Maklumat terkini diterima, tujuh lagi bekas Adun BN bakal mengikuti jejak langkah Dato' Fauzi Abd Rahman. Evolusi kehancuran "Dinasti UMNO" di Pahang akan bermula. Biarpun ada dikalangan pemimpin UMNO Pahang yang masih mempertahankan kononnya UMNO makin utuh biarpun tokoh UMNO Pahang itu menyertai PKR baru-baru ini.
MB Pahang, Dato' Adnan kini semakin kepanasan. Apa tidaknya, penyertaan Fauzi dalam PKR merupakan satu tamparan hebat buat kepimpinan beliau. Sebelum ini UMNO Pahang dikecohkan dengan tindakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga bekas Adun Lepar, Dato' Tajuddin Sulaiman meletakkan jawatannya. Kini angin semakin bertiup kencang bahawa negeri Pahang bakal menerima kejutan yang lebih besar selepas ini.
Maklumat yang diterima, tujuh bekas Adun BN dari UMNO bakal mengucapkan selamat tinggal kepada parti itu. Mungkin masanya sudah tiba untuk mereka bersama rakyat, setelah berjuang sekian lama dalam UMNO.
Beberapa pertemuan "sulit" telah diatur di dalam dan luar negara sebelum ini. Pertemuan tersebut telah diuruskan oleh salah seorang bekas pemimpin kanan PKR Pahang, yang kini tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti lagi. Menurut laporan, hasil pertemuan tersebut kesemua mereka telah bersetuju untuk "mengganyang" pimpinan UMNO Pahang dalam pilihanraya umum akan datang.
Mereka kini hanya menunggu isyarat rasmi daripada pihak tertentu untuk tujuan ini. Sebelum ini UMNO Pahang telah dikecohkan apabila dua orang pemimpin UMNO yang berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri dikatakan bakal bersama Pakatan Rakyat. Laporan tersebut menyebabkan UMNO Pahang sedikit bergolak hingga memaksa individu terbabit membuat kenyataan terbuka yang mereka masih sayangkan UMNO. Begitulah nasib wakil rakyat UMNO ini sebenarnya, biarpun mereka sudah jijik berada dalam parti karat itu namun dek kerana tekanan akhirnya mereka terpaksa akur dan tidak tergamak untuk berpaling tadah.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment