Menghairankan!!!!
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Speaker DUN Perak tiada kuasa halang Zambry dan 6 Exconya.
Keputusan yang mengejutkan dan tidak pernah lagi terjadi dalam sejarah mana-mana negara DEMOKRASI, kuasa Speaker tidak boleh digunapakai olehnya terhadap ahli dewan....
Terdahulu
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN.
Perkara itu diputuskan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif.
Panel memutuskan perkara itu selepas mendapati tindakan Sivakumar menggantung Zambry daripada menghadiri sidang DUN selama 18 bulan dan 6 ADUN lain selama 12 bulan dilakukan tanpa mengikut kuasa yang betul.
Peguam yang mewakili Zambry, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata pihaknya berasa gembira dengan keputusan mahkamah pada hari ini kerana ini menunjukkan tidak ada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang yang diperuntukkan melalui Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan.
"Inilah masanya untuk terus kehadapan dan memastikan Perak akan ditadbir dengan baik dan persidangan DUN dapat diteruskan.
"Sekarang terpulang kepada Sultan Perak untuk memberi perkenaan bila sidang DUn tersebut akan diadakan," katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Sivakumar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya tidak mempunyai perancangan untuk melakukan semakan semula untuk keputusan tersebut dan akan melihat tindakan susulan yang boleh diambil.
Pada 18 Februari lalu, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan.
Berikutan itu, pada 2 Mac lalu, Zambry dan enam Exco itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang Dewan kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.
Zambry dan enam Exco terbabit juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.
Keenam-enam Exco itu ialah Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd. Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment