Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Sunday, July 27, 2008

Boleh tangguh pembayaran PTPTN jika pendapatan rendah

Oleh ARSHAD KHAN (UM)

KUALA LUMPUR 26 Julai – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bergaji rendah dibenar menangguhkan pembayaran balik bagi meringankan beban mereka ekoran kenaikan kos sara hidup.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mana-mana peminjam yang gaji mereka tidak mencapai satu tahap yang boleh diklasifikasikan sebagai munasabah untuk menanggung perbelanjaan setiap bulan akan diberikan pengecualian tersebut.

“Contohnya, jika seseorang itu mendapat gaji di bawah RM1,500, mungkin kita tidak akan menuntut bayaran kerana jumlah pendapatan itu agak kecil jika dibandingkan dengan komitmen lain yang perlu dilaksanakan, kerajaan memahami bahawa peminjam ada kalanya tidak dapat memulakan pembayaran balik serta-merta selepas tamat pengajian." kata Mohamed Khaled Nordin.

Setakat ini, terdapat hampir 1.14 juta peminjam PTPTN dengan nilai pinjaman mencecah RM23 bilion.

Sebanyak 49 peratus daripada mereka masih gagal membayar balik pinjaman yang berjumlah hampir RM708 juta.

Pada masa sama Mohamed Khaled berkata, caj perkhidmatan PTPTN juga dijangka dikurangkan daripada tiga peratus sekarang kepada satu kadar baru dalam masa terdekat.

Jika dipersetujui Kabinet, caj baru berkenaan dijangka mula dikuatkuasakan bulan depan, melibatkan hampir 180,000 peminjam.

0 comments: