Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Monday, December 1, 2008

Jalan Baru ke Putrajaya ~malaysiakini

Photobucket

Dato' Seri Anwar Ibrahim telah memilih Sarawak sebagai usaha terbaru menjadikan 'Projek 16 September' menukar Kerajaan Persekutuan sebagai satu kenyataan.

Kata DS Anwar "Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," ini berikutan rintihan dan kemahuan rakyat di Sarawak yang sangat inginkan perubahan.

DS Anwar juga berkata,"harapan seluruh rakyat masih tinggi untuk melihat perubahan dalam kepimpinan politik negara dan Saya percaya harapan kita masih tinggi kerana kita janjikan perubahan walaupun perubahan ini masih belum capai sepenuhnya.

"Harus ingat, perubahan ini bukan untuk politik peribadi tetapi untuk tegakkan satu sistem yang bebas," katanya lagi.

Tegas beliau walaupun perubahan kuasa masih belum berlaku pada 16 September namun semangat perjuangan yang diperjuangkan rakyat tidak akan tergugat walaupun menghadapi cabaran dari pelbagai pihak.

Sehubungan itu, Anwar berharap orang ramai perlulah bersabar. Beliau mengakui terdapat ahli-ahli KeADILan dan rakyat yang ragu-ragu dan tertanya-tanya bilakah beliau akan membentuk kerajaan baru dan berada di Putrajaya.

"Jika Allah mentakdirkan kita menang, kita menang. Saya yakin, insya-Allah sebagaimana mana saya yakin sebelum 8 Mac," katanya.

Beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-12, Anwar membuat kejutan dalam ceramahnya di Singapura apabila mendedahkan lima negeri akan ke tangan gabungan pembangkang.

0 comments: