Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Sunday, August 16, 2009

PRK N11: Seorang Lagi Wartawan Berita Hairan Cetek Ilmu

Ini seorang lagi wartawan dari Berita Hairan yang sekumpulan dengan kumpulan Untuk Manusia No Otak....

Segan pulak nak panggil dia ni wartawan....

Mungkin dia layak dipanggil Bodekwan....


Wartawan "Ini" memang tidak beretika dan GAGAL Dalam Menjaga Sensitiviti Rakyat !!!





Ahmad Naim Tahir-dari Berita Hairan (kiri) ketika memberi ucapan sempena satu majlis




Wakil rakyat tak berilmu gagal jaga sensitiviti kaum — Ahmad Naim Tahir


OGOS 16 — Dulu rakyat hidup aman damai — Melayu, Cina, India, Sikh, Orang Asli mahupun Serani — semua bersatu hati, menjalin hubungan penuh harmoni walaupun dari segi politiknya berbeza ideologi.

Jika ada pun isu, tidaklah seteruk situasi kini yang menyaksikan mufti juga dimaki, ayat suci al-Quran dimanipulasi sesuka hati demi menarik khalayak Melayu yang mendengar ceramah pemimpin DAP, manakala “fatwa” agama yang dikeluarkan dilihat lebih kepada syok sendiri.

Politik perkauman yang sudah menipis kini tebal semula, hujah pendakwah Islam pun ditegur pemimpin Cina, malah ada yang tidak mahu memakai songkok pada majlis dihadiri raja, alasannya kerana bukan Melayu tidak diberi status Bumiputera.

Ada pula berterusan mencabar agama rasmi negara, seperti mengaitkan Islam sebagai ekstremis dan mendakwa sebuah pertubuhan agama yang berdaftar sebagai pengganas kerana memperjuangkan syariah Islam.

Mengapa kenyataan dan kelakuan yang sensitif tetap tercetus — apakah kerana individu itu gila glamor, terlalu ghairah pertama kali menjadi wakil rakyat, kekurangan pengalaman kerana usia masih muda atau berasa diri dan parti mereka kian hebat.

Jika diimbas, isu seperti itu semakin menjadi-jadi selepas pilihan raya umum 2008 yang disifatkan tahun tercetusnya “krisis politik tanah air” apabila sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) merudum teruk.

Keputusan itu juga satu kejutan kepada calon parti pembangkang, lalu mereka yang tidak berpengalaman dan tidak membuat persediaan menjadi ahli politik atau lebih mudah ditakrif sebagai “bidan terjun” menjadi terlalu “berpolitiking”.

Bagi Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff, 34, tanggapan bahawa faktor usia dan kekurangan pengalaman mencacatkan tanggungjawab wakil rakyat muda atau yang kali pertama diundi menang pilihan raya adalah kurang tepat.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang yang kali pertama bertanding pilihan raya umum tahun lalu dan menang, berkata isu yang disifatkan sebagai sensitif itu sebenarnya bukan sensitif.

“Ia isu fundamental... isu agama dan bangsa kalau dilihat dari segi sejarahnya ialah isu fundamental atau isu pokok yang berjaya membentuk pemimpin muda. Isu yang dikatakan sensitif itu sama juga dengan isu lain... seperti hak asasi dan pembangunan,” katanya.

Katanya, alaf ini membentangkan cabaran politik lebih kritikal, bukan lagi sekadar membincangkan isu remeh temeh dan menganggap apa juga kenyataan berkaitan agama dan
kaum oleh penganut agama dan bangsa lain sebagai sensitif.

“Semua pihak perlu saling memahami, bukan pemahaman palsu atau yang dikatakan atas dasar toleransi... bertolak ansur tetapi tidak faham. Mana mungkin satu penyatuan dapat dicapai jika kita berada dalam kejahilan,” katanya.

Katanya, isu sensitif yang dicetuskan perlu dibincang dan diperjelaskan melalui wacana atau dialog tanpa dibelenggu sentimen politik sempit sehingga apa saja yang diperkatakan pemimpin pembangkang dianggap bermotifkan politik.

Pandangan pemimpin muda PKR itu bagaimanapun disanggah Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz menganggap pemimpin politik yang sengaja mencetuskan isu sensitif sebagai “mengada-ngada”.

“Wakil rakyat ini macam-macam jenis, yang penting kita tahu kita mewakili rakyat. Antara tugas penting, selain mengetengahkan masalah rakyat ialah mesti peka dengan Perlembagaan negara, adat, budaya dan agama.

“Ia bukan benda baru, sudah dipegang sejak berpuluh tahun dulu, mengapa sekarang mengada-ngada... nak yang itu, tak nak yang ini. Bagi saya, wakil rakyat jenis ini sepatutnya tidak dipilih oleh rakyat,” katanya.

Mohamad yang berpengalaman enam penggal atau hampir 30 tahun sebagai wakil rakyat pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Johor, berkata pemimpin dan rakyat perlu tahu menghormati sensitiviti kaum lain.

“Bukan setakat menghormati, perlu menghayatinya. Ia tiba-tiba tak mahu pakai songkok pada majlis dihadiri sultan, sedangkan budaya di Malaysia berteraskan bangsa Melayu yang salah satunya ialah bersongkok.

“Mahu atau tidak, kita tidak boleh tolak hakikat Malaysia adalah Tanah Melayu, ada raja dan sultan, adat resam dan budaya, agama rasmi. Semua ini diterima, pemimpin bukan Melayu dulu terima... mengapa kini ada yang mahu menolaknya,” katanya.

Timbalan Pengerusi Tetap Umno itu berkata, isu seperti pemimpin pembangkang enggan memakai songkok itu sebenarnya mengandungi unsur perkauman dan bermotifkan politik yang boleh menimbulkan suasana tegang.

“Kalau orang India pakai songkok, dia tetap orang India... kalau orang Buddha pakai songkok, agamanya tetap Buddha,” katanya sambil menambah bukan faktor tiada pengalaman atau usia muda menyebabkan pemimpin mencetuskan isu perkauman, tetapi kerana ada agenda tersembunyi.

Seperti juga isu agama, katanya, orang Melayu yang berpakat dengan parti lain untuk melawan arus, tanpa rasa bersalah menyokong rakan kesepakatan mereka dengan mempertahankan kenyataan yang menyentuh isu agama.

“Baru-baru ini, Nik Aziz (Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) mempertahankan pemimpin DAP yang menghina Islam. Bagi saya, PAS sekarang bukan lagi memperjuangkan Islam yang melarang umatnya hina agama lain. Wajarkah bukan Islam menghina agama kita,” katanya.

Penganalisis politik, Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar merumuskan punca isu sensitif tercetus kerana pemimpin, wakil rakyat atau “opinion leader” kurang berilmu dan pengalaman, tidak kurang juga atas kepentingan politik atau peribadi.

“Pada saya, tidak wajar kita memperjudikan keamanan dan ketenteraman negara semata-mata untuk kepentingan politik atau peribadi,” katanya yang juga Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kurang ilmu pengetahuan, jelasnya, menyebabkan sesetengah pemimpin berasa tidak bersalah mengeluarkan kenyataan sensitif yang kemudian merebak dan kemungkinan boleh mencetuskan keadaan huru hara dalam negara.

“Macam laporan mengenai pemimpin DAP menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) itu ekstrim... saya percaya pemimpin itu tidak tahu pun apa itu JIM yang sebenarnya sebuah pertubuhan berdaftar dan dikenali di kalangan umat Islam.

“Mungkin juga pemimpin itu mahukan publisiti, tetapi jika kenyataan tidak bersandarkan ilmu pengetahuan, akan jadi macam inilah... tidak tahu pun apa yang dicakapkan sehingga kenyataan bertukar menjadi isu sensitif,” katanya.

Katanya, kekurangan pengalaman sebagai pemimpin juga boleh menyumbang kepada keadaan itu seperti isu enggan memakai songkok pada majlis dihadiri sultan, sedangkan peraturan berkenaan sudah wujud berpuluh tahun dulu.

“Wakil rakyat itu tidak faham yang songkok bukanlah simbol agama sangat, sebaliknya lebih kepada budaya Malaysia yang memang banyak berasaskan simbol daripada bangsa Melayu,” katanya.

Katanya, kepentingan politik kadangkala boleh mengaburi mata hingga kesan daripada sesuatu kenyataan atau perlakuan itu, tidak lagi diambil kira.

“Dalam apa juga tindakan, rujuklah Perlembagaan, Rukun Negara dan kontrak sosial. Jika hanya satu kumpulan rasional dan faham aspek itu, satu kumpulan lain tidak memahaminya, selagi itulah negara berada dalam risiko,” katanya. — Berita Minggu

from:malaysianinsider

0 comments: