Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Tuesday, December 2, 2008

malaysiakini~Gambar Lawatan MB Selangor di Tanah Runtuh Ulu Yam

Al-fatihah untuk kedua-dua mereka dan takziah untuk keluarga mangsa daripada Blog Rakyat4Rakyat. Semoga Saudara Roslan Mohd Jani Sekeluarga lebih tabah dan bersabar atas dugaan ini.


Roslan Mohd Jani (mangsa) menceritakan pengalamannya kepada Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim berhubung dengan kejadian yang menimpa diri serta keluarganya di Kediaman adiknya.



Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim berbincang mengenai keadaan stuktur tanah dikawasan kejadian bersama Ketua Jabatan, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Tuan Nor Hisham Ahmad Dahlan.




Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim meneruni laluan sementara (cross road) yang dibuat untuk sampai kerumah mangsa tanah runtuh, selepas melihat kawasan kejadian.




Dua beradik maut tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah yang meranapkan sebuah banglo setingkat di Lot 110, Jalan Belida 1, Seksyen 13, Ulu Yam Perdana, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, Nur Athirah Roslan, 16, dan adiknya, Nur Intan Shareena, 9, sedang tidur di bilik mereka di bahagian belakang rumah, ketika cerun setinggi 30 meter dan lebih 300 meter panjang menggelungsur lalu menimbus sebahagian besar rumah mereka.

Ibu bapa mangsa, Roslan Mohd Jani, 49, yang bertugas sebagai juruterbang Firefly dan Azizah Madun, 42, serta tiga lagi anak mereka, Norman Afiq, 4; Anis Afina, 6, dan Nurlisa Azeera, 8, bagaimanapun selamat selepas berjaya keluar melalui lubang di bumbung.

1 comments:

Ajal maut di tangan Tuhan, tapi kemalangan boleh dielakkan jika tidak bina rumah di lereng atau di kaki bukit...sebab dah banyak tragedi seumpaman ini berlaku di negara kita!