Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Saturday, July 26, 2008

Wakil Rakyat Sabah dan Sarawak Sertai Pakatan Rakyat dalam Masa 2 Minggu Lagi - Anwar Ibrahim



BANTING, Julai 26 — Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata beliau akan mengumumkan perancangannya untuk menjadi ahli Parlimen dalam seminggu dua ini.

Selain itu, dalam ucapannya ada menyebut beberapa orang anggota wakil rakyat Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak telah bersetuju menyertainya dalam membentuk sebuah kerajaan baru dari Pakatan Rakyat pada 16 September ini.

Anwar berkata sewaktu berucap dihadapan ribuan rakyat di Stadium Jugra, Kuala Langat.

Anwar juga berkata, pemimpin-pemimpin Umno baru kini mahu menyelamatkan kaum Melayu setelah mereka(UMNO) tahu kedudukan mereka(UMNO) kian lemah. Ini sebenarnya telah terlambat.


Anwar juga menjelaskan tuduhan kes liwat keatasnya tidak akan mengagalkan perancangan beliau untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat.

Selain itu beliau juga menafikan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sedang bergolak disebabkan muzakarah di antara Pas-Umno.

selanjutnya....

0 comments: