Kegigihan dan keyakinan anak-anak muda, kumpulan berbasikal Jerit di Taman Medan semalam, rakyat tentunya berasa penuh harapan bahawa negara akan diwarisi oleh para pemimpin masa depan yang sensitif jiwa dan pemikiran mereka mengenai hal-ehwal rakyat.
Sejak usia muda lagi telah diselubungi erti perjuangan dan memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat.
Ahli Dewan Undangan Taman Medan, Haniza Talha telah merakamkan rasa terharu beliau melihat dihadapan beliau para remaja dan belia yang mendokong aspirasi rakyat.
''Rakyat merasa bangga dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas pengorbanan dan keperihatinan anda sekelian! Syabas kerana ketabahan dan keberanaian, walaupun mengahadapi berbagai rintangan hingga ke hari ini,” katanya.
Seramai 120 orang pengayuh telah meneruskan perjalanan dari Shah Alam, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, dengan disaksikan oleh Menteri besar Selangor, Khalid Ibrahim.
Mereka telah tidak dibenarkan oleh Ketua Polis Negeri Selangor untuk mengayuh basikal masing-masing untuk meneruskan perjalanan ke Taman Medan sebelum menuju ke Parlimen hari ini, Khamis 18 Disember, 2008.
Basikal-basikal mereka telah diangkut dalam sebuah lori. Kesemua para pengayuh telah menaiki bas dan motokar untuk sampai ke destinasi, Pusat Khidmat Rakyat, Taman Medan. Mereka telah disambut oleh Ahli Parlimen PJ Selatan, Hee Loy San, Adun Taman Medan , Haniza Talha, dan Pemangku Ketua Bahagian Taman Medan, Sharifuddin Budin.
Rombongan Jerit telah diketuai oleh Saraswathy dengan dibantu oleh Choo Chong Kai dan D. Letchimy. Para pengayuh Jerit telah datang dari seluruh pelusuk negara dengan hasrat menyampai tuntutan rakyat terhadap enam perkara yang menjadi kepentingan dan keperluan asas rakyat:
1. Gubal akta gaji minima
2. Mansuhkan ISA
3. Perumahan selesa untuk rakyat
4. Kawal harga barangan
5. Pulihkan pilihanraya Majlis Tempatan
6. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas.
Pakatan Rakyat menyokong sepenuhnya perjuangan dan tuntutan tersebut. Ia sebenarnya hanya merupakan sebahagian dari hak-hak dan keistimewaan yang wajar dipenuhi oleh sebarang kerajaan yang berjiwa rakyat dan tulus dalam pengagihan khazanah negara kepada rakyat dan mendokong pemerintahan yang adil.
SuaraKeadilan
Semalam, seramai 120 peserta kempen ‘Rakyat Pengayuh Perubahan’ menyerahkan satu memorandum mengandungi enam tuntutan kepada Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Rombongan peserta yang mengayuh basikal serta memakai kemeja-t berwarna merah sebelum itu bertolak dari Taman Pertanian Malaysia di Shah Alam pada jam 11.30 pagi dan tiba di Bangunan SUK pada jam 1.05 petang.
Hari ini, kumpulan berkenaan akan tiba di Parlimen kira-kira jam 11 pagi bagi menamatkan ekspedisi mereka.
Oleh yang demikian, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Jerit yang disokong oleh 21 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa pihak polis supaya jangan “mengganggu atau menahan” kempen ini.
Ketika membuat gesaan tersebut, mereka menuntut supaya Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan supaya segera berhenti mengganggu peserta kempen tersebut.
“Menteri berkenaan dan polis mesti menjamin kebebasan dan keselamatan peserta untuk menyerahkan memorandum menuntut perubahan institusi dan dasar kepada Perdana Menteri, Abdullah Badawi dan Ketua Pembangkang,i Anwar Ibrahim ,” kata mereka dalam satu kenyataan semalam.
0 comments:
Post a Comment