Kemelut politik di Malaysia dah sampai ke tahap yang memualkan.
Terkini taktik menjatuhkan ADUN Elizabeth Wong dengan menggunakan gambar bogelnya menjadi senjata utama.
Angkara Siapa.... Lu pikir lah sendiri !!!!
Kenyataan Media YB Elizabeth Wong
Saya telah dimaklumkan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 oleh wartawan-wartawan Malay Mail bahawa mereka memiliki foto-foto intim saya dan akhbar tersebut ingin menyiarkan berita mengenai foto-foto tersebut.
Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim.
Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya.
Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut.
Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya.
Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihanraya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.
Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberi saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini.
Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor.
Elizabeth Wong Keat Ping
Adun Bukit Lanjan
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna
Kerajan Negeri Selangor
Mengulas isu YB Elizabeth Wong, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata isu ini akan dibincangkan di peringkat parti dan mesyuarat exco negeri pada Rabu ini.
MB Selangor itu berkata, penjelasan daripada Wong berhubung isu tersebut amat penting dan siasatan polis sedang dilakukan berdasarkan laporan yang telah dibuat YB Elizabeth Wong.
Menurut beliau, "Adalah tidak adil untuk kita buat kenyataan sekarang tanpa penjelasan yang sesuai. Mana tahu jika ada orang yang mahu memerangkap beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Dalam pada itu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, "pihak kami merasa "sedih" dengan perkembangan terbaru ini.Ia merupakan paten berterusan pihak-pihak yang mahu menyerang wakil rakyat PKR."
Difahamkan YB Elizabeth akan mengeluarkan kenyataan rasminya petang ini.
Manakala Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Teresa Kok berkata, Wong tidak perlu meletak jawatan berhubung isu tersebut kerana beliau adalah mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Beliau adalah seorang wanita yang menjadi mangsa percintaan. Beliau sendiri tidak tahu dan tidak menduga gambarnya dirakam oleh bekas kekasihnya," katanya.
Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, kes ini adalah berbeza dengan kes video lucah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek yang pernah tersebar sebelum ini.
"Beliau adalah mangsa jenayah dan kita kena beri sokongan kepadanya," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, R. Sivarasa berkata, insiden yang menimpa Wong adalah pencerobohan privasi beliau.
"Isu yang kita dapat lihat di sini adalah pencerobohan kepada hak perbadi beliau dan gambar itu pula telah jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Katanya, isu Wong juga berbeza dengan Chua kerana bagi kes Chua, adalah terlalu sukar untuk mempertahankan beliau secara umum memandangkan beliau telah berkahwin.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan satu laporan mengenainya telah dibuat tetapi polis masih menyiasat isu tersebut.
PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat pula dilanda masalah dengan tersebarnya gambar berkeadaan "bogel" Elizabeth Wong, salah seorang exco negeri itu.
Malam tadi, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Bukit Lanjan telah membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung gambar-gambar "bogelnya" yang kini disebarkan menerusi internet dan MMS.
Maklumat-maklumat awal menunjukkan gambar-gambar beliau berada dalam keadaan "berbogel" - ketika sedang tidur di atas sofa, diambil tanpa pengetahuannya.
Difahamkan gambar itu diambil menggunakan telefon bimbit sebelum pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.
0 comments:
Post a Comment