Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Wednesday, March 25, 2009

Jawapan kepada ucapan Hisahmuddin mengenai isu Petualang


Inilah Wajah Pemimpin Pondan Umno...


Maka gegak- gempitalah di dewan Tun Hussein Onn PWTC apabila pencacai-pencacai yang kurang cerdik menyambut ucapan Ketua Pemudanya bersyarah mengenai "petualang". Ketua Pemuda yang nampaknya gah tetapi hakikatnya pengecut itu sekali lagi bermain dengan "Keris" yang ternyata ketinggalan zaman atau terkebelakang tamaddunnya bilamana dunia sekarang menggunakan senjata2 canggih menetang musuhnya.

Negara-negara mundur seperti di benua Afrika pun tidak lagi menggunakan lembing, parang, pemanah apa lagi keris untuk menentang musuh tetapi pemuda UMNO masih lagi dengan bermain dengan "Keris" yang suatu ketika dulu disembunyikan pemiliknya yang ketakutan apabila Pemuda MCA menempelak Ketua pemuda kerana bermain dengan keris.


he..he...he... aku ketawa, persidangan pemuda umno sudah jadi persidangan Raja Lawak, kah..kah..kah...aku ketawa lagi.

Maka berhujahlah lagi siketua pemuda yang sudah lanjut usianya itu :

"Ada petualang yang secara sumbang mengisytiharkan bahawa akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September 2008. Lalu disemai benih keraguan di kalangan rakyat hingga menjejaskan keyakinan dunia."

Maka akupun jawaplah:

Dunia tidak yakin dengan Malaysia dah lama dah...sebelum peristiharan 16 September lagi. Dunia tidak yakin dengan Malaysia kerana kerajaan BN yang diterajui UMNO mengamalkan sistem kuku besi, menjahanamkan demokrasi, memperkudakan jabatan2 kerajaan untuk kepentingan peribadi, mengamalkan pertadbiran yang tiada transpirasi, mengamalkan korupsi, mengamalkan sikap bias (berat sebelah) kepada kroni-kroni , mengetengahkan konsep pentadbiran ala kaki buli DAN satu lagi yang menarik menambahkan ketidakyakinan dunia kepada malaysia adalah kerana negara bakal di perintah oleh ketua yang amat takutkan bini...hu..ha..hu..ha aku tergelak lagi.

Kata si Budin lagi,

"Maha Kuasa Tuhan yang menentukan, realiti yang terjadi adalah di sebaliknya; apabila peralihan kuasa telah berlaku di negeri Perak. Demikian kebenaran ketentuan Ilahi menidakkan dakwaan orang yang bersifat takabbur, bersifat riak, bersifat sombong."

Aku kena jawap lagi,

Itu bukan peralihan kuasa lah ngok...itu namanya rampasan kuasa yang membelakangkan demokrasi, membelakangkan perlembagaan dan membelakangkan amanah rakyat Perak. Itu kerja jijik yang hanya sanggup dilakukan oleh manusia yang jiwanya kotor lagi gila kuasa. Itu manusia muka tak malu punya orang..rakyat tolak, rakyat buang mereka secara demokrasi tetapi merampas hak rakyat ala lanun. Iya ! ketentuan illahi sudah ditunjukan bilamana kerajaan baru ditubuhkan gagal mendapat restu Mahkamah..susana jadi tidak menentu dan lintang pukang..MB dan exco-exco yang dilantik mentadbir negeri masih lagi HARAM statusnya. So, apa dah jadi....alahai si Budin...


Si Budin Membebel lagi,

"Demikian bidalan Melayu kepada ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul"

Aku pula mengomel,

"Mengetuk dulang paku serepih, mengata orang dia yang lebih". Aku tambah lagi, " ibarat meludah kelangit, jatuh ke muka sendiri". akupun ludah, ptuih!....

Berkata lagi si Budin tu,

"Pertualang tersebut seorang yang gilakan kuasa, sanggup bersengtokol dengan musuh, mengiha tanahair sendiri diserata dunia, mempersenda institusi raja, manusia berbagai-bagai topeng yang mengamalkan budaya hipokrasi dan lain di depan, lain di belakang.

Aku mula naik angin dan menjawap,

Pergi jahanamlah kau...cakap tak serupa bikin. siapa yang Gila kuasa merampas Perak (negeri ku) secara paksaan, ugutan dan jahat?

Siapa yang membernarkan kapal perang Amerika berlabuh di Port Kelang? Siapa yang mebayar bermilion-million ringgit kepada ajen luar untuk menemukan PM Malaysia dengan Presiden Amerika Dajal musuh Islam nombor wahid GEORGE BUSH? DAN siapa yang menghina raja-raja dan menghasut rakyat menyokong penghapusan IMUNITY (kekebalan) raja-raja melayu? Siapa yang meminda undang2 hinggakan raja-raja melayu hilang kuasa dan terpaksa jadi pak turut pemimpin2 UMNO?

Siapa?, siapa? siapa?....Jawapnya UMNO, UMNO, UMNO...cis brangsat.!.berani kau temberang rakyat jelata. Kataku lagi...memang layak kamu digelar bapak hingusan nakal kaki alam putar...


Budin...Budin kamu kata "Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama2 jual negeri".

aku jawap lagi dan lagi,

"Siakap senohong, ikan gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri".

lagi, Nak ku tanya sikit Si budin ni... mana pemimpin2 umno dapat duit buat rumah besor-besor, beli kereta-kereta mewah mewah,membiayai anak2 belajar di Luar negara yang menelan belanja ratusan ribu ringgit. Harta yang melimpah luah hinggakan kamu hidup senang lenang, kasi bini-bini pakai barang kemas ratusan ribu ringgit. Apa..Bomoh mana kamu pakai boleh kasi itu wang tulun lali langit?. Wa pun mau juga ooo...wa pun sayang bini juga.

Ini macam aaa...bukan lagi jual negeri ooo..ini mau kasi itu mumi (bumi) malaysia tengelam dari ini mukamumi (mukabumi).


Ayo..yo...itu ahli umno, pengundi2 Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai..lu pikirlah sendiri siapa PETUALANG dan siapa Hipokrit sebenar?.

Wallahualam..

raw
St Peterburgh, Russia.
copy from:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3916

0 comments: