Kes Dato Seri Nizar yang dibawa oleh Dato Seri Zambry dirujuk ke Mahkamah Persekutuan hari ini. Seperti yang sedia diketahui umum, Dr Zambry menggunakan jalan pintasnya Mahkamah Persekutuan untuk mempercepatkan keputusan sebelum persidangan DUN Perak yang bakal diadakan pada 7 Mei ini.
Manakala itu, Dato Seri Nizar pula cuba memohon untuk mendapatkan 9 orang panel hakim bagi mendengar kes ini. Menurut peguam Dato Seri Nizar, surat telah dihantar kepada setiausaha bagi Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki sejak Rabu lepas lagi untuk memohon panel hakim yang besar untuk mendengar kes ini.
Dato Seri Nizar juga akan mencabar Artikel 63 Undang-undang tubuh Negeri Perak. Menurutnya, artikel ini adalah tidak sah kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Dato Seri Nizar, pindaan Artikel 63 Undang-undang Tubuh Perak pada tahun 1996 adalah tidak sah. Artikel ini dipinda dalam Dewan Negeri Perak. Pada hakikatnya Dewan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk meminda artikel itu.
Selepas pindaan, artikel ini memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendengar isu-isu perlembagaan berkaitan dengan Negeri Perak. Pindaan ini sebenarnya bercanggah dengan Artikel 4(3) dan Artikel 4(4) Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu Dato Seri Nizar dengan tegas memohon supaya Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zamry untuk merujuk kes ini ke mahkamah tersebut.
Keputusan kes ini akan kita ketahui dalam beberapa jam lagi.
Dari Derita ke Kaya Raya: Inilah PKR
-
*"Dulu kata Parti Derita, sekarang dah jadi Parti Kaya Raya. Majlis bukan
lagi di bawah khemah, tapi di hotel mewah. Dari perjuangan rakyat, kini
perjua...
5 weeks ago
0 comments:
Post a Comment