Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Friday, December 19, 2008

malaysiakini~MB Selangor Kecewa Dengan Sikap JKR


JKR nampaknya nak cover kroni2 BN @ Umno @ Wak Toyo...
nak sembunyi buat apa laporan ni..
semua orang sudah tahu buaya besar projek Bukit Antarabangsa ni.




LAPORAN TANAH RUNTUH TIDAK DI TERIMA

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menerusi Dato’ Menteri Besar pada hari Ahad lepas telah mengadakan dua sessi dialog bersama dua kumpulan wakil penduduk Bukit Antarabangsa yang mengalami peristiwa tanah runtuh dua minggu lalu. Sewaktu kedua-dua dialog itu berlangsung, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyatakan persetujuannya untuk memberikan laporan geo-teknikal dan laporan siasatan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) kepada kerajaan Negeri Selangor. Ini adalah untuk membolehkan Dato’ Menteri Besar membuat pengumuman tentang status keselamatan lima kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa dan seterusnya langkah-langkah yang patut diambil oleh Kerajaan Negeri

Namun demikian, JKR hari ini memaklumkan bahawa laporan-laporan yang berkenaan tidak akan di serahkan kepada Kerajaan Negeri. Keputusan ini amat mengelirukan dan dikesali kerana ini akan menyulitkan lagi usaha Kerajaan Negeri bagi membuat keputusan dalam menentukan nasib mangsa kejadian tanah runtuh dengan secepat mungkin.

Umum sudah tahu, hal-hal pengurusan tanah adalah terletak dibawah kuasa Kerajaan Negeri. Oleh itu membelakangkan pihak kerajaan Negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh. Adalah diharap, agensi-agensi kerajaan bersikap lebih professional dalam mengendali perihal tragedi ini.

Walaubagaimanapun, Dato’ Menteri Besar akan mengumumkan langkah-langkah yang perlu diambil sebaik sahaja menerima laporan tersebut dan bersedia untuk mengunapakai setiap kaedah yang dirasakan perlu serta terus memantau keadaan kawasan tanah runtuh dan memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri dan semua agensi-agensi yang terlibat akan meneruskan usaha supaya nasib mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh akan terbela.


SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

0 comments: