Kata Zahid: Mustahil mansuhkan ISA.
Kata Rakyat4Rakyat: Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini , semua boleh dibuat kecuali menghidupkan orang yang dah mati
Kata Zahid: Kita tukar nama ISA
Kata Rakyat4Rakyat: Tukar nama...ingat rakyat bodoh ke... nama ditukar tapi matlamatnya sama...memang bodoh Zahid....dasar UMNO...no otak....
Kata Zahid:Kita perlu ISA untuk jaga keamanan negara.
Kata Rakyat4Rakyat: Undang-undang Allah lebih baik daripada undang-undang buatan manusia. Tiada hukum yang lebih baik selain daripadaNYA.... Oleh itu kembalilah kepada Hukum Hudud. Allah lebih mengetahui daripada makhluknya.
Kata Zahid: ISA bertujuan untuk mewujudkan kestabilan ekonomi dan politik...
Kata Rakyat4Rakyat: Tanya mana-mana pakar ekonomi dunia...tiada dalam mana-mana rujukan yang ada mengatakan dengan adanya ISA ekonomi sesebuah negara itu boleh maju....memang Zahid layak duduk dalam UMNO(Untuk Melayu No Otak.....). Dan ISA bertujuan stabilkan politik...tapi politik UMNO sahaja....
Kata Zahid: Rakyat tidak perlu takut dengan kewujudan ISA jika mereka tidak melakukan kesalahan.
Kata Rakyat4Rakyat: Tapi kenapa tangkap Rakyat yang tidak bersalah kemudian dimasukkan ke dalam ISA... Kalau dia bersalah buktikan sahaja di Mahkamah...
Kata Zahid: Saya reda ketika ditangkap ISA pada tahun 1998...
Kata Rakyat4Rakyat: hehehehe...reda atau...... tengoklah sekarang sebab redalah Zahid hari ini merupakan Naib Presiden UMNO( Naib Presiden Untuk Melayu No Otak)
Kata Rakyat4Rakyat: Zahid Hamidi seorang menteri pertahanan dari golongan UMNO(Untuk Melayu No Otak) yang kuat menyibuk di kementerian dalam negeri... sebab kerismuddin ketika ini sedang mengira kehadiran peserta GMI kali ini...100 orang pun mahu kira ke....ops ....
terdahulu..
Mustahil untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi ia boleh dipinda atau ditukar namanya supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa, kata menteri pertahanan.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata negara memerlukan undang-undang seperti ISA yang boleh menahan seseorang itu untuk disoal siasat sebelum sesuatu perkara atau kes itu dibawa ke mahkamah, selain turut memerlukan undang-undang lain.
"Pada hemat saya, kita jangan lihat dalam negara kita sahaja. Lihat di negara jiran kita atau di negara-negara lain.
"Mereka pun mempunyai undang-undang yang lebih kurang sama atau yang lebih keras daripada itu.
"Maka ia (ISA) adalah bertujuan untuk mewujudkan kestabilan ekonomi dan politik supaya tidak menimbulkan permasalahan agama, kaum dan budaya dan inilah yang mahu ditekankan oleh pihak kerajaan," katanya selepas merasmikan kursus pidato politik anjuran Umno Cheras hari ini.
Mengulas perhimpunan oleh Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris hari ini, Ahmad Zahid berkata pihak berkenaan tidak perlu takut dengan kewujudan ISA jika mereka tidak melakukan kesalahan.
"Saya bercakap atas pengalaman pada tahun 1998. Saya rasakan walaupun masa itu saya ditahan (di bawah ISA), saya reda dengan keadaan itu.
"Apabila saya ditanya dan disoal siasat, saya berpendapat polis telah menjalankan kerja secara profesional," kata Ahmad Zahid.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
1 comments:
kena ingat, pertemuan Mosad Hamidi ini dengan perdana menteri zionis israel (atau kata setiausaha politiknya menteri perang israel)
mosad hamidi pengkhianat!!!!!
Post a Comment