Satu lagi kejayaan Rakyat .....
Kerajaan BN mula gentar dengan situasi semasa....
Kejayaan ini bermakna kita mampu menutup Tol yang lain-lain juga....
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Kerajaan hari ini memutuskan untuk memansuhkan kutipan tol Plaza Tol Salak Jaya di Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di kedua-dua arah berkuat kuasa serta merta bermula pukul 12.01 tengah hari.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, pemansuhan itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 50,000 penduduk sekitar termasuk pengguna lebuh raya yang akan menikmati jalan tanpa tol bermula dari Jalan Istana ke Pekan Sungai Besi.
``Sebagai usaha mengurangkan kesesakan di selatan Kuala Lumpur, kerajaan akan membina lebuh raya sambungan Besraya yang dijangka menelan belanja kira-kira RM650 juta dan mula beroperasi dalam tempoh 36 bulan iaitu 2012,’ katanya kepada pemberita pada majlis pemansuhan kutipan tol Plaza Salak Jaya di Besraya di sini hari ini
Dari Derita ke Kaya Raya: Inilah PKR
-
*"Dulu kata Parti Derita, sekarang dah jadi Parti Kaya Raya. Majlis bukan
lagi di bawah khemah, tapi di hotel mewah. Dari perjuangan rakyat, kini
perjua...
5 weeks ago
0 comments:
Post a Comment