Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Thursday, May 21, 2009

Zambry Vs Nizar, Langsung Dari Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan yang sedang bersidang bagi mendengar kes rayuan DS. Nizar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang lepas sedang berlangsung.

Mahkamah Rayuan juga pada hari ini akan memulakan sidang bagi membicarakan rayuan Zambry terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa Zambry adalah MB Perak yang tidak sah sekaligus mengistiharkan Nizar adalah MB Perak yang sah.

Hari ini keputusan panel 3 hakim akan menentukan siapa MB Perak yang sah. Hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar kes MB Perak adalah:-
Datuk Raus Md Shariff,
Datuk Zainun Ali
Datuk Ahmad Maarop.

Mengikut maklumat yang baru diterima, di dalam mahkamah ramai pemerhati yang terpaksa berdiri malah di lihat luar dewan keadaan terlalu sesak.

Ketika ini mahkamah sedang mendengar permohonan DS Zambry terlebih dahulu sebelum memulakan permohonan daripada DS Nizar.

Ketika ini Peguam Zambry, Cecil Abraham masih belum berhenti berhujah mempertahankan isu penangguhan keputusan Mahkahmah Tinggi yang memutusan DS Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Peguam Cecil Abraham mendakwa penghakiman yang dilakukan oleh mahkamah tinggi didapati tidak tepat dan tidak lengkap.

Pada waktu ini Mahkamah Rayuan sedang menerangkan perbezaan Artikel 16(6) dgn 36(2) Perlembagaan Negeri Perak.

Hakim mahkamah rayuan sedang mempertikaikan hujah peguam Zambry, Cecil Abraham yang asyik merujuk kepada Artikel 16 dan 36. Malah menjelaskan peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya.

Peguam Zambry masih berhujah berlegar kepada Artikel 16(4) Perlembagaan Negeri Perak dan menentang kes Stephen Kalong Ningkan yang digunapakai oleh Mahkamah Tinggi sebagai sesuatu yang tak boleh digunakan dalam kes DS Nizar.Selain itu Cecil terus mempertahankan tindakan yang telah dibuat oleh Sultan Azlan Shah ketika melantik DS Zambry.

Peguam Zambry yang telah berhujah hampir 2 jam mendapat teguran dari Hakim Mahkamah Rayuan kerana terlalu lama membuat hujah-hujahnya. Selain itu hujah-hujahnya masih di sekitar artikel16(6).

Ketika ini Mahkamah rayuan berhenti rehat.



Kelihatan DS Nizar dan isterinya tenang di kantin pada waktu ini.(malaysianinsider)

Mahkamah bermula semula 12.00tghari.

Kini giliran Peguam Negara yang bacul Gani Patail menyampaikan hujah. Dia berkata ketika ini Pakatan dan BN hanya ada 28-28, Speaker Pakatan tidak boleh mengundi di dewan malah tanpa 3 wakil rakyat bebas, Pakatan hanya mempunyai 27 undi di dalam dewan. Ini bermakna Nizar mendapat undi tak percaya dari dewan. Gani Patail juga berkata Speaker hanya boleh mengundi jika terdapat kedudukan yang terikat, jika tiada undian, Speaker berkecuali oleh itu katanya PR cuma ada 27 juga. Oleh itu katanya PR tak boleh bubarkan dun kerana tidak ada suara majoriti.

Diluar Mahkamah terdapat pelajar pusat pengajian tinggi tempatan membawa kain rentang yang mahukan pembubaran DUN.

Mahkamah berhenti rehat sambung 2.00petang

Sidang Mahkamah bersambung semula selepas rehat tengahari tadi.Peguam Nizar, Sulaiman, memulakan hujah. Dalam hujahnya, Sulaiman memberitahu mengikut Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk memecat seseorang Menteri Besar.

Sulaiman berhujah soal berapa bilangan kerusi DUN Perak yang dipegang BN tidak relevan dan apa yang penting adalah peruntukan yang dinyatakan Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Perak.

Sulaiman juga berhujah,sekiranya hujah Cecil dan Gani Patail boleh diterima,maka Perdana Menteri boleh juga disingkir oleh YDP Agong kerana tidak mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen BN. Sekiranya Sultan mempunyai kuasa untuk menyingkir,sudah semestinya perkara itu terletak dibawah Artikel 18 tetapi ia tiada.

Beliau juga berhujah bahawa dengan hanya satu cara sahaja Menteri Besar boleh disingkirkan iaitu dengan mengadakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri.

Sulaiman berhujah Nizar menghadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN mengikut peruntukan Perkara 36 (c) Undang-Undang Tubuh Perak, bukan mengikut Perkara 16 (6) seperti yang dihujahkan Cecil.Apa yang difikirkan oleh Tuanku semasa pertemuan tersebut tidak penting. Apa yang difikirkan oleh Nizar itu yang relevan.

Mahkamah Rayuan akan buat keputusan Kes Rayuan Zambry untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah mengisytiharkan Nizar MB Perak yang sah pada 3.30 petang esok.






dari: greenboc club,malaysiainsider,berita harian