Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Saturday, August 29, 2009

Lembu Berdemo Nafi Simbol Kebodohan

"Mungkin yang mereka bawa kepala lembu nak maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh," jelas Pengerusi Jawatankuasa Protes, Mahyuddin Manaf (foto atas).

Sejak bila pula budaya Melayu mengatakan lembu simbol kebodohan.....kamus mana yang di ambil... Ini mungkin kenyataan seorang lagi anggota kumpulan Untuk Manusia No Otak....


Terdahulu....

Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO yang mengaku Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.

Hanya 50 orang sahaja telah membentuk jawatankuasa sendiri untuk bertindak bagi pihak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat semalam.

Malangnya sasaran utama kemarahan mereka adalah kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar itu sahaja...


Kelihatan beberapa ekor lembu sedang memerhatikan gelagat lembu bodoh yang sedang memijak kepala lembu


Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".

"Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.

Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.

Seperti biasa pihak Polis hanya memerhati gelagat mereka tanpa sebarang tindakan kerana mereka BUKAN dari Pakatan Rakyat. Sekiranya ini dilakukan oleh Pakatan Rakyat sudah tentu mereka akan diheret ke Balai ataupun ditembak dengan gas pemedih mata untuk bersurai.


Komen Pemimpin BeeNd.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan penduduk mengarak kepala lembu sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Najib telah menyuarakan kekesalannya itu apabila beliau menghubungi perdana menteri untuk melaporkan kejadian tersebut.

Subramaniam berkata perdana menteri teramat kesal dan berjanji perkara itu akan disiasat secara terperinci.

"Kira-kira 15 minit kemudian, perdana menteri menelefon balik dan berkata beliau telah bercakap dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) dan mengarahkan beliau mengambil tindakan segera," tambahnya.

Manakala Khairy Jamaluddin Pengerusi Pemuda BN, dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara,"

Persoalannya sekarang .... mampukah siasatan ini mengubah pandangan rakyat terhadap sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum.


Komen daripada Exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar

Exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyifatkan perarakan itu "tidak wajar, tidak boleh diterima dan tidak sensitif terhadap agama lain."

Katanya, beliau akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Dr Xavier berkata, mereka yang mengadakan perarakan itu tidak beretika dan mahu mencetuskan kebencian kaum dan agama.

"Saya akan buat laporan polis terhadap mereka," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau juga kecewa kerana anggota polis yang ditugaskan di situ didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang mengadakan perarakan tersebut.

Dr Xavier mendakwa, pihak polis tidak menghalang mereka yang mengadakan perarakan dan perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, pihak polis sepatutnya bertindak menangkap mereka dan mendakwa mereka atas tuduhan membangkitkan kebencian.

malaysiakini.

0 comments: