Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Thursday, February 12, 2009

malaysiakini~PR Selangor Ambil Alih Sykt Konsesi Air Selangor



Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor serius untuk mengambil alih Syarikat Konsesi Air Selangor bagi memberi faedah kepada rakyat Negeri Selangor.







Syarikat konsesi yang akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah:


1. Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS),
2. Puncak Niaga (M) Sdn Bhd
3. Syariakat Pengeluara Air Selangor Holdings Berhad (SPLASH)
4. Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Berikut adalah kenyataan Media Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor.


KERAJAAN NEGERI SEDIA AMBIL ALIH ASET SYARIKAT KONSESI AIR SELANGOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor amat serius dalam memastikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor dapat dilaksanakan dengan baik bagi memastikan penstrukturan ini dapat memberi faedah maksima kepada rakyat.

Selepas enam bulan menjalankan proses penstrukturan semula yang melibatkan rundingan dengan pelbagai pihak, Kerajaan Negeri hari ini sudah bersedia membuat tawaran sebutharga untuk mengambil alih aset dan ekuiti yang dimiliki oleh empat syarikat konsesi air sepertimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat sewaktu meluluskan

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah bersetuju mengeluarkan surat itu dalam masa 2 hari kepada empat syarikat konsesi yang berkenaan iaitu Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syariakat Pengeluara Air Selangor Holdings Berhad (SPLASH) and Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Perlu dijelaskankan bahawa sebelum membuat keputusan ini, Kerajaan Negeri, melalui panel khas yang ditubuhkan untuk mengkaji proses penyusunan semula industri air di Selangor, telah membuat kajian terperinci dalam penilaian dan pengiraan nilai aset dan ekuiti semua syarikat. Keutamaan dalam membuat keputusan adalah kepentingan awam.

Namun demikian, Kerajaan Negeri berpendapat tawaran yang dibuat kepada semua syarikat konsesi yang terlibat adalah berpatutan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak dan tidak akan merugikan mana-mana pihak. Bahkan kadar keuntungan yang diberi kepada syarikat-syarikat tersebut adalah amat munasabah.

Kami berharap semua pihak akan bersetuju dengan tawaran ini supaya proses penstrukutran semula industri perkhidmatan air di Selangor dapat dilaksanakan sebelum Mac 31 kelak mengikut ketetapan yang diberi oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Kerjasama oleh semua pihak boleh mengelakkan kenaikan tarif air yang sudah tentunya akan membebankan rakyat lebih lagi sewaktu keadaan ekonomi meruncing.

Kerajaan Negeri juga sedar penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor ini melibatkan kepentingan rakyat dan merasakan adalah perlu rakyat faham isu-isu yang terlibat. Untuk menjelaskan proses ini secara jelas, pejabat Menteri Besar Selangor akan mengadakan satu taklimat untuk orang ramai pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Tujuan acara tersebut diadakan bagi menjelaskan maklumat yang diberikan kepada pemegang saham dalam negeri, terutamanya disebabkan isu tersebut memerlukan beberapa analisis kompleks dan penjelasan.

Orang ramai boleh mendapat penjelasan latarbelakang proses penstrukturan semula industri air di Selangor dan maklumat yang relevan dengan rancangan dan tindakan semua situasi semasa dan arah Kerajaan Negeri dalam hal penstrukturan semula perkhidmatan air negeri Selangor.

Taklimat ini akan diberi oleh mereka yang terlibat dalam industri air Selangor, termasuk mereka daripada beberapa industri yang bergantung pada bekalan air, pembuat dasar di peringkat Kerajaan Negeri dan Pusat, badan awam dan pertubuhan pengguna, ahli akademi, pemilik industri air dan sektor swasta.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

0 comments: