Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Pilihanraya Sarawak 16 April. Ayuh Undi Pakatan Rakyat Sahaja

Kepada Rakyat Sarawak!!! Ubah sekarang !!! Undi calon Pakatan Rakyat !!!

Undi Calon Pakatan Rakyat !!!

Suara mereka suara RAKYAT Sarawak!!! JANGAN LUPA : Undi Pakatan Rakyat

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat !!!

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat

Vote 4 Change

Undi Pakatan Rakyat SAHAJA !!!

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, November 17, 2008

malaysiakini~Menteri Buncit Risau Pendek Umur



Perhatian untuk rakyat Malaysia ....
Kurangkan buncit anda sekarang !!!



Perut Buncit -> Pendek Umur

LONDON 17Nov: Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.

Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.

Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.

"Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik," katanya.

Beliau berkata, hasil kajian itu mencadangkan doktor agar mengira ukur lilit bahagian perut dan punggung pesakit, selain purata indeks jisim tubuh sebagai pemeriksaan asas yang mesti dilakukan ke atas pesakit.

Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.

"Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita," katanya.

Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang.

"Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya," kata beliau.(dr bh)

Wednesday, July 30, 2008

Kopi Penguat Memudaratkan & Bawa Maut

Kopi campuran 'viagra' mudarat, bukan penguat tapi bawa MAUT

Oleh Sazarina Shahrim (BH)

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesan banyak pengusaha restoran menyediakan kopi 'viagra' mengandungi campuran bahan kimia tadalafil dan sildenafil yang boleh memudaratkan kesihatan.

Pengarah Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Che Mohd ZinChe Awang, berkata kira-kira sembilan jenis kopi mengandungi bahan kimia yang diharamkan itu, dirampas hasil aduan orang ramai dan intipan pegawainya.

Minuman itu termasuk Kopi Pahlawan, Coffee Hari2-mau Power X2, Kopi Tenaga Tok Lebai Plus, Jamu Tenaga Lelaki dan Bio Trim BTB yang mengandungi sildenafil, manakala Serbuk Tai Guo Fen Nu Yang, Serbuk Xinggannulang dan Serbuk Saoguafu pula mengandungi kedua-dua bahan kimia itu.

Che Mohd Zin yang ditemui Berita Harian semalam, berkata kopi yang didakwa menguatkan tenaga batin lelaki itu, boleh memberi kesan sampingan termasuk menyebabkan kematian.

"Kandungan racun ini memang sedikit tetapi sekiranya diminum setiap hari, ia memudaratkan kesihatan," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga mengesan gula-gula jenama MenTalk mengandungi taladafil.