Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Pilihanraya Sarawak 16 April. Ayuh Undi Pakatan Rakyat Sahaja

Kepada Rakyat Sarawak!!! Ubah sekarang !!! Undi calon Pakatan Rakyat !!!

Undi Calon Pakatan Rakyat !!!

Suara mereka suara RAKYAT Sarawak!!! JANGAN LUPA : Undi Pakatan Rakyat

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat !!!

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat

Vote 4 Change

Undi Pakatan Rakyat SAHAJA !!!

Wednesday, December 15, 2010

3 MP Bakal Digantung Dewan 6 bulan


KUALA LUMPUR, 15 Dis — Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat pembangkang atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Usul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz itu mencadangkan supaya tiga anggota Parlimen itu iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) digantung enam bulan daripada tugas atas beberapa kesalahan.

Menurut usul itu, Karpal dan Sivarasa yang merupakan anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen didapati menghina dewan kerana telah membuat kenyataan di luar Dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa mesyuarat pada 3 Disember 2010.

Karpal dan Sivarasa dikatakan telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Berdasarkan usul itu juga Azmin, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010.

Tindakan ketiga-tiga anggota Parlimen itu adalah satu perbuatan menghina dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai anggota Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan, demikian menurut usul berkenaan.

Usul yang dikemukakan itu mempunyai kaitan dengan keputusan kerajaan untuk merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kenyataannya untuk mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Jawatankuasa berkenaan semalam telah mengemukakan syor supaya Anwar digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana didapati membuat kenyataan tidak benar. — Bernama

R4R


Baik gantung semua MP Pakatan Rakyat senang Barisan Najis nak kerja kat dewan!!!

PRU akan datang biar RAKYAT gantung BN @UMNO / MIC / MCA lak...

Saturday, December 4, 2010

Hapuskan Penyamun Ketuanan Rakyat


Subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, Gas Cecair Petroleum (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai hari ini.

Berikutan penyelarasan jumlah subsidi itu, harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram.

Friday, December 3, 2010

Harga Petrol RON 95 dan Gula NAIK mulai esok?



Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi - dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini.

Kenaikan kali ini juga dikatakan membabitkan petrol RON 95 dan RON 97.

Harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai kelmarin.

Kenaikan RON 97 kelmarin adalah ekoran perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Pengumuman rasmi dijadual untuk dibuat petang ini.

“Saya jangkakan kerajaan akan mengumumkan harga petang ini... kenaikan dijangka dalam sekitar 10 hingga 15 sen dan difahamkan, kadar baru ini kuat kuasa mulai esok,” kata sumber industri kepada The Malaysian Insider.

“Kami diumumkan perubahan ini baru-baru ini,” kata sumber itu lagi.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini.

Katanya, angkah tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor.

Pada masa ini harga diesel bersubsidi mengikut sektor ialah di pam minyak RM1.75, pengangkutan RM1.45, nelayan RM1.25 manakala industri RM2.05.

Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama.

Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal.

Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.(minsider)


R4R

Kah..kah..kah... Tahniah kepada ketuanan meLAYU...

Inilah hadiah untuk mereka yang menyokong lambang Dacing & umNOk...


Thursday, November 25, 2010

Kejayaan Boikot Media: Utusan Melayu(M'sia) Kerugian 10juta

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan kumpulan media itu telah merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Untuk suku ketiga berakhir 30 September 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, pendapatan mengukuh kepada RM89.540 juta dalam tempoh bawah kajian daripada RM89.530 juta sebelumnya.

Utusan berkata, saingan yang sengit untuk perbelanjaan pemasaran pengiklanan, bukan hanya di kalangan media cetak, tetapi juga di kalangan semua saluran media telah menjejaskan prestasi kumpulan untuk tempoh di bawah kajian.

Faktor itu akan kekal sebagai cabaran kepada kumpulan berkenaan untuk baki tempoh 2010, katanya.

"Bagaimananpun, pertumbuhan positif yang dijangkakan untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini dan tahun depan diunjurkan dapat merangsangkan perbelanjaan pengiklanan dan menyediakan peluang untuk kumpulan meningkatkan pendapatan pengiklanannya," kata kenyataan itu lagi.


R4R

Tahniah kepada semua rakan2 yang menjayakan Boikot Media UMNOK

Utusan Meloya masih tak mahu mengaku mereka rugi disebabkan kejayaan Boikot Media Arus Perdana...

Teruskan BOIKOT Media UMNOK !!!


Wednesday, November 24, 2010

Kes DS Anwar : Kerana Bahasa Keadilan Gagal Ditegakkan

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak bantahan yang dikemukakan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar satu keputusan mahkamah yang dibuat dalam bahasa Inggeris pada tahun 2006.

Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri. Menurut beliau mahkamah mempunyai kuasa yang luas sama ada untuk mengemukakan keputusan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Beliau bagaiamanpun berkata pihaknya memandang serius penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.

Hakim Arifin merujuk pekeliling yang dikkeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang mana beliau berkata sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Anwar kelihatan agak geram dengan penghakiman hari ini.

Sehubungan dengan penghakiman hari ini, Anwar juga diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000, meskipun peguam Mahathir - VK Lingam memohon RM100,000.

"Dia (Lingam) adalah seorang jutawan. Saya kalah kes ini. Ini adalah peguam Mahathir, jadi macam mana boleh kita menang?” katanya di luar mahkamah.

Peguamnya, Karpal Singh berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan.

malaysiakini


R4R

Korek..korek...korek...
Biarkan...biarkan.....
Jangan lupa TDM...
kat dunia ni TDM mungkin terlepas...
Diakhirat nanti Allah tak tanya pasal bahasa bila diadili !!!

Tuesday, November 23, 2010

DS Anwar: Nafi Akses Nota Klinikal, Hakim Tidak Adil Harus Digugurkan

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mahu hakim yang mendengar kes liwat keduanya digugurkan ekoran keputusan semalam menafikan beliau akses kepada nota-nota klinikal disediakan tiga doktor Kuala Lumpur (HKL).

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semalam memutuskan pasukan pembela telah gagal mengemukakan sebab mengapa mahkamah harus membenarkan Anwar akses kepada nota-nota klinikal.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh hari ini mendakwa bahawa keputusan hakim telah tersalah tafsir satu keputusan Mahkamah Agung pada 1993 bahawa mahkamah-mahkamah tertakuluk kepada keputusan di mana saksi mesti disediakan dengan kesemua data yang dijadikan asas maklumat.

“Bukti lisan oleh saksi (hanyalah) makluman. Sebarang pandangan tanpa dinyatakan sebab tiada nilai,” kata Karpal.

Justeru, Karpal memita Mohd Zabidin agar memfokus pada Seksyen 45 Akta Keterangan bahawa bukti mesti dikemukakan untuk menyokong keterangan seseorang saksi.

“Saya minta yang arif agar mempertimbangkan Seksyen 45... saya menjangkakan apabila saksi ketiga disoal, dia akan diprogramkan seperti saksi yang ketiga,” kata Karpal.

Hakim bagaimanapun berkata Seksyen 45 hanya untuk ‘dapat diterima” pandangan, tidak lebih daripada itu.

Dengan itu, beliau menolak perminataan Karpal agar prosiding ditangguhkan bagi mereka memfailkan permohonan.

Permohonan itu akan difailkan pagi esok.

minsider

Monday, November 22, 2010

Timbalan Presiden PKR : Sah milik Azmin Ali

Seperti yang dijangkakan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berjaya menewaskan pencabarnya dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu dengan majoriti besar selepas proses pengundian rasmi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berakhir Ahad.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh, Azmin mendapat 19,212 undi berbanding pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub yang hanya mendapat 4,567 undi.

Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan, lapor Malaysiakini.

Begitu juga dalam persaingan nombor tiga parti apabila dimenangi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Selain anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, turut memenangi jawatan sama ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman.

Berikut jumlah undi yang diterima mereka: Nurul Izzah (13,170), Tian Chua (11,460), Fuziah (8,891), Mansor (8,477), Dr. Xavier Jayakumar (6,984), N. Gobalakrishnan (6,721) dan Yahya Sahri (6,436).

Keputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya minggu depan.

PRU 13: April 2011

Pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) dijangka akan diadakan pada April 2011 serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Inilah ramalan paling hangat yang dibuat sekarang ekoran keaktifan politik dan rasa keyakinan BN ekoran kemenangan berganda mereka di Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dun Galas, Kelantan baru-baru ini.

Semalam, Bendahari PKR, William Leong ketika berucap dalam satu majlis dekat sini juga turut meramalkan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan April tahun depan.

"Pilihan raya umum ke-13 dijangka April tahun depan. BN nampaknya bersedia ke arah itu," katanya yang juga anggota Parlimen Selayang.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan rakyat anjuran PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri di Puteri Central Park tengahari semalam.

Baginya, Pakatan Rakyat perlu bersedia setiap hari untuk menghadapi pilihan raya umum mulai sekarang.


Friday, April 16, 2010

DS Anwar Ibrahim sekeluarga dalam bahaya

Thursday, April 15, 2010

PRK P94: Bodohnya Ketua Pemuda Umno

Ketua Pemuda Umno@Apco terus menunjukkan kebodohannya dalam menjelaskan sumber maklumat yang beliau terima mengenai hubungan Dato Zaid Ibrahim dan Azmin ketika ini..

ada ke patut Kera Jantan mengatakan pendedahannya itu adalah berdasarkan khabar angin yang diterima oleh penduduk tempatan Hulu Selangor...

KHABAR ANGIN......... hahahaha

dari: malaysiakini

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terus mendakwa bahawa ada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kurang senang dengan keputusan pucuk pimpinan memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya Hulu Selangor.


"Ada yang tidak senang dengan pemilihan Zaid, antara mereka (naib presiden) Azmin Ali dan (Ketua Pemuda PKR) Shamsul Iskandar," kata Khairy pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Khairy (kiri), Azmin juga kuathir dengan peranan lebih besar yang bakal dimainkan oleh Zaid sekiranya dia dilantik sebagai MP.

"Laporan Reuters memetik bahawa Zaid akan menggantikan Anwar. Jika dia menang pilihan raya kecil itu, dia akan duduk bersebelahan dengan Anwar. Mana Azmin nak pergi?

"Saya menjangkakan Azmin akan terguris dan sedih dengan perkembangan ini. Sebab itu mungkin saya lihat semasa di parlimen semalam dia agak sedih,” dakwa Khairy.


Mengenai Shamsul, Khairy berkata laporan The Star memetik bahawa pemimpin akar umbi PKR kecewa berhubung pemilihan Zaid.

Sejak akhir-akhir ini, Khairy, bersama Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Exco Pemuda Umno, Abdul Rahman Dahlan, mendakwa di halaman Twitter masing-masing bahawa pemilihan Zaid menyebabkan keretakan di PKR.

Diminta bukti bagi dakwaannya itu, Khairy berkata pendedahannya itu berdasarkan khabar angin yang diterima oleh penduduk tempatan Hulu Selangor.

"Ini adalah apa yang kami dengar. Kami menerima laporan daripada penduduk tempatan yang tidak berpuas hati,” katanya

Tuesday, April 6, 2010

DS Anwar Bongkar Penglibatan Israel Dalam PDRM

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).


Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.

Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

from:malaysiakini

Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

"Tak iktiraf israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam," katanya.

Thursday, April 1, 2010

DS Anwar Bakal Digantung Dewan Rakyat

Bodoh betul undang-undang yang ada...

Malang sungguh DS Anwar Ibrahim...Didakwa oleh UMNO, dan seterusnya dihakimi oleh UMNO...

Mangsanya mereka yang berani dan sanggup menentang kejahatan UMNO/BN !!!


Anwar diheret ke JK hak dan kebebasan Parlimen berhubung dengan dakwaan ketua umum PKR itu yang 1Malaysia adalah diciplak daripada 'One Israel' di Dewan Rakyat.

Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen untuk jangka masa yang ditetapkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata kerajaan akan mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa mengenai hak dan kebebasan Parlimen.

"Kerajaan mengambil keputusan membentangkan usul untuk membawa wakil Permatang Pauh ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengikut Peraturan 18(2)," katanya.

Menurut Nazri kerajaan telah mendengar penjelasan Anwar Selasa lalu dan memndapati hujah-hujahnya tidak mempunyai asas untuk menyokong dakwaannya.


Pada hari Selasa lalu Anwar menggunakan kesempatan itu untuk mendedahkan peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.

Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.

Apa-apa yang diluahkan oleh ahli parlimen ketika sidang Dewan Rakyat dilindungi oleh imuniti dan tiada tindakan yang boleh dikenakan, termasuk didakwa di mahkamah kecuali dihadapkan ke jawatankuasa khas itu.

Tuesday, March 23, 2010

Benarkah Tiada Pergeseran Antara KDN dan IGP

Tidak ada pergeseran antara Kementerian Dalam Negeri dan pasukan Polis Diraja Malaysia, dakwa menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Sebelum ini terdapat spekulasi hubungan kedua-dua pihak adalah tegang berikutan pendedahan Musa bahawa ada campurtangan pihak ketiga dalam PDRM.


Soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP- Rasah) yang meminta penjelasan mengapa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan beliau memilih meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing di media daripada berkomunikasi sesama mereka.


Hishamuddin dalam jawapannya juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa hubungan mereka adalah “baik” dan Musa membuat pendedahan itu di media kerana beliau ditanya isu berkenaan ketika wawancara.

Ahad lalu, Musa dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia mendakwa ada pihak memberi tekanan kepada pasukan polis, sama ada daripada pihak politik atau orang-orang tertentu.

Dalam laporan itu, Musa mendedahkan pihak berkenaan cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

Monday, March 8, 2010

Pemecatan DS Anwar Ibrahim Sah - Mahkamah Persekutuan

Keputusan yang baru diterima hari ini oleh DS Anwar Ibrahim terus menunjukkan trend mahkamah lebih memihak kepada Kerajaan BN UMNO....

Hakim-hakim mahkamah persekutuan dilihat sukar menerima hujuh-hujuh yang bernas daripada peguam DS Anwar Ibrahim.


Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 2 September 1998 adalah sah.

Keputusan itu dicapai sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff berkata Yang di-Pertuan Agong, sebagai monarki raja berpelembagaan akan bertindak atas nasihat perdana menteri dan kabinet bagi membatalkan pelantikan berkenaan.

Menurut Alauddin, hakim tidak sangsi bahawa perdana menteri telah menasihatkan yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan pelantikan Anwar.

malaysiakini.com

Sunday, March 7, 2010

Polis Gempur Majlis Pakatan Rakyat

GEMPAR !!! Polis gempur Majlis Konvensyen 2 Tahun Pakatan Rakyat. Polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan dikerah menggempur majlis tersebut. Adakah ini satu lagi agenda Polis dan BN..... Kenapa Polis terus membenci pemimpin Pakatan Rakyat....

Dalam kejadian 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan Pakatan Rakyat terkejut dengan keganasan ini ...

Kekecohan berlaku apabila polis cuba menyuraikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua, Pakatan Rakyat di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Lebih seribu penyokong yang menghadiri upacara berkenaan berang dan melaungkan slogan 'reformasi' sambil bertakbir. Beberapa penyokong juga mencerca polis yang cuba mengaggalkan ceramah yang sedang mereka ikuti.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir ialah Menteri Besar, Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan naib presiden PAS, Mahfuz Omar.

Turut dijadualkan berucap pada malam ini ialah Ketua Umum, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun beliau dilaporkan masih belum tiba.

Lebih 20 anggota polis bersama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba kira-kira jam 9.00 malam dan terus menyerbu pentas ceramah ketika naib presiden PKR, azmin Ali sedang berucap.

Apabila melihat kehadiran polis, Azmin tidak membuang masa dan terus 'menyapa' mereka.

"Tempat yang kita kumpul malam ini dimiliki oleh kerajaan Selangor, bukannya Umno ataupun (Datin Seri) Rosmah Mansor. Ini tanah persendirian, pemiliknya adalah MB (Tan Sri) Khalid Ibrahim.

"Kita kumpul sini dgn aman, Umno jgn takut rakyat, polis marilah berkawan dgn rakyat," katanya.

Ceramahnya kemudian ditangguhkan ketika jawatankuasa "Majlis Ulangtahun Pakatan Rakyat' berbincang dengan pihak polis.

Pada masa yang sama dua truk FRU yang dilengkapi meriam air juga kelihatan berada di Kelab Sultan Sulaiman ini.

Selepas perbincangan kira-kira 15 minit, ceramah berkenaan dibenarkan diteruskan tetapi orang ramai diminta berpindah ke dalam bangunan kelab.

Pasukan polis dilaporkan terus berada di sekitar kawasan bagi memantau keadaan.

Azmin kemudiannya meneruskan ceramahnya di sebuah bilik yang sesak dengan penyokong Pakatan Rakyat.

Kira-kira jam 10.25 malam, Anwar tiba bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah.

Ketika ceramahnya Azmin mendakwa "tadi ada beberapa pemimpin dibelasah oleh polis". - Malaysiakini

Saturday, March 6, 2010

Yahoooo.. Zul Kulim di Pecat....

Zulkifli Noordin, ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu di PECAT daripada menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat.

Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah. -malaysiakini

Tuesday, January 26, 2010

Laporan Palsu dari Bilik Berita TV3 dan TV9 berkaitan DS Nizar

Ipoh,26 Januari-oleh Ustaz Misbahul Munir .

YB Hj Nizar telah meminta saya menghubungi peguam Hanipa Maidin bagi membincangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya yang terpalit akibat dakwaan TV3 DAN TV 9 kononnya Pegawai Khasnya telah ditahan oleh SPRM.

Para bloggers UMNO BN telah memainkan isu ini dan mendakwa kononnya Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO BNlah yang mengatur konspirasi ini menjelang keputusan Mahkamah Federal 9hb Februari ini.

Kalau itulah yang didakwa UMNO BN, memang sungguh BN UMNOlah perencana konspirasi ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun Pegawai Khas Hj Nizar yang ditahan oleh SPRM, mereka ada di Ipoh, di Pasir Panjang dan di Bukit Gantang.

Bekas Pegawai Khas YB Hj Nizar di pejabat MB dulu ada tiga orang, En. Amran, Muhammad K.Y Tiang dan Nadarajah. Pegawai Khasnya yang masih bertugas dengan beliau di Pasir Panjang En Hamidon, manakala Pegawai Khasnya di Bukit Gantang, En Saharuddin, En Fadzil dan En Zainuddin dan En Bashir. Semuanya dilantik oleh YB Dato' Seri Hj Nizar.

Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditahan, direman atau dihubungi oleh pihak SPRM. Jadi dakwaan tersebut adalah karut dan berniat jahat.

YB Dato' Seri Hj Nizar melalui peguamnya Hanipa Maidin dijangka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 dan TV9 bagi membersihkan namanya dan juga nama pegawai-pegawai khasnya.

Dari Rakyat Untuk Rakyat

Album: Dari Rakyat Untuk Rakyat
This Clips video from Malaysian singer-songwriter Meor Yusof Aziddin's a new album "Dari Rakyat Untuk Rakyat [2009]".
Untuk membeli album, hubungi 012-5901798