Kempen kutukan anjuran Umno kini tidak mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat setempat.
Tinjauan mendapati lebih banyak kerusi kosong yang setia mendengar ucapan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berbanding ahli-ahli Umno di Shah Alam. Program anjuran Umno yang sepatutnya dihadiri lebih 1000 orang pada ceramah mengutuk Anwar Ibrahim, Pas dan DAP itu nampaknya hanya berjaya mencecah bilangan kurang dari 300 orang sahaja.
Mungkin rakyat setempat dan sebahagian ahli-ahli Umno telah meluat dan merasa jijik dengan kempen sebegini. Kehadiran yang tidak ramai menunjukkan rakyat tidak bersama UMNO dan akan terus menolak perjuangan mereka.
“Umno dan BN ketandusan idea dan idea mereka adalah idea lama yang tidak diterima masyarakat kerana merasakan idea ini biadab dan tidak bertamadun,” kata Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akinnya.
Didapati ramai yang menyisihkan diri daripada perhimpunan berkenaan apabila beberapa pemimpin UMNO memberi ucapan berbau perkauman dalam keghairahan menuduh Anwar sebagai pengkhianat bangsa manakala Tuan Guru Nik Aziz pula tidak mempunyai pendirian konsisten apabila menghalalkan pemimpin DAP menghina Islam.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Pusat Nasruddin Hassan Tantawi berkata, kebanyakan yang hadir ke program anjuran Umno adalah mereka yang telah dikerah oleh parti berkenaan dan sambutan dingin dari masyarakat merupakan isyarat penolakan rakyat kepada Umno.
“Saya tidak hairan kalau rakyat tidak beri sambutan, 400 dan 300 orang dikira sudah ramai. Mungkin kerana kerahan atau pembiyaian dibuat kepada mereka yang hadir. Biasanya dalam perhimpunan Umno mengikut pengalaman kita dihantar kenderaan, diberikan imbuhan. Kegagalan untuk mendapatkan sokongan itu merupakan isyarat dari rakyat yang UMNO perlu faham,” katanya.
Hadirin juga kelihatan terkilan dengan ungkapan-ungkapan kesat dan biadap terhadap Anwar pada pemidang-pemidang Umno yang direntangkan.
Sambutan hambar di Batu Pahat dan Shah Alam baru-baru ini adalah tamparan ke kiri dan kanan muka Muhyiddin dan Khairy Jamaluddin.
Ia juga bukti terbaru bahawa politik fitnah dan serangan peribadi yang dibawa oleh Muhyiddin ditolak oleh akar umbi parti.
“Saya rasa masyarakat sudah muak dengan cara mereka yang membuat serangan peribadi, kalau mereka hanya bergantung kepada cara ini untuk menyerang keperibadian seseorang pemimpin untuk berkuasa seperti menggali lubang kubur sendiri,” kata Ketua Pemuda DAP, Look Siew Fook.
tvantara
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment