Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Pilihanraya Sarawak 16 April. Ayuh Undi Pakatan Rakyat Sahaja

Kepada Rakyat Sarawak!!! Ubah sekarang !!! Undi calon Pakatan Rakyat !!!

Undi Calon Pakatan Rakyat !!!

Suara mereka suara RAKYAT Sarawak!!! JANGAN LUPA : Undi Pakatan Rakyat

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat !!!

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat

Vote 4 Change

Undi Pakatan Rakyat SAHAJA !!!

Showing posts with label Malaysia-Today. Show all posts
Showing posts with label Malaysia-Today. Show all posts

Tuesday, September 23, 2008

Raja Petra sent to Kamunting

BREAKING NEWS!

Raja Petra Kamarudin will be sent to Kamunting Detention Centre today to begin his two-year detention under ISA, says his lawyer.

This morning Raja Petra Kamarudin, better known as RPK and editor of the ultra-popular news portal Malaysia-Today, is supposed to have a court hearing regarding his ISA detention by the police on Sep 12. When he was detained, Section 73 of ISA was used, which grants power to police officers for detention, but allows judicial review by the court.

The court can ascertain if the detainee is indeed a threat to national security and therefore the detention lawful or not.

Came the shocking news to RPK lawyers this morning that the Home Minister has signed the detention order under Section 8 of ISA, which grants the minister detention power for up to two years, but does allow judicial review. It means there is no longer ground to review in court if the detention of RPK is lawful or not.

It now seems to indicate that there was indeed no grounds to detain RPK under the pretext of national security threat. The minister knew about it, and was nervous if the court hearing the case would throw out the police detention order and set RPK free.



Friday, September 12, 2008

Raja Petra Di Tahan ISA

Maklumat yang baru di terima, Raja Petra Kamarudin telah ditahan di bawah Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) sebentar tadi.

Mengikut maklumat yang diterima dari anaknya, beliau di tahan oleh polis di rumahnya di Sungai Buloh tengah hari tadi.

Kempen Bebaskan Raja Petra Kamarudin dari ditahan ISA perlu dilakukan segera.

Bebaskan RPK!!!
Tumbangkan BN!!!
Tumbangkan Pak Lah!!!



KUALA LUMPUR: Pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebentar tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh isterinya, Marina Lee Abdullah ditahan di bawah Seksyen 731 Akta ISA, yang membolehkan seseorang itu ditahan selama 60 hari.

"Dia ditahan oleh 10 sepuluh orang anggota polis dihadapan rumah kami (di Sungai Buloh) pada jam 1:10 petang tadi," katanya kepada The Star hari ini.

Jelasnya, polis membawa suaminya meninggalkan rumah mereka pada jam 1:50 petang.

"Tapi saya tidak tahu ke mana mereka membawa dia," katanya.

Tambah Marina, polis turut merampas beberapa buah pita dan sebuah komputer dalam bilik mereka.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Hamid Albar yang dihubungi Bernama berkata tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

"Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman," katanya.

Semalam, kerajaan menarik balik sekatan terhadap mana-mana laman web termasuk "Malaysia Today" berkuatkuasa serta merta, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata langkah itu diputuskan Kabinet semalam bertujuan untuk terus menggalakkan rakyat negara ini menggunakan kemudahan internet atau lawan web sebagai saluran penyebaran maklumat.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen Raja Petra dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra, yang popular dengan panggilan RPK, juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam laman webnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Monday, September 8, 2008

Johari Abdul: 16 September makin dekat, kita tak main-main


Oleh Zulkifli Mohamed

Ia dah terlalu dekat, ini bukan omong kosong, kita tidak main-main, demikian tegas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) keADILan Johari Abdul kepada Malaysia Today.

Beliau menolak desas desus, kononnya sasaran 16 September hanyalah gimik politik Anwar Ibrahim.

Menurutnya mana mungkin pihaknya mempermainkan harapan rakyat yang mengharapkan perubahan besar dalam politik negara.

"Ini soal masa depan negara, ini soal janji kita kepada rakyat," tegasnya.

Tambahnya beberapa perkembangan terkini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

"Ada perkembangan menarik kita akan umumkan dalam masa terdekat," katanya.

Johari adalah beberapa individu penting bertanggungjawab merancang merealisasikan impian pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani tersebut strategi ke arah itu sedang giat diatur dan berjalan lancar.

Pemimpin Umno/Barisan Nasional katanya begitu terdesak sehingga memaksa ahli parlimennya membuat akujanji taat setia kepada BN dan menghantar mereka berkursus ke luar negara secara mengejut.

"Nampak sangat mereka terdesak, dan kita akan tekan mereka sampai ke dinding," ujarnya.

Menjawab soalan Malaysia Today, tentang persidangan Dewan Rakyat yang masih ditangguh, Johari berkata sidang tersebut sedang bercuti, bukannya dibatalkan.

"Kerajaan bukannya batalkan sidang Parlimen, cuma bercuti. Macam sekolah juga ada cuti penggal, ada cuti Sabtu Ahad, lepas ini akan bersambung kembali," ulasnya.

Dalam perkembangan berkaitan pemimpin Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan tidak rasmi malam semalam. Ia telah dipengerusikan oleh Ketua Umum keADILan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan itu berlangsung lebih dua jam di kediaman Anwar di Bukit Segambut berakhir kira-kira 12.30 tengah malam.

Kesemua pemimpin kanan komponen Pakatan Rakyat hadir kecuali Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.