(Hrkh) - Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo berharap kabinet baru yang dibentuk tidak menjanjikan sesuatu yang sukar dilaksanakan sehingga menghilangkan sekali lagi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
"Saya berharap kabinet kali ini tidak menjanjikan sesuatu yang sukar dilaksanakan atau terlalu banyak slogan sehingga rakyat sekali lagi hilang kepercayaan kepada kerajaan," katanya dalam blog peribadi beliau.
Dalam pada itu, kerajaan katanya perlu menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan konsep 1Malaysia yang disebutkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak kerana telah berlaku kecelaruan fikiran di kalangan rakyat terhadap konsep tersebut.
"Ada pula yang menyamakannya dengan konsep Malaysia Malaysia yang dibawa oleh DAP sebelum ini. Saya khuatir slogan ini akhirnya akan menjadi seperti beberapa slogan kerajaan sebelum ini yang hanya manis di bibir tetapi tiada keberkesanannya," katanya
Sementara itu, beliau mengalu-alukan pengecilan jumlah kabinet, namun agak terkilan dengan pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menjadi tempat bernaung golongan usahawan muda dan juga Majlis Amanah Rakyat (Mara).
"Saya khuatir pemansuhan ini dan meletakkan bahagian Pembangunan Usahawan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengurangkan bantuan, sokongan dan perbelanjaan kepada golongan muda," katanya.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment