang pemimpin kerajaan tetapi pemimpin kerajaan tidak berbuat sedemikian, Abdullah berkata itu bererti bahawa pemimpin kerajaan terdiri daripada orang yang baik.

"Rakyat akan tahulah...Yang ini suka mengata, yang ini cakap pasal nak membangun...takkan rakyat tak faham," katanya.

BERNAMA


Berita 1

TAIPING:

Nizar 'calon' DAP? Isu Derhaka dominasi kempen

Kempen malam pertama pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang menjurus isu krisis politik di Perak, yang berusia dua bulan, dengan menyerang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rata-rata ceramah-ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) khususnya Umno malam tadi menyifatkan Nizar sebagai penderhaka institusi raja khasnya Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat pula dilihat sebagai boneka Amerika Syarikat (AS). Malah PAS didakwa menurunkan Nizar sebagai calon atas kehendak DAP.

Turut dibangkitkan pada hari pertama kempen ialah isu gambar bogel ADUN Bukit Lanjan dan Exco Selangor, Elizabeth Wong. Malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tidak ketinggalan daripada dihentam semasa kempen.

Exco Pemuda Umno, Lokman Adam yang dipilih Rabu lalu melabelkan Nizar sebagai calon yang dipilih oleh DAP dan melambangkan "satu penderhakaan kepada Sultan."

"Kalau mengundi Nizar bermakna memilih orang yang mahu menderhaka dan menghina raja... kawan baik kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP) dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP)," katanya pada majlis pidato perdana di kawasan Changkat Jering dekat sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohamad Noor yang menyertai Umno Jun lalu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, Datuk Rosli Hussin yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang serta Pegawai Khas kepada Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Rosli pula berkata, Nizar bertanding atas perasaan marah (kerana hilang kuasa sebagai Menteri Besar), bukan kerana mahu berkhidmat (untuk rakyat)."

"Kalau dipilih, yang mana beliau akan berikan khidmat... yang tua (kawasan DUN Pasir Panjang) ataupun yang muda (Parlimen Bukit Gantang)," kata beliau.



Nizar yang ditemui pagi ini di Markas PAs berkata, beliau sudah menjangkakan pendekatan ini yang disifatkannya sebagai "pembunuhan karakter."

"Ini bukan berlaku sekarang tapi dari awal lagi dah lama berlaku...ini sudah digunakan oleh Umno sejak 5 Februari lalu (sejak kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat berakhir)," katanya ketika ditemui pagi ini. Justeru kata Nizar, beliau tidak tertekan dengan penggunaan isu berkenaan, "sebaliknya bersemangat dan terhibur."

Di Bukit Gantang, Nizar berhadapan dengan saingan calon BN, Ismail Saffian dan wakil Bebas, Kamarul Ramizu Idris.

Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, perkembangan itu menunjukkan BN dan Umno masih menggunakan cara lama berpolitik.

Sambil menafikan PAS dipaksa DAP untuk memilih Nizar sebagai calon, Mustafa berkata, memang DAP ada mencadangkan nama Nizar melalui kenyataan akhbar tetapi pihaknya memilih daripada lima nama yang telah disenaraipendekkan.

0 comments: