Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Tuesday, March 24, 2009

Polis Serang Pakatan Rakyat di Bukit Selambau

Kekejaman terus dilakukan oleh pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga keamanan negara....

Kenapa perkara ini terus terjadi ! ! !

Kenapa perlu takut kepada Pakatan Rakyat..

Adakah mereka yang ditangkap ini penjenayah besar dan merbahaya kepada negara...

Adakah mereka yang ditangkap ini perompak, perogol, pembunuh atau sebagainya....

Mereka semua hanyalah rakyat biasa yang ingin mendapat maklumat terkini isu-isu dalam negara.. itu je...




PETALING JAYA:Tinggal kurang seminggu menjelang hari penamaan calon Bukit Selambau, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan himpunan hampir 5,000 orang di Sungai Petani, yang datang untuk mendengar ceramah Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Lebih 18 penyokong Anwar dan orang awam dilaporkan telah ditahan dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Muda.

Mereka termasuklah beberapa pembantu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan ketua staf Anwar, Ibrahim Yaacob.

Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier Jeyakumar yang dipetik Malaysian Insider berkata, "saya sangat marah kerana FRU menggunakan air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan 5,000 orang yang berhimpur untuk mendengar ucapan Anwar."

Ketua PKR Bahagian Merbok, Datuk Rashid Din ketika dihubungi mStar Online pula mengesahkan sejumlah penyokong dan orang ramai ditahan dalam tindakan FRU itu.

"Mereka yang ditahan telah dibawa ke IPD Kuala Muda," kata beliau kira-kira pukul 11.50 malam tadi.

Penamaan calon kerusi Bukit Selambau diadakan Ahad ini manakala pengundian dijadual 7 April.

Bagaimanapun calon Pakatan Rakyat kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, S. Manikumar menafikan beliau turut ditahan.

Manikumar ketika dihubungi berkata: "Saya OK, saya OK... saya berada dalam keadaan baik."

Kata beliau, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat memang telah ditahan termasuk dari PKR dan DAP.

Jelas beliau, segala-galanya bermula apabila Anwar mula menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran bilik gerakan Pakatan Rakyat dan PKR di sini malam ini.

"Sebaik sahaja Anwar mula berucap, gas pemedih dilepaskan menyebabkan ramai yang melarikan diri ke bangunan dua tingkat.

"Mereka hanya meninggalkan apaila FRU beredar," kata beliau sambil menambah, majlis tersebut bermula pukul 9.30 malam.

Laporan portal terdahulu melaporkan Manikumar turut ditahan.

0 comments: