Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Monday, November 22, 2010

Timbalan Presiden PKR : Sah milik Azmin Ali

Seperti yang dijangkakan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berjaya menewaskan pencabarnya dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu dengan majoriti besar selepas proses pengundian rasmi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berakhir Ahad.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh, Azmin mendapat 19,212 undi berbanding pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub yang hanya mendapat 4,567 undi.

Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan, lapor Malaysiakini.

Begitu juga dalam persaingan nombor tiga parti apabila dimenangi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Selain anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, turut memenangi jawatan sama ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman.

Berikut jumlah undi yang diterima mereka: Nurul Izzah (13,170), Tian Chua (11,460), Fuziah (8,891), Mansor (8,477), Dr. Xavier Jayakumar (6,984), N. Gobalakrishnan (6,721) dan Yahya Sahri (6,436).

Keputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya minggu depan.

0 comments: