Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Pilihanraya Sarawak 16 April. Ayuh Undi Pakatan Rakyat Sahaja

Kepada Rakyat Sarawak!!! Ubah sekarang !!! Undi calon Pakatan Rakyat !!!

Undi Calon Pakatan Rakyat !!!

Suara mereka suara RAKYAT Sarawak!!! JANGAN LUPA : Undi Pakatan Rakyat

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat !!!

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat

Vote 4 Change

Undi Pakatan Rakyat SAHAJA !!!

Showing posts with label Zambry. Show all posts
Showing posts with label Zambry. Show all posts

Monday, May 25, 2009

Zambry Malu Digelar Menteri Besar Mahkamah

"Aku malulah digelar Menteri Besar Mahkamah...dulu bagi nama Menteri Besar Haram... sekarang Menteri Besar Mahkamah lak...Janganlah bagi nickname tu... malu aku", Zambry berkata kepada pemberita 3 suku...

"Kalau boleh bagilah nickname untuk Najib sekali...hehehehe, " rayu Zambry...



IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini berkata gelaran "Menteri Besar Mahkamah' patut diberikan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

Beliau berkata oleh kerana proses mahkamah itu dimulakan oleh Mohammad Nizar, sewajarnyanya gelaran itu diberikan kepada bekas menteri besar Perak itu dan bukan dirinya.

"Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.

"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry kepada pemberita di sini hari ini semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu Sabtu lepas bahawa beliau adalah "Menteri Besar Mahkamah" dan tidak mewakili seluruh rakyat Perak.

Terdahulu Zambry mengadakan perjumpaan dengan dua orang perenang Selat Inggeris, Zahra Ma'soumah dan Salman Ali Shariati Abdul Halim di pejabatnya di sini.

Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah dalam satu keputusan sebulat suara selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah.

Sementara itu, Zambry menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu.

"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telahpun diputuskan oleh mahkamah.Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.

"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa langkah itu merupakan pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satusatunya jalan menentukan kerajaan mana ada suara majoriti.


BERNAMA



Terdahulu...
Nik Aziz: UMNO Parti Bertaraf Parti Bebas

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kesemua Menteri Besar yang dilantik di negeri-negeri adalah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Menurutnya, keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar adalah membuktikan bahawa ianya tidak berpandukan kepada mana-mana sistem iaitu Islam ataupun demokrasi.

“Kesemua Menteri Besar di Malaysia ini memegang jawatan ini kerana undi yang diberikan rakyat kepada kami, bukan keputusan mahkamah yang memutuskannya,” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan sambutan jubli perak kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak dekat sini.

Beliau juga mendakwa bahawa sekiranya kaedah ‘rampas kuasa’ yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak ‘dihalalkan’, maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini.

“Selepas berjaya dibuat di Perak, maka ia akan dibuat di negeri-negeri lain pula selepas ini.

“Cara apakah ini? Islam pun tidak, demokrasi pun tidak,” tegasnya.

Malah menurutnya, Menteri Besar Perak sebelum ini, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaludin mengambil jalan yang betul dengan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Ditanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang berpihak kepada BN, beliau menyifatkan parti itu sebagai satu gerombolan dan bukan sebuah parti politik.

“Umno sekarang bukan lagi sebuah parti politik sebaliknya ia sebuah gerombolan pemikiran sahaja,” katanya lagi.

Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib mengenai hasrat BN untuk bertanding di Manek Urai, pihaknya menyifatkan kenyataan tersebut mencerminkan parti itu sebuah parti bertaraf parti Bebas.

“Bila dia tidak mahu bertanding di Penanti, maka ia jadi taraf sebuah parti Bebas, tetapi selepas timbalan dia menyatakan bahawa dia akan bertanding di Manek Urai bermakna dia telah sedar akan taraf sebenar parti itu.

“Kenyataan yang dibuat Najib dan pemimpin BN sebelum itu membuktikan rendahnya moral dan maruah parti tersebut apatah lagi dengan keengganan mereka untuk bertanding di Penanti,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan menjelaskan bahawa PAS mempunyai senarai calon yang ramai untuk mengisi kekosongan pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai nanti.

“Kita mempunyai senarai yang panjang kerana terdapat calon yang ramai dan insya-Allah ia adalah orang tempatan,” demikian ujarnya.

Turut hadir pada sidang media tersebut, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din.


http://www.tvantara.com

Friday, May 22, 2009

Analisis Keputusan Zambry Vs Nizar Di Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan membuat keputusan Zambry kekal sebagai MB Perak selepas mahkamah benarkan rayuannya ketepi keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Tahniah kepada Mahkamah Rayuan kerana telah membuka pintu kepada DS Anwar untuk menggunakan kelulusan ini untuk merampas Kerajaan Persekutuan dari Najib Razak.

Mahkamah Rayuan telah mendapati Sultan Perak Sultan Azlan Shah membuat keputusan yang betul bagi melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru, berdasarkan Perkara 16 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

Ini bermakna sekiranya DS Anwar menggunakan keputusan Mahkamah Rayuan ini dengan membawa 32 orang MP BN yang tidak berpuas hati dengan Najib Razak bersama-sama dengan semua MP Pakatan Rakyat bertemu DYMM Seri Paduka Baginda di Istana. Seterusnya Baginda berpuas hati yang PR mempunyai majoriti, baginda mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan bahawa Najib Razak telah hilang keyakinan majoriti serta meminta beliau berundur. Maka dengan rasminya Najib bukan lagi Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Dengan adanya keputusan Mahkamah Rayuan ini bermakna seseorang Menteri Besar ataupun Perdana Menteri itu tidak semestinya beliau kembali ke Dewan untuk menghadapi undi tidak percaya. Cukup setakat membawa wakil rakyat bertemu dengan Sultan atau Agong diistana dan seterus menerima pemecatan.

Tahniah Najib Rajak kerana telah menggunakan Mahkamah Rayuan untuk memberi peluang ini!!!


Menteri Besar Haram Perak



Lanun Besar Perak

Thursday, May 21, 2009

Zambry Vs Nizar, Langsung Dari Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan yang sedang bersidang bagi mendengar kes rayuan DS. Nizar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang lepas sedang berlangsung.

Mahkamah Rayuan juga pada hari ini akan memulakan sidang bagi membicarakan rayuan Zambry terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa Zambry adalah MB Perak yang tidak sah sekaligus mengistiharkan Nizar adalah MB Perak yang sah.

Hari ini keputusan panel 3 hakim akan menentukan siapa MB Perak yang sah. Hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar kes MB Perak adalah:-
Datuk Raus Md Shariff,
Datuk Zainun Ali
Datuk Ahmad Maarop.

Mengikut maklumat yang baru diterima, di dalam mahkamah ramai pemerhati yang terpaksa berdiri malah di lihat luar dewan keadaan terlalu sesak.

Ketika ini mahkamah sedang mendengar permohonan DS Zambry terlebih dahulu sebelum memulakan permohonan daripada DS Nizar.

Ketika ini Peguam Zambry, Cecil Abraham masih belum berhenti berhujah mempertahankan isu penangguhan keputusan Mahkahmah Tinggi yang memutusan DS Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Peguam Cecil Abraham mendakwa penghakiman yang dilakukan oleh mahkamah tinggi didapati tidak tepat dan tidak lengkap.

Pada waktu ini Mahkamah Rayuan sedang menerangkan perbezaan Artikel 16(6) dgn 36(2) Perlembagaan Negeri Perak.

Hakim mahkamah rayuan sedang mempertikaikan hujah peguam Zambry, Cecil Abraham yang asyik merujuk kepada Artikel 16 dan 36. Malah menjelaskan peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya.

Peguam Zambry masih berhujah berlegar kepada Artikel 16(4) Perlembagaan Negeri Perak dan menentang kes Stephen Kalong Ningkan yang digunapakai oleh Mahkamah Tinggi sebagai sesuatu yang tak boleh digunakan dalam kes DS Nizar.Selain itu Cecil terus mempertahankan tindakan yang telah dibuat oleh Sultan Azlan Shah ketika melantik DS Zambry.

Peguam Zambry yang telah berhujah hampir 2 jam mendapat teguran dari Hakim Mahkamah Rayuan kerana terlalu lama membuat hujah-hujahnya. Selain itu hujah-hujahnya masih di sekitar artikel16(6).

Ketika ini Mahkamah rayuan berhenti rehat.



Kelihatan DS Nizar dan isterinya tenang di kantin pada waktu ini.(malaysianinsider)

Mahkamah bermula semula 12.00tghari.

Kini giliran Peguam Negara yang bacul Gani Patail menyampaikan hujah. Dia berkata ketika ini Pakatan dan BN hanya ada 28-28, Speaker Pakatan tidak boleh mengundi di dewan malah tanpa 3 wakil rakyat bebas, Pakatan hanya mempunyai 27 undi di dalam dewan. Ini bermakna Nizar mendapat undi tak percaya dari dewan. Gani Patail juga berkata Speaker hanya boleh mengundi jika terdapat kedudukan yang terikat, jika tiada undian, Speaker berkecuali oleh itu katanya PR cuma ada 27 juga. Oleh itu katanya PR tak boleh bubarkan dun kerana tidak ada suara majoriti.

Diluar Mahkamah terdapat pelajar pusat pengajian tinggi tempatan membawa kain rentang yang mahukan pembubaran DUN.

Mahkamah berhenti rehat sambung 2.00petang

Sidang Mahkamah bersambung semula selepas rehat tengahari tadi.Peguam Nizar, Sulaiman, memulakan hujah. Dalam hujahnya, Sulaiman memberitahu mengikut Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk memecat seseorang Menteri Besar.

Sulaiman berhujah soal berapa bilangan kerusi DUN Perak yang dipegang BN tidak relevan dan apa yang penting adalah peruntukan yang dinyatakan Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Perak.

Sulaiman juga berhujah,sekiranya hujah Cecil dan Gani Patail boleh diterima,maka Perdana Menteri boleh juga disingkir oleh YDP Agong kerana tidak mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen BN. Sekiranya Sultan mempunyai kuasa untuk menyingkir,sudah semestinya perkara itu terletak dibawah Artikel 18 tetapi ia tiada.

Beliau juga berhujah bahawa dengan hanya satu cara sahaja Menteri Besar boleh disingkirkan iaitu dengan mengadakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri.

Sulaiman berhujah Nizar menghadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN mengikut peruntukan Perkara 36 (c) Undang-Undang Tubuh Perak, bukan mengikut Perkara 16 (6) seperti yang dihujahkan Cecil.Apa yang difikirkan oleh Tuanku semasa pertemuan tersebut tidak penting. Apa yang difikirkan oleh Nizar itu yang relevan.

Mahkamah Rayuan akan buat keputusan Kes Rayuan Zambry untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah mengisytiharkan Nizar MB Perak yang sah pada 3.30 petang esok.






dari: greenboc club,malaysiainsider,berita harian

Nizar Vs Zambry, Mahkamah Rayuan Sedang Bersidang

Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan isteri, kini berada di Mahkamah Rayuan Putrajaya, bagi mendengar perbicaraan berhubung status beliau selaku Mneteri Besar yang sah yang telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi 11 Mei 2009.

Malangnya keputusan mahkamah tinggi itu telah ditangguhkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Dato' Ramly Ali dengan membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan yang telah dikemukan oleh Menteri Besar Haram Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.

Isnin baru-baru ini peguam DS Mohammad Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan bagi memohon panel lima hakim untuk mendengar kes ini.

Kelihatan puluhan wartawan luar dan dalam negara memenuhi kawasan sekitar kamar Mahkamah Rayuan sejak awal pagi tadi untuk mengikuti perkembangan terkini isu Menteri Besar Perak.

Jam 9.00 pagi tadi, Peguam Sulaiman Abdullah dan Hanipa Maidin yang mewakili Nizar memasuki kamar mahkamah dengan diikuti pula oleh Peguam Umno Dato' Hafarizam. Turut hadir, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail dan peguam Tun Majid.

harakahdaily

Thursday, May 14, 2009

Gerakan Di Bidas Cadang Bubar DUN Perak

Berita Terkini:

Inilah sikap UMNO yang tidak menghormati pandangan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan.

Gerakan Pulau Pinang hari ini telah dibidas oleh UMNO kerana mencadangkan agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan. Mereka berkata kenyataan Gerakan Pulau Pinang itu dianggap boleh menimbulkan pergeseran dalam Barisan Nasional.

Mengikut kata DS Raja Ahmad ADUN Kubu Gajah,"Sepatutnya, dalam keadaan ini, Dr Teng memberi perangsang dan menyokong kita, apakah Teng tidak tahu BN mempunyai suara majoriti di Perak. Adakah dia tidak tahu krisis yang berlaku ini berpunca dari Pakatan Rakyat yang enggan menerima hakikat yang mereka telah hilang suara majoriti," katanya.

Mungkin ini jawab Dr. Teng terhadap soalan bodoh oleh DS Raja Ahmad, "Bukankah UMNO yang bodoh pergi rampas kuasa DS Nizar hari tu... Najib, Zambry dan kuncu-kuncu UMNOlah yang menjahanamkan Negeri Perak... dan sekarang ni Perak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai Menteri Besar Haram iaitu Dr Zambry yang telah menjadikan DUN sebagai gelanggang Sarkas..."
Semalam Teng berkata langkah membubarkan DUN akan membolehkan rakyat Perak memutuskan parti mana yang sepatutnya mentadbir negeri itu.

Manakala Ketua Penerangan Umno , Ahmad Maslan, pula berkata rakyat Perak perlu diberi penjelasan bahawa BN berhak memerintah negeri itu kerana mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau akan menjelaskan setiap isu berkaitan kemelut politik Perak dalam rangka lawatannya ke negeri-negeri dalam masa terdekat.

Tak payahlah En Ahmad nak jelaskan kepada rakyat, semua rakyat di Negeri Perak dah tahu hanya Najib dan Zambry yang tidak mahu DUN Perak Dibubarkan..sebab Umno akan kalah teruk!!


Wednesday, May 13, 2009

Zambry Jadikan Mahkamah Gelanggang Sarkas

Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk Umno/BN terus menyalahgunakan kuasa yang rakyat berikan kepada mereka.

Itulah pandangan Ustaz Ahmad Awang dan Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak.

"Taklimat tadi kita bincangkan tentang keputusan terkini yang memeranjatkan dan marah kerana dalam masa sekejap sahaja mahkamah boleh terima rayuan Zambry, sedangkan di pihak kita tidak diberitahu,"kata Ahmad Awang yang ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di sini.


Beliau memaklumkan bahawa DS Nizar melahirkan rasa terkejut dengan permainan BN ini yang mana kini Mahkamah Rayuan menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pengesahan MB dipihak Nizar hanya dalam masa singkat.

Ujar Ahmad Awang, adalam proses rayuan afidavit sepatutnya dalam masa 40 hari namun mereka luluskan cepat hingga peguam Pakatan Rakyat tidak tahu dan terkejut dengan keadaan ini.

Keputusan ini tak kalau sebegini menjadikan rakyat marah dan mempunyai persepsi bahawa mahkamah suka-suka boleh buat keputusan,katanya.

"Benda ini tak pernah berlaku, gantung dengan cepat.Saya tidak nafikan bahawa rayuan boleh dibuat tetapi bukan kepoutusan dalam masa yangamat singkat ini mengejutkan,"katanya.

Sementara Khalil pula yang berang dengan permainan BN ini menyatakan bahawa kini rakyat mula sangsi dan bingung akan mudahnya mahkamah diperguna BN sewenangnya.

Malah keputusan mahkamah pada 11 Mei hanya diskripkan untuk sengaja memperlihatkan Nizar dan Adun-adun Pakatan Rakyat ini 'gila kuasa' mahu masuk sesegera mungkin ke pejabat MB, katanya.


Walhal,Nizar sudah tahu akan perkembangan ini kerana BN pastinya melakukan tindakan yang akan hanya menguntungkan politik mereka walau melanggar batas undang-undang.

Khalil juga menyatakan, rakyat hari ini sudah mula berang dengan tindakan BN yang sekali lagi memperolok hak rakyat dalam memilih kerajaan yang sah.

Sifirnya mudah kata Khalil, ia terletak di tangan Sultan Perak yang seharusnya mendengar denyut nadi suara rakyat yang mahukan pembubaran Dun untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan secepat mungkin.

Mengulas isu yang sama, Adun Teja, Chang Lih Kang pula menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan membenar dan meluluskan permohonan rayuan adalah 'tidak masuk akal'.

Bagi Adun Teja, beliau memaksudkan 'tidak masul akal' keputusan itu dibuat dalam masa yang amat singkat dan hanya merumitkan keadaan dimana Nizar tidak boleh bertugas kerana halangan 'stay order'.

Sementara Zambry pula sebenarnya terikat juga dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengesahkan Zambry selaku MB yang sah,katanya.


Secara keseluruhannya, usaha melalui Mahkamah Rayuan ini hanyalah tindakan Umno/BN dalam menghalang Nizar bertemu Sultan Perak bagi membuka jalan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, katanya.

Sambil menyifatkan keputusan ini dipengaruhi dalang yang juga memprojekkan rampasan kuasa di Perak Februari lalu, Lih Kang menambah tindakan tidak demokratik ini akan hanya menambah benci rakyat kepada BN. Harakahdaily

Thursday, May 7, 2009

Sidang DUN Perak : Lintas Langsung Dari Dalam Dewan PART 2

sivakumar being dragged out of the House. Pic courtesy on Sinar Harian.


IPOH, 7 May 2009: A historic state assembly sitting in Perak today fell into pandemonium in an ongoing tussle for power between the Pakatan Rakyat (PR) and the Barisan Nasional (BN).

Security is tight around the state secretariat building where the state assembly is housed, and roads had been cordoned off since last night.

3.15pm Raja Nazrin is whispers something to Ngeh Koo Ham and Nizar Jamaluddin after they kiss his hand to greet him. PR Aduns take their seats on the right side of the speaker's chair, while special branch officers leave the chamber.

3.12pm Raja Nazrin enters the House.

3.10pm While waiting for Raja Nazrin to enter, about 20 special branch officers have lined up at the front of the chamber to form a barrier between where Raja Nazrin will sit and the floor of the House

3.05pm Another adjournment announced to wait for the entry of Raja Nazrin Shah.

3.03pm Ganesan orders Teja and SImpang Pulai Aduns out of the House. Requests the Bentara to remove them. The doa is recited.

3.00pm Zambry moves a motion that the next order of the House is to start with prayers and allow the Raja Muda of Perak Raja Nazrin to give his royal address. All the while PR Aduns are thumping their tables. The 28 BN Aduns and three independents vote to approve Zambry's motion while PR Aduns shout "Bubar, bubar!"

2.57pm Ganesan speaks from Speaker's chair. He asks police to prevent the Hutan Melintang Adun to stop heckling Zambry.

2.52pm Ganesan takes place at the speaker's chair amidst shouting by PR Aduns. They are shouting that this is a police state.

2.43pm The shouting betwen BN and PR Aduns continues as reps face off with each other around the Speaker Sivakumar's chair, now empty.

2.39pm Speaker Sivakumar has been physically removed by the police from his chair. He has been taken out the door.

Earlier, PR Aduns tried to block police from laying their hands on him. Ngeh Koo Ham shouted at the police to get out. The Simpang Pulai Adun has been ordered to leave the House.

Sidang DUN Perak : Lintas Langsung Dari Dalam Dewan

11.30pagi
Walaupun Sidang Haram telah menangguhkan dewan tetapi ADUN BN masih tetap didalam dewan.

Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.

Semasa mengumumkan demikian dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.

Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali.

Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya.

Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak tidak sehangat tadi.
Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

11.15pagi
Speaker Dewan yang sah YB Sivakumar mengumumkan semua usul telah ditolaknya didalam kamar bertarikh 6 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh sidang haram iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.

Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.


11.05pagi


Ganesan sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap dewan negeri.

Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demikrasi.

Lucu, aneh, tapi benar..

Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker.

11.00pagi
Ganesan angkat sumpah sebagai Speaker(Speaker HARAM) !!!

Keadaan tetang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah dimeja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)

ADUN Sunagi Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.

aDUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan meneggelamkan suara Speaker Haram.

Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.



10.55pagi

BN rampas kuasa Speaker Dewan...!!!
ADUN BN sedang berkerumun Adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.

Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.

Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.


10.40pagi
ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan adun Pakatan Rakyat.

Cubaan terbaharu itu nampaknya gagal dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.

Tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.


10.30pagi
Sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.

Sementara iru Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebsan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.

Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUN PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digantung oleh speaker.


10.20pagi
ADUN Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.

keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas.

Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula




10.10pagi
Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat Speaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.

Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR.Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.

10 orang masih belum keluar, Speaker mengatakan berulang kali Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar

10.00pagi

Penasihat Undang-undang diarahkan keluar.

Berikut Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:

1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.

2. Tempat duduk ikut sebelum ini.

3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh jawatankuasa hak dan kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.

4. 3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.

5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk penasihat Undang-undang keluar dewan.

6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawtaankuasa yang dilantik oleh dewan ini.

Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.

Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker.

Speaker masih mengulangi arahan supaya mereka yang tersenarai keluar Dewan.



9.45pagi
Ahli dewan masuk ke dalam dewan bersidang. Didapati tempat duduk telah berubah, ADUN PR mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.

Sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.


9.20pagi
ADUN berada di hadapan pintu masuk menunggu pintu dewan yang dimaklumkan oleh pihak polis cuma akan dibuka jam 9.45 pagi nanti.

Semua barang yang dibawa diperiksa dengan teliti dan di scan berkali.

Hampir 50 orang polis yang berkawal di dua pintu masuk yang dibuka

dari: Cina Islam

Sidang DUN Perak : Pesta Polis Tangkap Pemimpin Politik

Beberapa orang telah ditangkap dihadapan bangunan SUK ketika cuba memasuki bangunan tersebut.

Diantaranya YB Zuraidah Kamarudin, Tian Chua, Kak Ann, Dua Ahli Parlimen, seorang dari Melaka dan seorang dari Selangor.

Buat pertama kali, membawa gambar Yang DiPertuan agong menjadi satu kesalahan Mereka yang ditangkap adalah kerana membawa gambar Yang Di Pertuan agong. Polis merampas dan mengoyakkan gambar YDP Agong.

Ketua Pemuda PAS, YB Salahudin Ayub pula ditangkap di pekarangan Medan Istana. Walaubagaimanapun..YB Mujahid Yusuf Rawa tidak ditangkap walaupun berada bersama Salahudin.

Nampaknya…pihak polis telah bersedia dengan senarai untuk ditangkap.

Sementara itu, lebih kurang 40 orang Ahli AMK PKR juga telah ditangkap ketika cuba memasuki kawasan pekarangan Bangunan SUK. Kesemuanya telah dibawab ke Ibu Pejabat FRU di Sungai Senam.


from:perakExpress

Monday, May 4, 2009

Zambry Vs Drs Khalil Idham Lim, Bomoh Dalam DUN

Drs. Khalil Idham Lim, Pengerusi BBC-PR negeri Perak terus mempertahankan kenyataannya berhubung tindakan Dr Zambry membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker.

Beliau juga telah memberi penjelasan dan penegasan sekali lagi bahawa beliau bukan orang yang mudah mengeluarkan kenyataan tanpa ada bukti dan alasan yanag kukuh.

"Oleh itu dalam persoalan ini saya mengulangi sekali lagi pendirian bahawa Dewan Negeri telah dimasuki oleh "Bomoh" dan saya mempersoalkan pihak yang bertanggung jawab kepada dewan negeri pada masa ini," kata Drs Khalil Idham.

Beliau tidak berhajat menyeret mufti dalam isu ini namun jika di waktu kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Mufti didapati sangat cepat mengeluarkan pandangan, dan adalah wajar Mufti memberi respon yang segera juga dalam hal terbabit.

Semalam dilaporkan Zambry telah membuat satu laporan polis berhubung kenyataan Idham itu. Drs Khalil turut mengaitkan isu provokasi dan gangguan pihak tidak bertanggungjawab terhadap Adun-Adun Pakatan Rakyat menjelang Sidang Dun 7 Mei ini.


Berikut adalah antara petikan kenyataan Idham di dalam blognya baru-baru ini :- Cina Islam

1.Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.

2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.

3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimaklum oleh keluarga dan jiran.

4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?

5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dan BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut

Tuesday, April 28, 2009

Keputusan Zambry Vs Nizar Di Mahkamah Persekutuan Hari Ini

PUTRAJAYA, 28 April : Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry Kadir dari Barisan Nasional untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry mahu merujuk isu dua Menteri Besar negeri itu terus kepada Mahkamah Persekutuan tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi kini dalam proses membicarakan isu-isu yang dikemukakan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Hakim Mahkamah Persekutuan Alauddin Mohd Sheriff bersetuju dengan bantahan awal peguam Nizar, Sulaiman Abdullah bahawa isu tertentu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Alauddin berkata wujud percanggahan jelas dalam keterangan yang dikemukakan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-Undang yang mewakili Zambry.

Menurut Alauddin, isu percanggahan fakta itu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.

Beliau sebelum ini mendakwa bahawa Sultan dan bukan rakyat yang menentukan pihak mana harus menubuhkan kerajaan negeri.


Anna Yusof(suara keadilan Online)

Zambry Vs Nizar Di Mahkamah Persekutuan Hari Ini

Kes Dato Seri Nizar yang dibawa oleh Dato Seri Zambry dirujuk ke Mahkamah Persekutuan hari ini. Seperti yang sedia diketahui umum, Dr Zambry menggunakan jalan pintasnya Mahkamah Persekutuan untuk mempercepatkan keputusan sebelum persidangan DUN Perak yang bakal diadakan pada 7 Mei ini.

Manakala itu, Dato Seri Nizar pula cuba memohon untuk mendapatkan 9 orang panel hakim bagi mendengar kes ini. Menurut peguam Dato Seri Nizar, surat telah dihantar kepada setiausaha bagi Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki sejak Rabu lepas lagi untuk memohon panel hakim yang besar untuk mendengar kes ini.

Dato Seri Nizar juga akan mencabar Artikel 63 Undang-undang tubuh Negeri Perak. Menurutnya, artikel ini adalah tidak sah kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Dato Seri Nizar, pindaan Artikel 63 Undang-undang Tubuh Perak pada tahun 1996 adalah tidak sah. Artikel ini dipinda dalam Dewan Negeri Perak. Pada hakikatnya Dewan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk meminda artikel itu.

Selepas pindaan, artikel ini memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendengar isu-isu perlembagaan berkaitan dengan Negeri Perak. Pindaan ini sebenarnya bercanggah dengan Artikel 4(3) dan Artikel 4(4) Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu Dato Seri Nizar dengan tegas memohon supaya Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zamry untuk merujuk kes ini ke mahkamah tersebut.

Keputusan kes ini akan kita ketahui dalam beberapa jam lagi.

Thursday, April 16, 2009

Terkini: Kejadian Pelik Isu Speaker DUN Perak Vs Zambry dan 6 Exconya

Menghairankan!!!!

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Speaker DUN Perak tiada kuasa halang Zambry dan 6 Exconya.

Keputusan yang mengejutkan dan tidak pernah lagi terjadi dalam sejarah mana-mana negara DEMOKRASI, kuasa Speaker tidak boleh digunapakai olehnya terhadap ahli dewan....



Terdahulu

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN.

Perkara itu diputuskan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif.

Panel memutuskan perkara itu selepas mendapati tindakan Sivakumar menggantung Zambry daripada menghadiri sidang DUN selama 18 bulan dan 6 ADUN lain selama 12 bulan dilakukan tanpa mengikut kuasa yang betul.

Peguam yang mewakili Zambry, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata pihaknya berasa gembira dengan keputusan mahkamah pada hari ini kerana ini menunjukkan tidak ada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang yang diperuntukkan melalui Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan.

"Inilah masanya untuk terus kehadapan dan memastikan Perak akan ditadbir dengan baik dan persidangan DUN dapat diteruskan.

"Sekarang terpulang kepada Sultan Perak untuk memberi perkenaan bila sidang DUn tersebut akan diadakan," katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Sivakumar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya tidak mempunyai perancangan untuk melakukan semakan semula untuk keputusan tersebut dan akan melihat tindakan susulan yang boleh diambil.

Pada 18 Februari lalu, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan.

Berikutan itu, pada 2 Mac lalu, Zambry dan enam Exco itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang Dewan kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.

Zambry dan enam Exco terbabit juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.

Keenam-enam Exco itu ialah Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd. Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon.