Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Pilihanraya Sarawak 16 April. Ayuh Undi Pakatan Rakyat Sahaja

Kepada Rakyat Sarawak!!! Ubah sekarang !!! Undi calon Pakatan Rakyat !!!

Undi Calon Pakatan Rakyat !!!

Suara mereka suara RAKYAT Sarawak!!! JANGAN LUPA : Undi Pakatan Rakyat

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat !!!

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat

Vote 4 Change

Undi Pakatan Rakyat SAHAJA !!!

Tuesday, December 30, 2008

Pewaris Ganggu Ceramah Mansuhkan ISA Di Bandar Baru Bangi ~ malaysiakini


Inilah kerja Umno yang berselindung dengan nama PEWARIS ....
Bagi mereka Isu Ternak Babi lebih penting dari keZALIMan ISA..
Tahukah " Pewaris" ....
Kerajaan BN @ Umno lebih teruk perangai mereka dari BABI !!!


Marilah Bersama-sama jayakan "MANSUHKAN ISA" ....





BANGI: Ceramah perdana "Mansuhkan ISA" anjuran PAS dan Gerakan Mansuh ISA di sini malam tadi kecoh dan dicuri tumpuan oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang hadir untuk menyerahkan memorandum meminta parti Islam itu membantu usaha memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka.

Kekecohan berlaku apabila wakil penganjur menghalang anggota Pewaris memasuki stadium kerana mendakwa ia menjejaskan kelancaran program itu.

Kira-kira pukul 9.15 malam, selepas lebih 10 minit berunding, penganjur membenarkan hanya lima anggota Pewaris memasuki stadium itu bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Jurucakap polis ketika ditemui berkata, kumpulan berkenaan tidak dibenarkan masuk atas faktor keselamatan dan disebabkan kehadiran mereka tidak mempunyai permit.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun seterusnya menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ketika isteri salah seorang tahanan ISA, Norlaila Othman sedang berucap.

Pewaris, Gabungan Gerakan Melayu Muda (GGMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mewakili penduduk enam buah perkampungan di Melaka yang mahukan pemimpin PAS membantu mereka menyelesaikan masalah ternakan babi yang semakin berleluasa.

Kira-kira 30 anggota polis dari Ibu Polis Daerah Kajang berkawal di kawasan stadium bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata, penyerahan memorandum itu adalah bagi meminta pertolongan pemimpin PAS untuk menyelesaikan masalah babi di Melaka.

"Pewaris yang bertindak mewakili badan bukan Kerajaan (NGO) Islam, persatuan-persatuan seni, barisan dan organisasi budaya Melayu menentang sekeras-kerasnya ladang serta ternakan babi di Melaka khususnya di kawasan Masjid Tanah yang majoriti penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu," katanya.

Katanya, pelbagai saluran telah dilakukan gerakan itu bagi menyelesaikan masalah babi, namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan oleh kerana itulah mereka meminta bantuan PAS sebagai jalan terakhir.

Ceramah perdana "Mansuhkan ISA" diteruskan pukul 9.30 malam dengan ucapan Mohamad Sabu dan Salahuddin serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, pihaknya akan mengadakan perhimpunan besar-besar ala BERSIH pada Mac depan untuk menggesa kerajaan memansuhkan ISA.

Kira-kira 2,000 orang menghadiri ceramah itu.
mstar.

Tuesday, December 23, 2008

102 Syarikat Beri Skim Pemisah Sukarela ~malaysiakini

Keadaan ekonomi Malaysia semakin 'kronik'!!!

Kira-kira 102 syarikat telah memohon kepada Jabatan Buruh untuk memberhentikan 4,749 pekerja dalam tempoh 3 bulan, mulai Januari 2009.

Angka yang membimbangkan dan mungkin akan terus bertambah pada dalam tempoh 6 bulan tahun 2009 !!!

Majikan yang bercadang memberhentikan pekerja, memotong gaji atau menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) perlu memberitahu Jabatan Tenaga Kerja (JTK) 30 hari lebih awal.

Bernama melaporkan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata kementeriannya akan memastikan syarikat-syarikat membayar pampasan sewajarnya kepada pekerja yang diberhentikan iaitu gaji 10 hari bagi yang bekerja kurang dari dua tahun; 15 hari gaji bagi yang bekerja dua hingga lima tahun; dan 20 hari kerja bagi yang lebih dari lima tahun.

Majikan yang bercadang memberhentikan pekerja, memotong gaji atau menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) perlu memberitahu Jabatan Tenaga Kerja (JTK) 30 hari lebih awal.

Kebanyakan pekerja yang akan diberhentikan adalah dari sektor elektronik.




Lagi Demonstrasi Jalanan Babit Remaja Bawah Umur ~malaysiakini

Photobucket



Tindakan kumpulan yang sering menganjur demonstrasi jalanan, turut membabitkan kumpulan remaja bawah umur, bukan sahaja akan memburukan nama negara di mata dunia, tetapi juga akan mewujudkan generasi yang memberontak, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.


Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan terhadap ibu bapa kepada 28 remaja bawah umur yang memberikan kebenaran kepada anak mereka untuk menyertai kempen berbasikal 'Rakyat Pengayuh Perubahan' anjuran pertubuhan tidak berdaftar Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit).

Musa berkata, dengan sentiasa berdemonstrasi, mereka dengan terang mencabar undang-undang negara dan menunjukkan sikap hipokrit mereka yang kononnya memperjuangkan demokrasi, tetapi mereka sendiri tidak mengikut lunas-lunas demokrasi itu.

"Apabila taksub sangat dengan demonstrasi, ia bukan lagi demonstrasi, tetapi 'demo crazy'!!!

http://pinkturtle2.wordpress.com/

Friday, December 19, 2008

malaysiakini~MB Selangor Kecewa Dengan Sikap JKR


JKR nampaknya nak cover kroni2 BN @ Umno @ Wak Toyo...
nak sembunyi buat apa laporan ni..
semua orang sudah tahu buaya besar projek Bukit Antarabangsa ni.



LAPORAN TANAH RUNTUH TIDAK DI TERIMA

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menerusi Dato’ Menteri Besar pada hari Ahad lepas telah mengadakan dua sessi dialog bersama dua kumpulan wakil penduduk Bukit Antarabangsa yang mengalami peristiwa tanah runtuh dua minggu lalu. Sewaktu kedua-dua dialog itu berlangsung, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyatakan persetujuannya untuk memberikan laporan geo-teknikal dan laporan siasatan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) kepada kerajaan Negeri Selangor. Ini adalah untuk membolehkan Dato’ Menteri Besar membuat pengumuman tentang status keselamatan lima kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa dan seterusnya langkah-langkah yang patut diambil oleh Kerajaan Negeri

Namun demikian, JKR hari ini memaklumkan bahawa laporan-laporan yang berkenaan tidak akan di serahkan kepada Kerajaan Negeri. Keputusan ini amat mengelirukan dan dikesali kerana ini akan menyulitkan lagi usaha Kerajaan Negeri bagi membuat keputusan dalam menentukan nasib mangsa kejadian tanah runtuh dengan secepat mungkin.

Umum sudah tahu, hal-hal pengurusan tanah adalah terletak dibawah kuasa Kerajaan Negeri. Oleh itu membelakangkan pihak kerajaan Negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh. Adalah diharap, agensi-agensi kerajaan bersikap lebih professional dalam mengendali perihal tragedi ini.

Walaubagaimanapun, Dato’ Menteri Besar akan mengumumkan langkah-langkah yang perlu diambil sebaik sahaja menerima laporan tersebut dan bersedia untuk mengunapakai setiap kaedah yang dirasakan perlu serta terus memantau keadaan kawasan tanah runtuh dan memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri dan semua agensi-agensi yang terlibat akan meneruskan usaha supaya nasib mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh akan terbela.


SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Thursday, December 18, 2008

malaysiakini~Jerit Di Parlimen Hari Ini Serah Memorandum

Kegigihan dan keyakinan anak-anak muda, kumpulan berbasikal Jerit di Taman Medan semalam, rakyat tentunya berasa penuh harapan bahawa negara akan diwarisi oleh para pemimpin masa depan yang sensitif jiwa dan pemikiran mereka mengenai hal-ehwal rakyat.

Sejak usia muda lagi telah diselubungi erti perjuangan dan memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Taman Medan, Haniza Talha telah merakamkan rasa terharu beliau melihat dihadapan beliau para remaja dan belia yang mendokong aspirasi rakyat.

''Rakyat merasa bangga dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas pengorbanan dan keperihatinan anda sekelian! Syabas kerana ketabahan dan keberanaian, walaupun mengahadapi berbagai rintangan hingga ke hari ini,” katanya.

Seramai 120 orang pengayuh telah meneruskan perjalanan dari Shah Alam, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, dengan disaksikan oleh Menteri besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Mereka telah tidak dibenarkan oleh Ketua Polis Negeri Selangor untuk mengayuh basikal masing-masing untuk meneruskan perjalanan ke Taman Medan sebelum menuju ke Parlimen hari ini, Khamis 18 Disember, 2008.

Basikal-basikal mereka telah diangkut dalam sebuah lori. Kesemua para pengayuh telah menaiki bas dan motokar untuk sampai ke destinasi, Pusat Khidmat Rakyat, Taman Medan. Mereka telah disambut oleh Ahli Parlimen PJ Selatan, Hee Loy San, Adun Taman Medan , Haniza Talha, dan Pemangku Ketua Bahagian Taman Medan, Sharifuddin Budin.

Rombongan Jerit telah diketuai oleh Saraswathy dengan dibantu oleh Choo Chong Kai dan D. Letchimy. Para pengayuh Jerit telah datang dari seluruh pelusuk negara dengan hasrat menyampai tuntutan rakyat terhadap enam perkara yang menjadi kepentingan dan keperluan asas rakyat:

1. Gubal akta gaji minima

2. Mansuhkan ISA

3. Perumahan selesa untuk rakyat

4. Kawal harga barangan

5. Pulihkan pilihanraya Majlis Tempatan

6. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas.

Pakatan Rakyat menyokong sepenuhnya perjuangan dan tuntutan tersebut. Ia sebenarnya hanya merupakan sebahagian dari hak-hak dan keistimewaan yang wajar dipenuhi oleh sebarang kerajaan yang berjiwa rakyat dan tulus dalam pengagihan khazanah negara kepada rakyat dan mendokong pemerintahan yang adil.

SuaraKeadilan



Semalam, seramai 120 peserta kempen ‘Rakyat Pengayuh Perubahan’ menyerahkan satu memorandum mengandungi enam tuntutan kepada Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Rombongan peserta yang mengayuh basikal serta memakai kemeja-t berwarna merah sebelum itu bertolak dari Taman Pertanian Malaysia di Shah Alam pada jam 11.30 pagi dan tiba di Bangunan SUK pada jam 1.05 petang.

Hari ini, kumpulan berkenaan akan tiba di Parlimen kira-kira jam 11 pagi bagi menamatkan ekspedisi mereka.

Oleh yang demikian, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Jerit yang disokong oleh 21 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa pihak polis supaya jangan “mengganggu atau menahan” kempen ini.

Ketika membuat gesaan tersebut, mereka menuntut supaya Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan supaya segera berhenti mengganggu peserta kempen tersebut.

“Menteri berkenaan dan polis mesti menjamin kebebasan dan keselamatan peserta untuk menyerahkan memorandum menuntut perubahan institusi dan dasar kepada Perdana Menteri, Abdullah Badawi dan Ketua Pembangkang,i Anwar Ibrahim ,” kata mereka dalam satu kenyataan semalam.

Wednesday, December 17, 2008

malaysiakini~Jerit Serah Memorandum Kepada MB Selangor

Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) yang menganjurkan kempen "Rakyat Pengayuh Perpaduan" ke seluruh negara menyerahkan Memorandum mereka kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Tahniah kepada semua yang menjayakan 'Jerit'

Tahniah kepada Menteri Besar yang sudi menerima Memorandum

Tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat...

Dukacita kepada Kerajaan BN kerana gagal menjaga HATI RAKYAT !!!






Saturday, December 13, 2008

Kenaikan Tarif Air 37peratus oleh Syabas Bakal Bebankan Rakyat~malaysiakini



Kerana hasad dengki Umno & BN, Rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa kerakusan mereka.

1.5 juta pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berdepan dengan kenaikan tarif air sebanyak 37% jika Kerajaan Selangor tidak menyerahkan aset perkhidmatan airnya kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Mac 2009.

Syabas dan dalang mereka (Umno) terus menerus menekan kerajaan Negeri Selangor dalam usaha mereka untuk menaikkan kadar air pada peringkat awal pemerintah Pakatan Rakyat terpaksa diserap perbelanjaan tersebut demi untuk memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu.





Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor memberi jaminan tiada langsung kenaikan tarif air di kawasan-kawasan tersebut pada tahun depan sekiranya aset itu diserahkan.

Menurut Datuk Shaziman Abu Mansor, perjanjian konsesi antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan Syabas selama 30 tahun iaitu diantara 1 Jan 2005 hingga 31 Dis 2034 boleh dibatalkan dan tarif air boleh distrukturkan semula setelah penyerahan aset itu.

Beliau berkata, aset perkhidmatan air Selangor bernilai RM5.5 bilion termasuk paip utama, loji rawatan serta kawasan tadahan air dan aset itu adalah milik kerajaan Selangor dan empat pemegang konsesi air di negeri itu iaitu Syabas, Puncak Niaga, Splash dan Abas.

Penyerahan aset perkhidmatan air Selangor kepada PAAB di bawah Kementerian Kewangan, bertujuan meringankan beban kewangan pengurusan air di Selangor yang turut membekalkan airnya kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya. Shaziman berkata, masalah beban kewangan itu dapat dikurangkan kerana PAAB akan mengambil alih pengurusan aset termasuk bebanan hutang mereka melalui perpindahan aset itu dan kemudian menyewakannya semula kepada Kerajaan Selangor dan pemegang konsesinya pada kadar yang rendah.

Beliau menjelaskan, PAAB boleh mengambil risiko tersebut kerana kadar faedah pinjaman Kerajaan Persekutuan yang rendah dan tempoh bayar balik pinjaman yang fleksibel berbanding dengan kerajaan negeri yang terpaksa membuat pinjaman bank bagi menguruskan aset perkhidmatan air mereka.

Mengikut perjanjian konsesi itu, tarif air di ketiga-tiga kawasan itu sepatutnya dinaikkan sebanyak 37 peratus pada 1 Jan 2009.

Bagaimanapun, Kerajaan Pusat bersetuju untuk memberi kelonggaran sehingga 31 Mac tahun depan untuk membolehkan kerajaan Selangor menyerahkan aset tersebut kepada PAAB.

Jika tidak, Kerajaan Persekutuan tiada pilihan dan terpaksa memenuhi hak Syabas untuk mendapatkan kenaikan tarif itu seperti termaktub dalam perjanjian konsesi.

"Jika tidak, faham-faham sahajalah...kena kurangkan mandi," katanya secara berseloroh.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan Selangor belum menyerahkan aset perkhidmatan airnya kerana ia mahu menstruktur semula tarif airnya terlebih dahulu.

Shaziman berkata, mengikut pengiraan Jabatan Audit Negara, Syabas berhak mendapat kenaikan tarif sebanyak 30 peratus walaupun perjanjian menyatakan 37 peratus kerana syarikat itu telah memenuhi hampir semua syarat untuk menaikkan tarif.

Menteri itu berkata, Melaka akan menjadi negeri pertama menyerahkan aset perkhidmatan airnya kepada PAAB apabila mereka menandatangani perjanjian mengenainya pada 17 Dis ini dan kesannya tiada kenaikan tarif air di Melaka tahun depan.

"Negeri lain juga boleh menikmati jaminan tiada kenaikan tarif air tahun depan jika turut berbuat demikina," katanya. BERNAMA

Tuesday, December 2, 2008

malaysiakini~Minyak Turun 10sen lagi mulai 3 Disember 2008



Fuel prices reduced by 10 sen


KUALA LUMPUR: The retail price of petrol and diesel will be reduced by 10 sen a litre each effective Wednesday, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has announced.

The price of petrol RON97 will be reduced from RM2.00 a litre to RM1.90, RON92 petrol to RM1.80 from RM1.90 and diesel to RM1.80 from RM1.90.





Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Katanya, keputusan untuk menurunkan lagi harga minyak dibuat ekoran harga minyak dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.

Perdana menteri berkata, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.

Kali ini kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berbanding 15 sen sebelum ini.

malaysiakini~Gambar Lawatan MB Selangor di Tanah Runtuh Ulu Yam

Al-fatihah untuk kedua-dua mereka dan takziah untuk keluarga mangsa daripada Blog Rakyat4Rakyat. Semoga Saudara Roslan Mohd Jani Sekeluarga lebih tabah dan bersabar atas dugaan ini.


Roslan Mohd Jani (mangsa) menceritakan pengalamannya kepada Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim berhubung dengan kejadian yang menimpa diri serta keluarganya di Kediaman adiknya.



Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim berbincang mengenai keadaan stuktur tanah dikawasan kejadian bersama Ketua Jabatan, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Tuan Nor Hisham Ahmad Dahlan.




Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim meneruni laluan sementara (cross road) yang dibuat untuk sampai kerumah mangsa tanah runtuh, selepas melihat kawasan kejadian.




Dua beradik maut tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah yang meranapkan sebuah banglo setingkat di Lot 110, Jalan Belida 1, Seksyen 13, Ulu Yam Perdana, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, Nur Athirah Roslan, 16, dan adiknya, Nur Intan Shareena, 9, sedang tidur di bilik mereka di bahagian belakang rumah, ketika cerun setinggi 30 meter dan lebih 300 meter panjang menggelungsur lalu menimbus sebahagian besar rumah mereka.

Ibu bapa mangsa, Roslan Mohd Jani, 49, yang bertugas sebagai juruterbang Firefly dan Azizah Madun, 42, serta tiga lagi anak mereka, Norman Afiq, 4; Anis Afina, 6, dan Nurlisa Azeera, 8, bagaimanapun selamat selepas berjaya keluar melalui lubang di bumbung.

Monday, December 1, 2008

malaysiakini~Minyak Turun 15sen lagi

TURUNKAN HARGA MINYAK SEGERA!!!
TURUNKAN HARGA BARANG KEPERLUAN SEGERA!!!


Mesyuarat mekanisme harga minyak bermula pagi tadi

KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bermesyuarat hari ini bagi membincangkan mekanisme penentuan harga minyak sama ada menetapkan satu harga lantai atau diapungkan mengikut harga mentah dunia.


Mesyuarat yang bermula pada jam 9:30 pagi tadi dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, MTEN akan bermesyuarat bagi memutuskan mekanisme yang lebih sahih dan stabil bagi menentukan harga petrol.

Shahrir berkata, majlis itu juga akan melihat kepada 'pro dan kontra' setiap mekanisme, dari segi kelebihan-kelebihan kepada orang ramai secara lebih luas, sumbangan kepada kerajaan simpanan kerajaan dan kesan perkembangan sumber tenaga alternatif.

Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi awal bulan ini, menjadikan harga petrol di pasaran turun daripada RM2 kepada RM1.85 sen seliter.

Pada 17 November lepas, Najib mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 sen kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 sen kepada RM1.90 seliter[mstar]

Jalan Baru ke Putrajaya ~malaysiakini

Photobucket

Dato' Seri Anwar Ibrahim telah memilih Sarawak sebagai usaha terbaru menjadikan 'Projek 16 September' menukar Kerajaan Persekutuan sebagai satu kenyataan.

Kata DS Anwar "Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," ini berikutan rintihan dan kemahuan rakyat di Sarawak yang sangat inginkan perubahan.

DS Anwar juga berkata,"harapan seluruh rakyat masih tinggi untuk melihat perubahan dalam kepimpinan politik negara dan Saya percaya harapan kita masih tinggi kerana kita janjikan perubahan walaupun perubahan ini masih belum capai sepenuhnya.

"Harus ingat, perubahan ini bukan untuk politik peribadi tetapi untuk tegakkan satu sistem yang bebas," katanya lagi.

Tegas beliau walaupun perubahan kuasa masih belum berlaku pada 16 September namun semangat perjuangan yang diperjuangkan rakyat tidak akan tergugat walaupun menghadapi cabaran dari pelbagai pihak.

Sehubungan itu, Anwar berharap orang ramai perlulah bersabar. Beliau mengakui terdapat ahli-ahli KeADILan dan rakyat yang ragu-ragu dan tertanya-tanya bilakah beliau akan membentuk kerajaan baru dan berada di Putrajaya.

"Jika Allah mentakdirkan kita menang, kita menang. Saya yakin, insya-Allah sebagaimana mana saya yakin sebelum 8 Mac," katanya.

Beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-12, Anwar membuat kejutan dalam ceramahnya di Singapura apabila mendedahkan lima negeri akan ke tangan gabungan pembangkang.