Terkini: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa selepas ketua umum PKR itu dibebaskan daripada tahanan, satu pasukan forensik memasuki lokap dan mengambil kesan-kesannya termasuk rambut, bulu-bulu dan sel kulit ketika ditahan pada 16 Julai lalu di ibu pejabat polis (IPK) Kuala Lumpur.
Mengikut Sivarasa , selepas Anwar dibebaskan - bahagian ini tidak divideokan - kumpulan forensik(polis) cepat-cepat masuk ke dalam bilik Anwar ditahan dan mengambil semua kesan rambut dan bulu, dan mungkin juga sel kulitnya. Katanya lagi tindakan forensik itu, "menimbulkan banyak persoalan" dan "motifnya diragui".
Sivarasa berkata, "Memang kita akan bangkitkan, dalam kes-kes lain tidak ada, tetapi dalam kes Anwar ada. Ini jadi satu persoalan. Ini menunjukkan motif pihak penyiasat. Pihak polis dalam kes ini tidak ikhlas. Ada niat politik tidak ikhlas."
Berita: Malaysiakini
Dari Derita ke Kaya Raya: Inilah PKR
-
*"Dulu kata Parti Derita, sekarang dah jadi Parti Kaya Raya. Majlis bukan
lagi di bawah khemah, tapi di hotel mewah. Dari perjuangan rakyat, kini
perjua...
3 months ago
0 comments:
Post a Comment