Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Tuesday, January 6, 2009

Calon AKIM Tarik Diri Saat Akhir P036~malaysiakini


KUALA TERENGGANU, 6 Januari - Calon Akim (Angkatan Keadilan Insan Malaysia), Harun @ Abdul Rahman Mohamad hari ini menarik diri dari bertanding di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu P036. Beliau menarik diri kerana memberi laluan kepada calon PAS, Abd Wahid Endut yang juga ADUN Wakaf Mempelam.

Dalam kenyataannya di sini, beliau berkata dasar perjuangan Akim adalah selari dengan dasar perjuangan PAS. Oleh sebab itu, beliau memberi keutamaan kepada calon PAS untuk bertanding menentang calon BN. Beliau turut melahirkan hasrat untuk melihat perpaduan parti-parti lain bagi menumbangkan BN dalam pilihanraya kecil kali ini.

Beliau turut menyeru ahli-ahli dan penyokong Akim, PKR serta Umno sendiri untuk sama-sama memberi sokongan padu kepada calon PAS. Dalam perkembangan yang sama, Presiden PAS Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang turut mengulas penarikan diri calon Akim itu sebagai satu perkembangan yang baik kepada PAS.

Ditulis oleh JITM




Proses penamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu telah pun berakhir pada pukul 10 pagi tadi menyaksikan tiga calon telah menyerahkan borang penamaan mereka untuk bertanding.

Tiga calon tersebut adalah daripada Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot dan seorang calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Pada masa ini, sesi bantahan terhadap calon-calon sedang berlangsung selama sejam bermula pukul 10 pagi tadi.

0 comments: