Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Monday, December 1, 2008

malaysiakini~Minyak Turun 15sen lagi

TURUNKAN HARGA MINYAK SEGERA!!!
TURUNKAN HARGA BARANG KEPERLUAN SEGERA!!!


Mesyuarat mekanisme harga minyak bermula pagi tadi

KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bermesyuarat hari ini bagi membincangkan mekanisme penentuan harga minyak sama ada menetapkan satu harga lantai atau diapungkan mengikut harga mentah dunia.


Mesyuarat yang bermula pada jam 9:30 pagi tadi dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, MTEN akan bermesyuarat bagi memutuskan mekanisme yang lebih sahih dan stabil bagi menentukan harga petrol.

Shahrir berkata, majlis itu juga akan melihat kepada 'pro dan kontra' setiap mekanisme, dari segi kelebihan-kelebihan kepada orang ramai secara lebih luas, sumbangan kepada kerajaan simpanan kerajaan dan kesan perkembangan sumber tenaga alternatif.

Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi awal bulan ini, menjadikan harga petrol di pasaran turun daripada RM2 kepada RM1.85 sen seliter.

Pada 17 November lepas, Najib mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 sen kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 sen kepada RM1.90 seliter[mstar]

0 comments: