Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Tuesday, February 24, 2009

Kerajaan Negeri Selangor Selongkar Rasuah di PNSB.malaysiakini

Usaha membongkar RASUAH di Negeri Selangor sewaktu BN memerintah sedang dijalankan!!!

Habislah kau Toyol !!!

Bersiap sedialah TOYOL.... nantikan pembalasan !!!



Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim, telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod perakaunan syarikat Permodalan Negeri Selangor (PNSB).

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan berkata, antara rekod-rekod yang disyaki terlibat termasuk penyerahan dokumen kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan urusniaga pembelian serta penjualan hartanah di Mekah di antara tahun 2006-2007.

Menurut kenyataan tersebut, ahli lembaga pengarah PNSB semalam telah mengarahkan Ketua Eksekutif PNSB, Datin Hajah Khairiyah Abu Hassan dan Pengurus Kewangan, Puan Nora Azmin Radzuan, diberi cuti bergaji selama 30 hari supaya kajian selidik dan kemaskini rekod perakaunan dapat dilakukan.

“Keputusan ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam soal memantau selia, setiap tindakan dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri dan semua agensi, badan berkanun,pihak-pihak berkuasa dan pertubuhan yang berkaitan dengan atau di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor selas dengan dasar ‘merakyatkan ekonomi Selangor,” kata kenyataan itu.

Menurutnya lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sangat mementingkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menjalankan pentadbiran kerajaan serta pengendalian anak-anak syarikat kerajaan negeri.








Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam telah mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apatmen di Makkah “untuk tujuan yang meragukan”.

Khir Toyo semasa menjadi Menteri Besar telah mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Salahguna kuasa kedua yang dilakukan Khir Toyo ialah menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150,000 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB,” katanya.

Beliau berkata, apabila menyedari menerima habuan seperti itu adalah satu kesalahan, Khir cuba membayar balik secara memasukkan wang tunai RM150,000 ke dalam akaun syarikat.

Selain itu, kata Tan Sri Khalid, Khir Toyo juga membuat pembelian apatmen di Makkah untuk “kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja” dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.

Menteri Besar Selangor menegaskan siri pendedahan mengenai penyelewengan dan salahguna kuasa Khir Toyo dibuat bukan kerana hendak “menutup mulut” Ketua Pembangkang Selangor itu tetapi hendak mengingatkan beliau supaya “menjaga mulutnya”.

Beliau juga menyifatkan Khir Toyo sebagai “pengacau” kepada program pembangunan rakyat dan beliau yang sebelum ini hanya mempertahankan diri daripada segala tomahan Khir Toyo kini bertindak kerana “kesabarannya ada hadnya.

Walaubagaimanapun ianya tidak di hebahkan media khususnya Tv3 dan Tv1 namun begitu jika soal memberi sedekah jika kita masih ingat mengenai isu pemberian lembu habis semuanya mahu di geledah dan SPRM mula menyiasat dan merujuk kepada mahkamah tetapi bagaimanapula dengan isu Bekas Menteri Besar Ini ?

0 comments: