Tindakan UMNO Be End yang diterajui Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Abdul Razak dalam merampas kerajaan negeri Perak ibarat Zionis,Israel.
Demikian ulas, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin sambil menegaskan, media pro Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang berusaha mengelirukan rakyat tentang situasi di Perak ketika ini.
Beliau ketika ditemui di majlis Tabung Dana Bela Palestin di Masjid Perda Permatang Pauh sebentar tadi membidas sikap kepimpinan BN khususnya Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang sengaja melakukan agenda tersembunyi untuk menggalakan suasana tegang.
Menurutnya, apa yang dititahkan oleh Sultan Perak semalam belum lagi diputuskan ekoran Kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang berusaha bertemu Baginda Sultan bagi menerangkan keadaan sebenar untuk kali kedua.
"Setakat semalam Menteri Besar, Dato' Seri Nizar masih Menteri Besar yang sah dari segi perundangan. Biar rakyat yang menentukan bagaimana keadaan Negeri Perak seterusnya bukan dirampas bagaikan rejim zionis, " ujarnya lagi.
Terangnya, kenapa Najib sanggup mempergunakan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cangkat Jering dan Behrang serta Bota yang kembali ke pangkuan Umno setelah beberapa hari bersama Parti KeADILan Rakyat (KeADILan).
Semua itu bermatlamat dengan niat jahat bukan mengikut saluran demokrasi yang sebenar. Bahkan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kehendaknya tercapai dalam masa singkat bagi mengembalikan maruah yang tercalar apabila kalah dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.
Dua pilihan raya kecil itu, menjadi tamparan hebat pada Najib yang bakal memikul amanah sebagai Perdana Menteri menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi Mac ini.
"Jadi sebelum menjelang Mac 2009 Najib mahu namanya dijulang kembali bukan diperlekehkan ekoran kekalahan ketika mengetuai jentera BN di dua pilihan raya kecil yang menyaksikan kedua-duanya dimenangi Pakatan Rakyat, " kata beliau yang juga Adun Penanti.
Jelas Fairus lagi tindakan pihak polis mengepung pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pejabat Menteri Besar dan Stadium merupakan satu tindakan yang tidak profesional kerana Kerajaan Pakatan Rakyat belum tumbang sepertimana yang didakwa oleh Najib menerusi sidang medianya semalam.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment