Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Pilihanraya Sarawak 16 April. Ayuh Undi Pakatan Rakyat Sahaja

Kepada Rakyat Sarawak!!! Ubah sekarang !!! Undi calon Pakatan Rakyat !!!

Undi Calon Pakatan Rakyat !!!

Suara mereka suara RAKYAT Sarawak!!! JANGAN LUPA : Undi Pakatan Rakyat

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat !!!

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat

Vote 4 Change

Undi Pakatan Rakyat SAHAJA !!!

Saturday, August 30, 2008

Ulasan Bajet 2009

A.Apa kata Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim tentang Bajet 2009 yang telah dibentangkan oleh Pak Lahhhhhhhhhhh?
Sungguh mendukacita...



B.Apa kata Ceupacs berkenaan Bajet 2009?

Bajet 2009 :Begitu mengecewakan......

[nst]KUALA LUMPUR: Civil servants feel let down by the newly unveiled budget,
They felt that the bonus of one month's salary announced by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yesterday fell short of what the public sector expected.

Cuepacs deputy president Husain Mohd Yasin said civil servants were expecting to receive a bonus of 1 1/2 months' salary.

He added that Cuepacs was disappointed because there was no increase in the cost of living allowance (Cola) or the housing allowance for civil servants.

Husain also said the annual free return airfares between Peninsular Malaysia and Sabah and Sarawak only benefited those who were from the two states.
Workers in Peninsular Malaysia, he said, should also be given the same privilege, as they too had homes they wanted to go back to.

On the the extension of housing loans to 30 years, he said the pressing issue was not how long the loan was for, but what kind of interest rates were charged.

"All it means is that we will be paying the same interest rates for a longer period, which doesn't mean all that much to us.

"We hoped for a reduction of at least one per cent on the four per cent interest we are paying now," he added.

Husain said on the whole, the 2009 budget was "a disappointing one".


C.Apa kata Golongan Orang Kurang Upaya?

Bajet 2009: RM150 Alaun Untuk Golongan OKU 'TIDAK MENCUKUPI'

[nst]KUALA LUMPUR: The disabled have described Budget 2009 as "insulting" and "terrible".
They said the RM150 monthly allowance for those unable to work is a pittance.

Malaysian Animal-Assisted The-rapy for the Disabled and Elderly president Anthony Thanasayan said they had expected at least RM500 for all disabled people, irrespective of whether they were working.

"The amount is so little, you might as well not give it. Those bedridden and in wheelchairs require a lot of money for medical fees.

"A set of five bandages for pressure sores costs RM80 and it only lasts three days. How far will RM150 go?" Anthony asked.
Independent Living and Training Centre president Francis Siva said it was disheartening that the budget failed to address mobility issues.

He stressed that disabled people were not lazy and wanted to be independent but they were restricted by the lack of disabled-friendly infrastructure in the country.

"How will we earn a decent living and be independent if a chunk of our salary goes towards transport?"

Anthony and Francis, however, agreed that the government's multi-pronged approach to combat poverty was a good start.

Associate Professor Dr Sulochana Nair, who is also director for the Centre of Poverty and Development Studies, Universiti Malaya, said there must be a "means-tested methodology" of reaching out to the target groups.

"We must be able to trace the aid to ensure that it reaches the right people."

For Centre for Orang Asli Concerns coordinator Colin Nicholas, the issue is "leakage" during the disbursement process.

He said the allocated sum had in the past gone into improving infrastructure and administration and not enhancing the quality of life.

The government has allocated RM160 million in assistance to Orang Asli under Budget 2009.

For pensioner Wong King Voon, 61, the RM70 increase in his pension to RM720 is too small.

"What can you do with an extra RM70? And despite the exemption for electricity bills payments of RM20 or less, I would still have to pay my electricity bill of about RM100 a month."

D.Apa kata Pengusaha Bas?

Bajet 2009: Penurunan Cukai Jalan 'KECIL SANGAT'

KUALA LUMPUR: The government may have reduced the road tax fees for buses and taxis to just RM20, but operators are still unhappy.
Konsortium Transnasional Bhd (KTB) executive director Tengku Hasmadi Tengku Hashim said the reduction was "just a drop in the ocean" and does not really help bus operators.

"The impact is very small, it's peanuts. Every month, KTB spends RM3 million on diesel alone. This is apart from the subsidised diesel. So, a RM280 reduction does not help us."

Road tax for express buses cost RM300 previously.

Tengku Hasmadi said the government should instead look into the diesel quota subsidies which would be more beneficial than a reduction in road tax.
Taxi Operators Association chairman Datuk Aslah Abdullah said instead of reducing the road tax, the government should have just scrapped it.

"Why do we still have to pay road tax when the government has increased the price of petrol and diesel? They should just abolish road tax."

Pan Malaysian Bus Operators Association president Datuk Mohamad Ashfar Ali also touched on the road tax standardisation.

"The government needs to clarify this. Will the stage buses have to pay more now?"

Stage buses were previously charged RM2 for road tax.

However, all the key players in the public transport industry welcomed the proposed Public Land Transportation Commission, describing it as timely.

"The public has suffered for a long time. It's about time we have a proper commission to improve the public transport service," said Aslah.

He said there should be no further delay in implementing the commission.

"The government now realises that putting everything under the current 13 agencies does not work," said Ashfar.

On the RM3 billion soft loan, Ashfar hoped that Bank Pembangunan Malaysia Bhd would be lenient and would not impose stringent restrictions on bus operators.

Keretapi Tanah Melayu Bhd intercity services general manager Sarbini Tijan welcomed the move to provide efficient public transportation services which he said would benefit the low-income group.

Rangkaian Pengangkutan Intergrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) -ini syarikat anak beranak memang sokonglah si Lah tu.. - executive director Suffian Baharuddin appreciated the measures taken to develop new public transport infrastructure.

The Federation Of Malaysian Consumers Association chief executive officer Mohd Yusof Abdul Rahman lauded the government's focus in Klang Valley and Penang where traffic congestion was at a peak.



Apa Kata Anda?

101 East Al Jazeera- Anwar Comeback

In an exclusive interview after reclaiming his seat in parliament, Anwar Ibrahim talks to 101 East about how he plans to change 50 years of political consensus in Malaysia.

Part 1


Part 2

Pak Lah dah Mula Gerun

Pak Lah ..Hang dah mula gerun ya...

Dulu kata tak ada apa-apa... sekarang dah terketaq....

Siapa yang nak rampas kuasa daripada hang..

Hang masih lagi tak sedar atau masih lagi tertido..

yang hang dan sekutu hang tu... rampas kuasa daripada rakyat pada Piliharaya ke 12 tu.. apa ke hal...

Menipu.. guna SPR lak tu untuk berjaya...






Pertemuan rahsia Anwar, amaran Pak Lah jangan rampas mandat sah BN
29-08-2008 11:37:26 PM
Oleh G. MANIMARAN

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Dilihat sebagai amaran kepada pihak-pihak yang cuba untuk membentuk kerajaan persekutuan menggunakan jalan belakang, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengingatkan agar tidak merampas kuasa yang diberikan oleh rakyat secara tidak sah.

Ketika membentangkan ucapan Bajet 2009 di Parlimen hari ini, Abdullah tidak merujuk dengan khusus mana-mana pihak tetapi pemerhati politik melihat ia menjurus ke arah Pakatan Rakyat yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri kembali ke Dewan Rakyat semalam selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Bekas Menteri Kewangan itu telah berulang menegaskan akan membentuk kerajaan menjelang 16 September ini.

mStar Online difahamkan semalam beliau mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak di ibu negara - kira-kira lapan jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Terdahulu petang semalam ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak telah membuat ikrar taat setia untuk tetap bersama Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Abdullah.

"saya ingin menegaskan bahawa kerajaan barisan nasional yang diberi mandat
oleh rakyat pada bulan Mac lalu akan terus memelihara kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran ekonomi negara."

"Usaha pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan ini, dengan merampas kuasa secara tidak sah tanpa mandat majoriti rakyat, perlu ditolak," kata Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional.

Selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac lalu, tegas beliau, "kita tidak boleh membenarkan ketidakpastian yang timbul berterusan."

"Sedikit sebanyak ia akan memberi kesan negatif kepada pelabur asing, sentimen ekonomi dan juga pasaran modal," katanya.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan menambah, beliau tidak akan membenarkan gangguan yang dirasai sekarang berterusan.

"Saya tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti Barisan Nasional yang telah menang majoriti pilihan raya umum secara sah dan mengikut lunas demokrasi.

"Saya yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan tugas-tugas mentadbir negara.

"We need to get on with the business of governing and not waste any more time with opportunistic threats to seize the people’s mandate through undemocratic means, dengan izin," kata beliau.

Abdullah membangkitkan perkara itu di akhir ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen tempatan.

Ucapan beliau memakan masa kira-kira 90 minit bermula pukul 4 petang tadi.

Friday, August 29, 2008

Pembentangan Bajet 2009 - Bajet "Gula-Gula" Rakyat

Bajet yang telah dibentangkan oleh Pak Lah kali ini lebih bersifat "gula-gula" untuk Rakyat Malaysia...

Pak Lah lupa penglibatan pekerja-pekerja swasta...

Lebih banyak tumpuan kepada penjawat awam ...polis...jururawat..tentera...kroni-kroninya ... itu je..

Tapi tak mengapa kita akan mendengar bajet terbaru daripada Kerajaan baru Pakatan Rakyat selepas ini ...

Ayuh marilah kita "Merdeka Dari Penindasan dan Kezaliman BN / UMNO"




Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membentangkan Bajet 2009 bertemakan Kerajaan Prihatin di Dewan Rakyat pada pukul 4 petang .

Bajet kali ini menumpukan kepada tiga strategi khusus iaitu pertama, menjamin kesejahteraan rakyat; kedua, membangunkan modal insan berkualiti dan ketiga, memperkukuhkan daya tahan negara.


Teks Bajet 2009

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.

Jumlah bajet

bullet buttonBajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

bullet buttonPeruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).

bullet buttonPeruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

bullet buttonBajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

bullet buttonBertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

bullet buttonKerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan keselamatan sosial

Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

bullet buttonMenghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

bullet buttonKerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

bullet buttonMemandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Membasmi kemiskinan

bullet buttonKadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.

bullet buttonKerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.

bullet buttonUsaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Kecuali bil elektrik RM20

bullet buttonIsi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

bullet button Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Cukai pendapatan

bullet buttonRebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Barangan pengguna

bullet buttonDuti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan

bullet buttonCukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

Orang Kurang Upaya (OKU)

bullet buttonMemberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

bullet buttonMurid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.

bullet buttonBayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan

bullet buttonBayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

bullet buttonTempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru

bullet buttonKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan

bullet buttonBuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.

bullet buttonKelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.

bullet buttonKemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

Pembangunan Koridor Pertumbuhan

bullet buttonIskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

Pelancongan

bullet buttonKerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.

bullet button Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.

bullet button Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

bullet buttonPeruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.

bullet button Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.

bullet button

Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan

bullet button

K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel

bullet button

Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

bullet buttonKecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan

bullet button Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen.

bullet button Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.

- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.

bullet button Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.

bullet button Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

bullet button Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

bullet buttonPengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.

Nelayan dan petani

Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

bullet buttonElauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.

bullet buttonPeruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

bullet button Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.

Berita Harian Penipu

Berita yang mengejutkan.. memang benar surat khabar ini suka menipu.

Inilah akibat kerap menipu ...

"Berita Harian siarkan keputusan perlawanan Man Utd dengan Celtic malam tadi...berkesudahan seri"

Aik.. mana ada perlawanan ... yang ada ... pemilihan Kumpulan European Champions League..

Mungkin Berita Harian ni ahli Nujum...Boleh siarkan berita-berita masa hadapan ataupun memang benar mereka ni Penipu ....

("Draw" bukan semestinya seri...hahahaha)




Yang Sebenarnya


"Boikot Beli Berita Harian dan Utusan Melayu"

Thursday, August 28, 2008

SKMM sekat akses 'Malaysia-Today' - Jangan Risau

[mkini]Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan yang jarang-jarang berlaku dengan menyekat blog yang kerajaan katakan kontroversi Malaysia Today.

"Ia dihalang kerana didapati beberapa komen dalam laman web itu tidak senstitif, tiada batas dan menghasut," kata ketua pegawai operasi badan itu Mohamed Sharil Tarmizi.

Didapati blog itu masih tidak dapat dilayari menggunakan tiga pembekal khidmat internet (ISP) utama – TMnet, Maxis dan Time – tetapi tiada masalah melalui Jaring.

Sekatan SKMM pertama kali diambil terhadap sebuah laman web bukan pornografi.

Jangan risau.... Malaysia Today masih boleh dilawati...

Sekiranya anda ingin melayari laman web malaysia-today.net, anda masih boleh menggunakan IP address http://202.71.97.141/2008/
atau
http://mt.harapanmalaysia.com/2008

Datuk Seri Anwar selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen



Terkini: Datuk Seri Anwar Ibrahim baru selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 minit pagi di depan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Turut menemani beliau untuk upacara mengangkat sumpah pada jam 9:50 pagi itu isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.

Speaker Dewan kemudian mengalu-alukan Datuk Seri Anwar sebagai ahli Parlimen yang baru dan mengumumkan kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkan di Parlimen.

Hanya 3 orang menteri yang menyaksikan upacara ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamed bersama-sama dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Zaid Ibrahim.

Manakala yang lain dihadiri oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.