Tahniah diucapkan kepada Rakyat Bukit Gantang dan Bukit Selambau kerana membuat pilihan yang tepat.
Kemenangan besar Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan bukti rakyat masih percaya kepada Pakatan Rakyat(PAS, PKR & DAP). Bagi mereka, Pakatan Rakyat adalah pemerintah yang merakyatkan mereka untuk kesejahteraan diri mereka sendiri.
Kemenangan Menteri Besar Perak yang sah, Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin di kerusi Parlimen P059 Bukit Gantang dengan majoriti yang berganda daripada PRU12 lepas menunjukkan rakyat telah muak dan cuak dengan politik Umno/BN.
Kemenangan DS Nizar ini bakal mencetuskan lagi inspirasi baru kepada Pas dan Pakatan Rakyat. Ia juga merupakan ukuran bahawa rakyat mempercayai ketelusan dan keikhlasan perjuangan DS Nizar dan Pas.
Manakala kemenangan di Bukit Selambau, S.Manikumar dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat dengan memperoleh 12,632 undi dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan dan calon-calon bebas yang lain dengan majoriti 2,403 undi.
Kemenangan S.Manikumar dan PKR cukup mengkagumkan setelah menjadi sasaran dan tohmahan pelbagai taktik kotor yang telah digunakan oleh UMNO/MIC/BN bermula dari konspirasi meletakkan calon Bebas yang ramai, menggunakan polis untuk menyekat ceramah-ceramah Pakatan Rakyat sehinggalah kepada projek membeli ketua-ketua bahagian PKR di hari-hari terakhir kempen, yang akhirnya memakan diri mereka semula.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment