Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Friday, July 25, 2008

Akuan Bersumpah Balasubramaniam

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: R. Sivarasa (gambar), peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir berada di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana di sini, pagi ini bagi memberi keterangan mengenai isu akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam awal bulan ini.

Sivarasa yang menerima surat arahan daripada PDRM supaya membantu polis kira-kira seminggu lalu, tiba di jabatan itu pada pukul 10 pagi.

Beliau dipercayai peguam yang ketiga dipanggil berbuat demikian.

Pada 12 Julai lalu, polis memanggil N. Surendran, peguam kepada R. Kumaresan, anak saudara Balasubramaniam, bagi merekodkan kenyataannya.

Polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan berhubung kenyataan palsu yang dibuat dalam sesuatu akuan berkanun.

Pada hari tersebut Surendran berkata, tindakan polis memanggilnya merupakan satu perkara luar biasa kerana kebiasaannya hanya anak guam yang dipanggil untuk direkodkan keterangan.

Seminggu kemudian pada 18 Julai, peguam Balasubramaniam, M Puravelan juga telah diambil keterangan oleh jabatan itu berhubung siasatan akuan bersumpah tersebut.

Puravelan dipercayai peguam akuan bersumpah kedua Balasubramaniam.

mstar

0 comments: