Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Pilihanraya Sarawak 16 April. Ayuh Undi Pakatan Rakyat Sahaja

Kepada Rakyat Sarawak!!! Ubah sekarang !!! Undi calon Pakatan Rakyat !!!

Undi Calon Pakatan Rakyat !!!

Suara mereka suara RAKYAT Sarawak!!! JANGAN LUPA : Undi Pakatan Rakyat

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat !!!

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat

Vote 4 Change

Undi Pakatan Rakyat SAHAJA !!!

Showing posts with label najib razak. Show all posts
Showing posts with label najib razak. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

3 MP Bakal Digantung Dewan 6 bulan


KUALA LUMPUR, 15 Dis — Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat pembangkang atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Usul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz itu mencadangkan supaya tiga anggota Parlimen itu iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) digantung enam bulan daripada tugas atas beberapa kesalahan.

Menurut usul itu, Karpal dan Sivarasa yang merupakan anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen didapati menghina dewan kerana telah membuat kenyataan di luar Dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa mesyuarat pada 3 Disember 2010.

Karpal dan Sivarasa dikatakan telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Berdasarkan usul itu juga Azmin, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010.

Tindakan ketiga-tiga anggota Parlimen itu adalah satu perbuatan menghina dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai anggota Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan, demikian menurut usul berkenaan.

Usul yang dikemukakan itu mempunyai kaitan dengan keputusan kerajaan untuk merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kenyataannya untuk mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Jawatankuasa berkenaan semalam telah mengemukakan syor supaya Anwar digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana didapati membuat kenyataan tidak benar. — Bernama

R4R


Baik gantung semua MP Pakatan Rakyat senang Barisan Najis nak kerja kat dewan!!!

PRU akan datang biar RAKYAT gantung BN @UMNO / MIC / MCA lak...

Friday, December 3, 2010

Harga Petrol RON 95 dan Gula NAIK mulai esok?



Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi - dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini.

Kenaikan kali ini juga dikatakan membabitkan petrol RON 95 dan RON 97.

Harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai kelmarin.

Kenaikan RON 97 kelmarin adalah ekoran perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Pengumuman rasmi dijadual untuk dibuat petang ini.

“Saya jangkakan kerajaan akan mengumumkan harga petang ini... kenaikan dijangka dalam sekitar 10 hingga 15 sen dan difahamkan, kadar baru ini kuat kuasa mulai esok,” kata sumber industri kepada The Malaysian Insider.

“Kami diumumkan perubahan ini baru-baru ini,” kata sumber itu lagi.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini.

Katanya, angkah tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor.

Pada masa ini harga diesel bersubsidi mengikut sektor ialah di pam minyak RM1.75, pengangkutan RM1.45, nelayan RM1.25 manakala industri RM2.05.

Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama.

Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal.

Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.(minsider)


R4R

Kah..kah..kah... Tahniah kepada ketuanan meLAYU...

Inilah hadiah untuk mereka yang menyokong lambang Dacing & umNOk...


Tuesday, August 25, 2009

Tidak Faham Hukum ALLAH

Mamat seorag ni faham ke hukum Islam....
Kalau dah melanggar hukum Allah...
Rayuannya sepatutnya kepada Allah juga...bertaubatlah wahai umat manusia kepadaNYA
Inilah masalah kita hari ini..
ramai sangat pemimpin yang mengaku Islam tetapi cetek ilmu agamanya....


terdahulu....

Hukuman sebat: Kartika boleh membuat rayuan - PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno boleh membuat rayuan terhadap hukuman sebatan yang dikenakan kerana meminum arak dan tidak sepatutnya redha semata-mata untuk dihukum.

Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak.

Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas.

Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut.BERNAMA

Untuk Renungan !!!

Allah S.W.T berfirman maksudnya :

"(Wahai orang-orang yang beriman), sesungguhnya (meminum khamar, berjudi, berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)." Surah Al-Maidah : 90-91.


Rasulullah S.A.W bersabda :
"Sesiapa minum arak, nescaya Allah akan memberi minum dari air panas neraka jahannam."
(Riwayat Bazzar)


Rasulullah S.A.W bersabda :
"Setiap minuman yang memabukkan itu haram, dan di sisi Allah ada suatu perjanjian dengan orang yang minum minuman yang memabukkan, yakni Allah akan memberinya minum dari "Tiinaful khabaal." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah "Tiinatul Khabaal" itu? Baginda bersabda: "Yakni keringat penghuni neraka atau bau badan mereka."
(Riwayat Muslim dan Nas'ai)

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Jauhilah arak, sebab arak itu kunci segala kejahatan."
(Riwayat Hakim)




Kesimpulannya...
Minum arak amat besar keburukkannya kerana arak boleh menjerumus kepada maksiat dan kejahatan. Mereka yang jahil pasti tidak mempedulikan larangan ini.

Kerajaan Malaysia tidak begitu serius dalam membenteras penjualan arak ini. Arak bebas dijual secara terbuka dan tiada had dan halangan bagi yang menjualnya.

Semuanya salah pemimpin yang kononnya ingin membenteras kejahatan ini dari akar umbi. Pada hal akar segala kejahatan ini adalah pada arak.

Wednesday, August 19, 2009

Altantuya Dalam Perjalanan ke Malaysia



Gempar... Tapi benar....

Ada berita terkini tentang Altantuya.....


Kapal selam pertama Malaysia berlabuh di Cochin, India

COCHIN 19 Ogos — Kapal selam pertama negara yang dalam pelayaran sulungnya ke pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar Sabah, singgah di pelabuhan pangkalan tentera India pada Selasa lalu.

Kapal selam jenis Scorpene yang diberi nama KD Tunku Abdul Rahman itu memulakan pelayaran 9 Julai lepas dan singgah di Jeddah dan Djibouit sebelum memasuki perairan Cochin di Kerala.

Pada 2002 kerajaan Malaysia membeli dua kapal selam yang dibina bersama oleh syarikat Perancis DCNS dan syarikat pengeluar kapal selam, Navantia dari Sepanyol, di Cherbourg, Perancis.

Pada Januari lepas, kapal selam itu diserah secara rasmi kepada TLDM di pangkalan tentera di Toulon, Perancis. - Bernama

Saturday, August 1, 2009

Haram Letak Kalung Bunga Di Tugu Peringatan


Mengikut Seksyen 31(1) dan seksyen 32, Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Selangor, Mufti bagi Negeri Selangor atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ membuat fatwa bahawa amalan seperti bertafakur dengan menundukan kepala, dan meletakkan kalungan bunga yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam.

Fatwa tersebut diwartakan oleh Mufti Negeri Selangor, Dato' Haji Ishak Haji Baharom pada 21hb Ogos 1995.

Semalam dengan jelas perbuatan mereka membuktikan kepada kita mereka tidak bersungguh-sungguh mengamalkan Hukum Islam yang sebenarnya.......tetapi masih mahu mengaku Islam... Fikirkan azab dari Allah swt...

terdahulu...

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2009 di Tugu Peringatan Negara di sini.

Turut meletak kalungan bunga dalam istiadat pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Azizan Ariffin.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani turut meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara.

Thursday, July 23, 2009

Kes Teoh: Najib Terus Menipu Rakyat Malaysia


Pada mulanya kita sangkakan Dato’ Sri Najib Razak tunduk kepada desakan rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dibuat kepada mendiang Teoh Beng Hock dengan mengadakan Suruhanjaya Diraja.

Malangnya rakyat Malaysia ditipu dengan helah Najib Razak itu. Jika diteliti pengumuman berkaitan terma-terma khusus yang digariskan oleh kabinetnya, Suruhanjaya tersebut hanyalah untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunapakai SPRM dan bukannya untuk menyiasat punca sebenar berlakunya kematian Teoh Beng Hock.

Penyiasatan untuk menentukan punca kematian diserahkan pula kepada seorang majistret dan siasatan pula dikendalikan pihak Kementerian Dalam Negeri serta Polis, ini tidak diwajar....

Kerajaan seharusnya sedar desakan daripada RAKYAT yang mahukan sebuah Suruhanjaya Diraja yang benar-benar bebas. Ketidakyakinan rakyat terhadap integriti serta kebebasan institusi Polis, SPRM dan KDN telah menjadi barah ketika ini.


Terdahulu...

PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi ketika Teoh Beng Hock disoal siasat, minggu lalu.

Pada masa sama, satu inkues yang diketuai seorang majistret akan dijalankan bagi menentukan punca kematian Teoh, yang mencetuskan kontroversi kerana mendiang ditemui mati di bangunan yang menempatkan pejabat SPRM Selangor beberapa jam selepas disoal siasat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Kabinet pada mesyuaratnya semalam juga mengarahkan Kementerian Dalam Negeri serta polis menyelesaikan segera siasatan kes berkenaan dan laporannya akan diumumkan.

Suruhanjaya Diraja yang akan diwujudkan dengan terma khusus itu, bertujuan memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

Wednesday, July 22, 2009

Video Terkini Pendedahan Rosmah Mansor

Lagi cerita pendedahan Rosmah Mansor disampaikan kepada umum daripada adiknya sendiri, Rosmanuddin Mansor. Ketika ini Rosmanuddin Mansor telah berangkat ke luar negara untuk mencari peluang pekerjaan setelah kakaknya, Rosmah Mansor menutup sumber rezekinya di Malaysia.



dari: malaysia-today

Wednesday, July 15, 2009

Najib Sangka Rakyat Sudah Kembali Sokong BN


Keputusan terkini tinjauan yang diperolehi dari mstar.com.my (10.00am 16July2009):





Berikut adalah keputusan tinjauan yang diperolehi dari mstar.com.my (1.00pm 15July2009):

Kenyataan yang dikeluarkan oleh PM Najib @ Rosmah jauh terpesong !!!



Bukti rakyat kembali yakin kepada BN - Najib

SHARM EL-SHEIKH: Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata beliau berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada pilihan raya kecil Manik Urai kerana ia menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan sepanjang 103 hari beliau menjadi Perdana Menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Melayu.

Katanya walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dengan majoriti 65 undi, keputusan itu amat memberangsangkan lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan majoriti Melayu.

"Mudah-mudahan sokongan dan kepercayaan rakyat yang kian bertambah ini akan berterusan," kata Najib yang juga Pengerusi BN kepada wartawan Malaysia di bandar peranginan Mesir di Laut Merah ini untuk menghadiri sidang kemuncak ke-15 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Manik Urai setelah calonnya Mohd Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi setelah memperoleh 5,348 undi berbanding BN, 5,283 undi.

"(Keputusan) ini bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan dan sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan, saya percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi InsyaAllah.

"Kita tidak boleh merasakan bahawa segala-galanya telah pun kita lepasi ujiannya tetapi saya begitu puas hati bahawa apa yang telah kita mulakan selama 103 hari ini menampakkan sambutan rakyat yang menggalakkan," katanya.

Perdana Menteri berkata beliau telah pun menyampaikan penghargaan dan tahniah beliau kepada Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dan juga calon BN sendiri.

"Walaupun kita tidak berjaya tetapi ini satu kemenangan moral yang besar kepada BN," kata Najib, merujuk kepada perbezaan besar majoriti 65 undi yang dimenangi Pas berbanding majoriti 1,352 undi pada pilihan raya umum tahun lepas.

Mengenai jumlah undi rosak sebanyak 117 undi, iaitu melebihi undi majoriti kemenangan Pas, Najib berkata, BN belum mengetahui punca mengenai undi rosak tersebut.

Katanya BN akan membuat bantahan sekiranya didapati wujud perkara yang meragui semasa pilihan raya itu.

Jika tidak, kata beliau, BN tetap menerima keputusan itu dan menganggapnya sebagai kemenangan moral untuk BN.

Mengenai isu-isu yang mempengaruhi pengundi di Manik Urai, Perdana Menteri berkata: "Kami perlu menilai sama ada mereka dipengaruhi oleh isu tempatan atau nasional atau gabungan kedua-duanya.

"Tetapi, walau apa pun kami puas hati bahawa terdapat perubahan yang berlaku di Manik Urai. Dan ia merupakan kawasan majoriti Melayu," katanya. BERNAMA

Tuesday, July 14, 2009

1Malaysia: Najib Habiskan Duit Rakyat


1MALAYSIA...

Sebuah papan iklan mempromosi gagasan "1Malaysia" yang dilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak didirikan berdekatan Lebuhraya Persekutuan.

Satu lagi projek Kerajaan BN/Umno/Najib/Rosmah untuk menghabiskan duit rakyat dan memberi kekayaan kepada kroninya.

Wajarkah duit rakyat dihabiskan untuk papan tanda yang menggambarkan 1Malaysia ini dibuat ketika ekonomi negara masih lagi tidak menentu?

Perlukah papan tanda sebesar ini diadakan untuk menunjukkan 1Malaysia?

Adakah dengan meletakkan gambar kanak-kanak Melayu, Cina dan India ini lambang kepada 1Malaysia?

Dimana pula gambar kanak-kanak dari Sabah, Sarawak dan lain-lain?

1Malaysia yang tidak Malaysia !!!!

Friday, July 10, 2009

Altantuya Kelihatan Di Toulon, Perancis



Altantuya kelihatan dalam perjalanan dari Toulon, Perancis ke Malaysia semalam. Beliau dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi...hahahaha...

KUALA LUMPUR: Kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman berlepas dari Toulon, Perancis dalam pelayaran sulung yang bersejarah menuju ke Malaysia pada 11 pagi semalam. Kapal selam jenis tempur konvensional yang dibina di Cherbourg, Perancis dan syarikat pengeluar kapal selam, Navantia itu mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.

Friday, July 3, 2009

Masih Hangat: Video Rosmah Najib Guna Ilmu Hitam(Part 4)

Berikut merupakan sambungan video Puaka BN(Bini Najib da.....)




Tunggu Pendedahan seterusnya...

Thursday, June 18, 2009

Video Rosmah Najib Guna ilmu Hitam (Part 3) lagi hangat...

Video bahagian ke tiga pendedahan ekslusif penggunaan ilmu hitam, gangster, serta pembunuhan altantuya yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia ....

Wednesday, June 17, 2009

Video Rosmah Najib Guna ilmu Hitam (Part 2)

Video pendedahan ekslusif penggunaan ilmu hitam, gangster, serta pembunuhan altantuya yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia

Wednesday, June 10, 2009

Video Isteri Najib Guna ilmu Hitam

Ikuti video pendedahan ekslusif penggunaan ilmu hitam, gangster, serta pembunuhan altantuya yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia


Tuesday, June 9, 2009

Najib Seorang Suami dan Pemimpin Yang Perlu Dicontohi, kata Rosmah

"Contohilah perangai suami saya", kata Rosmah Mansor. Katanya lagi rakyat perlulah mencontohi perilaku suaminya Najib kerana beliau merupakan seorang bapa, suami dan pemimpin MITHALI yang penyabar.

Katanya lagi, "Saya tak pernah tengok orang penyabar macam dia (Najib)..

kah..kah..kah......

Hanya Altantuya sahaja yang memahami hati si Najibbbbb ni lah....

malang sungguh suami makcik ni...Suami yang tiada maruah je yang membenarkan isterinya berlaku sebegini



Ni anak jantan siapa? Playboy sana sini....

Tak dapat melayu ...minah salleh pun ok juga... macam bapanya juga..cari Mongolia...


Bapa ku bapa Mithali Malaysia... Jangan risau ...





KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan para suami agar mencontohi perilaku suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan seorang bapa, suami dan pemimpin yang penyabar.

Beliau berkata Najib mempunyai personaliti yang menarik daripada segi kesabaran.

"Saya tak pernah tengok orang penyabar macam dia (Najib)," katanya dalam ucapan ringkas ketika melancarkan buku 'Najib Perdana Menteri ke-6' di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Rosmah turut mengingatkan para suami agar tidak memarahi isteri kerana isteri juga mempunyai tanggungjawab dan mengalami tekanan.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya berkata buku itu banyak mengimbau kembali kenangan pembaca kepada krisis serta masalah yang dihadapi Najib sama ada dalam kerajaan mahupun dalam parti.

"Pelbagai rintangan terpaksa dipikul dan ditangani oleh beliau (Najib) dalam pelbagai jawatan di sepanjang kerjaya politiknya termasuk sebagai Menteri Pertahanan selama 14 tahun," katanya.

Penulis buku tersebut, Noor Asmah Mohd Nawawi berkata beliau dan suaminya Yusof Harun mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan buku tersebut dan mula dicetak sebelum persidangan Umno Mac lepas.

"Kita membuat kajian dan berdasarkan fakta-fakta serta menemuramah rakan-rakan beliau. Kita tidak menemuramah beliau sendiri atau isteri beliau kerana kita mahu mendapatkan maklumat daripada orang yang dekat dengan beliau," katanya.

Buku setebal 820 halaman itu dicetak 3,000 naskhah pada keluaran pertama untuk diedarkan kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta. BERNAMA

Saturday, May 23, 2009

Bilamana Najib Razak Mendapat Undi Tidak Percaya

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.

Dipetik dari:
MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN
oleh :Mohamed Hanipa Maidin

Wednesday, May 20, 2009

Umno Perlis Hampir Karam, Datuk Hashim Suboh Sertai PR

Berita terkini dari Perlis: Umno Perlis hampir berkubur, mantan Ketua Penerangan Umno Perlis akan sertai salah satu parti Pakatan Rakyat pada bila-bila masa.


Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau sedang memikirkan sama ada akan kekal dalam Umno atau menyertai pembangkang.

"Saya sedang menilai hala tuju politik saya, ke manakah arah politik saya.

"Tak kan saya hendak tunggu saya naik ke atas. Apa yang berlaku ini sedang menjadi perhatian saya.

"Bukan soal saya menunggu tawaran, jika keadaan sudah tidak sesuai, mahu tunggu apa lagi" katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurut Hashim, pemimpin pembangkang sudah banyak kali menghubunginya supaya menyertai parti mereka.

Bagaimanapun, katanya, ketika ini beliau sedang melihat perkembangan terbaru dalam Umno sebelum membuat keputusan muktamad.

"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu perkara yang telah dibina iaitu hubungan saya dengan menteri dan majlis tertinggi (MT) Umno rosak.

Tiada usaha rapat semula

"Tetapi saya tidak tolak sebarang kemungkinan (menyertai pembangkang)," katanya lagi.

Hashim berkata, pemimpin Umno yang kalah dalam pemilihan parti tahun lalu telah dilayan seperti pariah.

"Saya juga jadi pariah walaupun rasanya saya tidak bersalah kepada Umno," katanya.

Beliau berkata, pemimpin yangi menang dalam pemilihan parti tidak berusaha untuk merapatkan semula kepimpinan parti selepas berlakunya pertandingan jawatan utama peringkat bahagian di Perlis.

Hashim berkata, sebaliknya mereka bersikap "orang menang dapat semua dan orang kalah hilang semua".

"Penyokong bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim dipinggir dan disisihkan.

"Menteri Besar Datuk Md Isa Sabu tidak memberi ruang kepada kumpulan Datuk Seri Shahidan.

"Isu Perlis ialah bukan sahaja melibatkan dua pemimpin utama itu tetapi juga membabitkan penyokong Datuk Seri Shahidan dan Datuk Md Isa," katanya.

malaysiakini.com

Tuesday, May 19, 2009

Umno Perlis Tenat, 1000 Lompat Parti

Lebih 1000 ahli-ahli Umno Perlis didakwa melompat parti menyertai PKR.

Ini berikutan tanda bantahan pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.

Seorang bekas ahli tersebut mengesahkan perkara itu berlaku tetapi gagal mengetahui punca lebih 1000 yang lain turut berbuat begitu.

Beliau juga mengesahkan ada kumpulan yang bertindak keluar Umno selepas Dr Md Isa dilantik menerajui Umno Perlis.

Kemelut politik Umno di Perlis tercetus selepas pilihanraya umum 2008 apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai menteri besar.Selain itu Shahidan juga enggan melepaskan jawatan pengerusi Umno negeri kepada Dr Md Isa.

Bagaimanapun bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan pengerusi Umno negeri-negeri dengan melantik Dr Isa Sabu mengetuai Umno Perlis.Manakala Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga ketua Umno Padang Besar, dikekalkan sebagai timbalan pengerusi Umno negeri.

Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau pula dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Ketika kini Dr Md Isa masih belum lagi mengisi kekosongan bagi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangannya.

Perlis mempunyai tiga bahagian meliputi 330 cawangan dengan sejumlah kira-kira 54,000 ahli.

Thursday, May 14, 2009

Sejauh Mana Najib PM Rakyat

Berita yang dikeluarkan oleh malaysiakini bertajuk Najib Kini "Perdana Menteri Rakyat", membuatkan ramai rakyat Malaysia mual dan meluat dibuatnya, berita yang cuba menggambarkan Najib berstatus PM Rakyat sedangkan dia selalu menghina rakyat.

Persoalannya...

1. Siapa kata beliau ni PM rakyat?

2. Adakah dengan mengadakan lawatan ke tempat-tempat rakyat itu menunjukkan beliau PM Rakyat?

3. Berapa kali beliau pergi ke Puduraya?

4. Kenapa baru sekarang nak tengok permasalahan rakyat yang sebenar?

5. Kenapa buat bodoh bila rakyat bertanyakan isu-isu seperti penglibatan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya, pembelian kapal selam, rampasan kuasa DUN Perak dan banyak lagi...



Dari malaysiakini/bernama

Kita kini bukan sahaja mempunyai "Pakatan Rakyat", tetapi juga "perdana menteri rakyat" apabila Datuk Seri Najib Razak juga mahu semangat perkataan "rakyat" digabungkan dengan jawatannya - melambangkan seorang pemimpin yang mesra rakyat dan memahami mereka.

"Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat," kata perdana menteri.

Tegasnya, tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan.

"Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," beliau dipetik berkata ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Majlis itu yang bertema "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs Omar Osman.

Menurut Bernama, Najib berkata sebaik sahaja beliau mengambil alih
pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah "turun padang" yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya.

"Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya.

"Saya tengok, dan bukan sahaja tengok dengan kepala dan mata saya sendiri keadaan di situ, tetapi juga dapat menghidu udara dan bau di situ.

"Saya katakan berbeza dengan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar berbanding (apabila) turun dan melihat keadaan sebenar di Puduraya.

"Banyak bezanya, macam bumi dan langit," katanya lagi.

Oleh sebab itu, tambahnya, beliau mahu turun padang dan tidak mahu sebarang formaliti seperti hamparan merah, bunga manggar dan tanpa krew tv (media).

Katanya lagi, beliau akan tetap turun padang kerana mahu meninjau sendiri bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Wednesday, May 6, 2009

Sambutan Ulangtahun Kelahiran Altantuya, Tiga Ditahan

Amaran Kerajaan BN : Jaga Puja Hantu Altantuya...hahahaha

Terkini:Tiga orang telah ditahan di depan Kompleks Pejabat Memanda Perdana Menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.

Selain itu kumpulan Aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.

Saudara Sani Md Shah diberitakan telah ditahan pukul 11.15 pagi ketika beliau memegang kek hari jadi Altantuya, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan sewaktu memegang kain rentang di hadapan pintu masuk ke kompleks tersebut.

Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.Kek seberat 2kg dan kain rentang itu yang dibawa oleh SAMM yang diketuai pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin turut dirampas polis.

Kek putih dan kain itu bertulisan "Selamat Hari Jadi Altantuya". Jika masih hidup, wanita itu kini berusia 31 tahun.

Setelah Badrul Hisham masuk ke balai, beliau dimaklumkan untuk hadir semula jam 2 petang ini.

malaysiakini