Khir Toyo didapati bersalah oleh SELCAT...
Didapati menghina SELCAT didalam Blognya...
Gagal hadirkan diri sewaktu SELCAT bersidang..
Cadangan Hukuman dari Selcat:
12 bulan digantung Dewan Undangan negeri Selangor
Pembekuan alaun dan keistimewaan sebagai wakil rakyat.
Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor mendapati bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo bersalah kerana tidak menghadiri siasatan awam Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.
Jawatankuasa itu -di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.
Ekoran itu, Dr Mohd Khir yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor digantung selama setahun daripada menghdiri sidang DUN kerana gagal menghadiri siasatan awam tersebut, dan digantung masing-masing enam bulan bagi setiap tuduhan tersebut.
Kesemua elauan dan keistimewaan yang diterimanya sebagai seorang ADUN juga digantung.
Bagaimanapun, Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim berkata, hukuman tersebut merupakan syor yang dibuat oleh Selcat.
Syor tersebut, katanya, akan dibentang di sidang DUN Julai depan untuk dibahas dan setiap wakil rakyat termasuk Dr Mohd Khir akan dibenarkan membahaskannya.
Dalam siasatan Selcat selama lapan hari Mac lalu, para saksi memberi keterangan bahasa berjuta-juta ringgit dana syarikat pelaburan kerajaan negeri, telah disalahguna oleh Balkis, pertubuhan isteri-isteri wakil rakyat Selangor yang dipengerusikan oleh isteri Dr Mohd Khir - Datin Zaharah Kechik - sewaktu beliau menjadi menteri besar.
Sementara itu, ketika dihubungi, Dr Mohd Khir berkata beliau menerima surat berhubung hukuman tersebut.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan meminta peguamnya mengkaji perkara itu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.
malaysiakini
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment